Friday, March 28, 2014

AnaruL's Wedding Part 3: The Receptions

Helo Peeps!

Dah sepuloh hari kawen, baru hari ni ada masa nak update blog. Malam ni balik kL, so curi jugak masa sekejap update gambar kawen. Sebab bila da balik sana konfem lambat lagi nak jenguk blog. Busy nak decorate umah, kemas barang sumer. So far, kehidupan selepas kawen is totally different! Perasaan yang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Sangat best. Dah boleh teman suami main futsal sampai lewat malam, tengok tv sama-sama. Hehe. Sekarang ni pun dia tengah teman aku update blog. Ok bukan teman tapi tido. Lol. 

Entri kali ni aku combine terus majlis resepsi, majlis sambut menantu dan outdoor. Coz gambar tak banyak, ni pun ihsan dari hp je. Nanti da dapat gambar dengan photog, aku update entri throwback pulak giteww. hoho

Majlis resepsi kiteorang buat tema cream and white. Simple je. Shawl ni aku pilih kain sendiri je sebab sangat susah nak cari shawl color brown sand. Dah jumpa tapi kain tak best pulak. So senang citer buat sendiri je. huhu

Ok. Meja daftar pun decorate sendiri je. Lagi sejam nak majlis baru sibuk nak hias. So ini jelah hasilnya. Sobsob. Tabung wish card sampai lima enam kali pegi rotate sebab tak muat. hihi. Nanti nak buat frame besar taruk semua wish card tu. :)

 My angels pakai tema pink and grey. Jeles kot sebab nak pakai jugak. kohkoh

Antara kekawan yang datang and sempat bergambar guna hp iols. Huhu

 Fall in love with the make up, dress, and pelamin. Simple but sweet. Ramai yang puji make up aku sebab tak over sangat. If uols nak try make up camni, just pm Shasha Bridal ok hee. 

Majlis bertandang kiteorang pilih tema purple sebab majlis resepsi dah simple so color purple nampak garang sikit. Shawl from zawara. 

 Best jadi raja sehari ni. Dilayan macam ala-ala puteri gituu. Macam nak bersanding lagi sekali je. hikhik





 My new family. The new part of my life. :)

 Satu-satunya kawan yang datang semua majlis aku. hihi. Tq zema. Big hug. 


 Penat jugak asyik duk berposing je. Tak sabar nak tunggu gambar photog nanti. woot woot.

 Ni salah sorang pembaca blog tegar aku since tiga tahun lepas.ada jugak orang yang minat blog kita. Tq so much syida. :')

 Petang tu terus pecut kereta pegi pantai nak outdoor photoshoot pulak. Si rul just pakai sut and aku pulak pakai dress hijau. Meriah sikit hukhuk. Lokasi outdoor kat pantai chendering. Very nice dangan view rumah api lagi uolss. 

Yeayyy. At last dah kawen. And semua majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Ni je gambar yang berjaya aku korek from my hp. hoho. Ok la kan daripada takde langsung. So now wish me a very best of luck to be a good wife for my lovely husband. Bubye!

XOXO. Publish!

Wednesday, March 19, 2014

AnaruL's Wedding Part 2: The Akad

HeLo Peeps!

Alhamdulillah Ya Allah, at last no more counting days. Daripada 200 hari duk menghitung hari, semangat pangkah tarikh kat kalendar hewhew. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 100 hari, 70 hari, 30 hari, seminggu dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM111.11, maka sahlah diriku sebagai isteri kepada Hasrul, cinta hatiku dunia akhirat. :')

Baru rasa bestnya cinta halal. Tak terhalang dengan pape pun. Terima kasih Tuhan sebab dengar doa aku, cepatkan jodoh aku dengan dia. :) Nikah kat umah, pelamin pun tak sempat pasang lagi sebab majlis lagi tiga hari. huhu. 

Dulang hantaran untuk cincin, gelang dan frame mas kahwin aku just hias dengan bunga ros merah. Inspired by majalah pengantin huu. Feeling madam rose giteww. 

Keje rasmi si fahah dan zema. Dan keje rasmi si nani tukang snap gambar. Dorang ni tak suruh datang pon nak datang jugak. sobsob terharu.

Mekap kali ni macam over sikit kan. Dulu tunang mekap pon tak nampak sangat. Kahwin sekali je, kena la over sikit. Tu teori aku. muehehe. Tudung macam biasa, customer tetap tudungpeople.

Siyes aku cakap, aku tak rasa berdebar and sebak langsung tadi. Rasa excited je nak dapat suami. Hihi. Tapi cuba tengok muka si rul. Tak penah lagi aku tengok riak muka dia yang camtu. Haha. Aku rasa aku dah cukup cun kot duk depan dia tapi sikit pun dia tak pandang. hoho

 Haha. rasa nak gelak guling-guling tengok muka si rul. tak control langsung cuak dia tu. :D

Time ni dah selamat jadi wifey! Hehe. Tunggu si rul solat sunat dulu. 

 Dah boleh salam dengan suami. Ehem, si rul dah jadi suami kitew daa.

 Nak pakaikan gelang pun terketar-ketar si rul ni. cumel betol. huu

Now my turn pulak sarungkan cincin kat suami tersayang. Pihak laki bagi hantaran sepersalinan untuk kakak aku sebab langkah bendul.

See. Aku rilek and cool je sarung cincin. Hoho

 Ok time ni tak tipu rasa sebak sikit. Si rul cium dahi pastu cakap 'abg dah jadi suami b daa'  :')

 Speechless moment.


I promise that i will love u till jannah. In Shaa Allah. 

Selesai dengan jayanya majlis akad nikah, so tunggu majlis resepsi sabtu ni pulak. Jemput datang tauu. Sory kalau ada typo sebab update blog guna hp je. Penat basuh pinggan mangkuk, curi masa tido sikit update blog. Suami pun takde nak teman. kohkoh. Bubye!

Saturday, March 1, 2014

AnaruL's Wedding Part 1: Pre Wedding Moment

HeLo Peeps!

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 daa. Omaigod! Siyes aku neves giler sebab rasa macam banyak benda je yang belom settle. Perasaan ni dah bercampur baur. Excited, takut, cuak, tak sabar. Semua ada. Sampai jerawat pon tumbuh dengan meriahnya kat muka daku. Sedih! Minggu ni si rul balik, so aku ambil peluang ni pegi pre wedding photog. Pagi setel beli barang, petang baru snapping. Sebab tu muka nampak penat sikit, touch up pon tak. Sedih lagi. Sobsob. But still happy sangat ada moment camni sebab kiteorang tak plan pun nak pre wedding bagai ni.Our last minute plan yang sangat menjadi. hikhik. :)

Lokasi pre wedding kat Pulau Warisan dan Waterfront Terengganu. Labih santai and simple matching dengan outfit kiteorang. Simple but sweet. Giteww. :p 

Sanggup berpanas semata-mata nak bergambar. Nampak tak gigih kat situ?lol

I love him more and more and moreeee!

 Tengok! aku dah pakai heels tinggi gedabak pon still rendah lagi. alahaii.

 Ohho. suka sangat usik-usik kite eh? Ok takpe. Tunggu la balasan jap lagi.

 Haaa, kan dah kena. Padan muka. kohkoh. :p

Abg nanti jaga b leklok tau. B tak kuat makan pon. Cukup la nasi empat kali sehari, aiskrim BR tiap-tiap malam sambil tengok tv. hohoho

 Gambar ni si rul perli sebab love aku tak cantek. Yang dia perfