Friday, March 13, 2015

Diari seorang ibu: Proses bersalin

HeLo Peeps!

Oke. now aku sambung citer yang aku cakap nak update tu. Proses melahirkan baby paling hensem, Ahmad Eshan Daiyan. Dia pon behave je sekarang so boleh la nak spend time taip laju-laju. Hewhew. 

Masuk 36 minggu ngam-ngam dengan cuti sekolah, suami hantar aku balik kampung. Memang da awal-awal lagi plan nak deliver kat teganu sebab nak baby ic nombor 11 macam ibu dan baba. Lagipon 11 nombor paling cool kan? Hiks. Fuhh, memang azab jugak la travel jauh bila dah sarat ni. Sakit pinggang toksah cakap la. Kaki bengkak lagi. So daripada aku duk tahan sakit dalam kete tu, aku pon cakap kat suami biar aku je drive. Hee. Boley la list diri sendiri dalam golongan persatuan ibu-ibu kental sedunia bila boley drive manual dari KL sampai teganu. Woot woot. 

Maka bertapa la aku kat umah sambil menunggu bila Eshan nak keluar. Tunggu punya tunggu tak keluar jugak. Hurmm. Geram jugak la. Masuk 38 minggu pon tak keluar lagi anak ibu ni. Padahal bukan overdue pon. Due suppose 40 minggu kan. Tapi orang cakap baby first biasa akan keluar dua minggu or seminggu awal. Geram punya pasal, aku pon ajak mak aku shoping baju baby. Drive lagi tengah sarat pon. Konon kental la kan. Huhu. Sebab aku tak rasa sakit pape pon. Seharian la berjalan  citer dia bila dah nama shopping ni. And malam tu aku rasa perot aku keras semacam. Keras sepanjang masa. Nak duduk pon tak selesa. Cakap dekat mak, dia kata normal la bila dah sarat ni. Baby practise nak keluar. Ok la boleh diterima. Sebab tanda-tanda last bersalin akan keluar darah or pecah air ketuban. Ok fine. Tido macam biasa. Tiba-tiba tersedar dalam pukul dua pagi, aku rasa macam ada air keluar. Takkan la nak jadi mak orang pon kencing dalam seluar kan. Lol. Aku pon cek macam air ketuban ni. Terus rasa nervous. Jantung dupdap dupdap laju giler. Haii, dah sampai masa aku nak beranak ke? Omai omai.

So, malam tu jugak terus pegi hospital. Tak boleh biar je kalau dah keluar air ketuban or darah. Takut effect baby ke ape kan. Sampai hospital, doc cek jalan. Ya Allah, baru cek jalan je pon aku dah rasa azabnyaaa ya Allah. Huhuhu. Tapi still buat kental. Aku cakap dalam hati, ni baru cek jalan. Banyak benda lagi kena tempuh. Positifkan diri. Hee. Doc cakap baru bukak 1cm. Kena tunggu lagi. Lagipon aku still tak rasa sakit pape lagi. Just perot je keras je memanjang. Malam tu terus call suami suruh balik. Takut kalau aku terberanak dia takde, memang menangis tak berlagu la. Tunggu sampai esok tu dalam kul 2 petang. Still takde bukaan. Doc cek jalan pon dah steady daa. Tak sakit sangat. (konon jela. Padahal nak terkeluar biji mata huhu) Sebab takde bukaan lagi, aku kena transfer ke hospital besar k.trganu. Air ketuban dah keluar, darah pun keluar jugak tapi tak sakit sangat. Just rasa macam sakit nak period je. 

And for the first time, aku jadi vip ambulans. Ehehe. Ingatkan naik ambulans ni best la, padahal kalau duk kat belakang tu rasa macam naik kuda tempang pecut 200km/j je. Sampai terangkat bontot la nak habaq mai. Nasib baik tak terberanak dalam tu. Sabar jela. Sampai hospital, tunggu turn nak masuk wad, dari pukul 3 sampai kul 7. Bayangkan. Ko yang macam dah separuh mati still kena tunggu turn lama macam tu. Sigh. Dah la takleh nak daftar first class ward sebab tengah bizi tukar bangunan baru time tu. Sabar jela mak nak oi. Nasib baik la ada suami and family datang teman, Kalau tak, habis banjir hospital tu dengan air mata suciku ini. kohkoh. 

Bila dah sampai turn aku, doc cek jalan baru bukak 2cm. Pastu ada la doc india ni sorang datang dia cakap, "biar saya buka lagi 1cm ye puan" sambil geleng-geleng kepala dia. Hehe. Fuhh sekali lagi azab yang menggila tak tertahan yang pernah aku rasa. Bayangkan dia korek bagi bukak lagi 1cm. Mengucap panjang la aku time tu. Aku rasa nak tembak-tembak je doc tu dengan senapang gajah spuloh das. Marah ni marah grrr. Bila dah terbuka dengan paksa rela 3cm, aku terus kena masuk labour room. Time tu still tak rasa sakit contraction. Just sakit sikit-sikit je. Boleh lagi la gelak-gelak. Masuk labour room pukul 8 malam. Kena induce nak bagi rasa contraction sebab air ketuban aku dah lama keluar, takut baby lemas kat dalam. Lepas kena induce, baru la aku rasa sakit contraction tu camne. Sakit yang maha hebat. Tak boleh nak citer la camne. Suami la jadi mangsa cubit penampar aku huhu. Nak tahan sakit punya pasal. Dalam sejam, nurse datang cek jalan still 3cm. Excuse me, whatt? aku rasa sakit yang melampau-lampau tu still takde bukaan? Pastu aku tengok nurse duk tekan-tekan kat monitor dia. Maybe nak tambah lagi la level induce tu kot. Mula-mula aku boleh tahan lagi sampai bukaan 6cm. last-last dah surrender da. Tak tahan lagi. Pastu suruh suami panggil nurse cucuk ubat tahan sakit tu. Actually, ubat tu tak digalakkan amik sebab kita akan rasa sangat mengantok. Takot nanti tak larat nak push bila da sampai masa nak beranak. Aku pun takut jugak nak amik tapi sebab tak tahan sangat redah jela. Memang terus je ngantuk lepas kena cucuk tu. Ape lagi automatik tido sesaat lepas kena cucuk. Dengan suami aku sekali join tido jugak. Eh, dia kena cucuk jugak ke? Hoho. 

 Dalam 12.50 camtu la aku bangun tido. Rasa nak berak yang teramat. Cepat-cepat kejutkan suami tolong panggilkan doc. Kepala baby da keluar. Time tu la aku guna sekuat tenaga yang berbaki dalam badan aku ni untuk push. Pegang tangan suami kuat-kuat and pushh. Sekali push tak keluar lagi. Ok lagi sekali, pushhh. Terus baby Eshan keluar. Hihi. Alhamdulillah, Dalam 6minit je baby dah keluar. Suami tak habis puji cakap isteri dia kecik-kecik pon kuat sangat. Dia pon tak sekuat tu nak push. Hehe.  

And tadaaaaa!


Anak ibu paling hensem ni dah nak masuk 3 bulan dah lagi tiga empat hari. Hehe. Mmuuachh.

Eh eh, baru nak citer proses berpantang pulak tapi Eshan dah bangun daa. Next time la aku sambung eh. Daa uolls.

XOXO. Publish!

7 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..akhirnya ye..syukurlah semuanya selamat..

m0sHiE~ said...

@PeRdU cINta: alhamdulillah tqsm :)

miliey said...

Sakitnye weyh..wua33..mase jahit 2 sakit x?

m0sHiE~ said...

@miliey: tau xpe. Jahit rse mcm x sakit pn sbb sbelum tu sakit sgt. Siap doc ty ak, eh awk x sakit ke? Huu

permatamama said...

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan sis

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

anis.aneza@yahoo.com said...

uuuu sakitnyer.... xdpt bygkan mcmne nk jd mak nnti... haha

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!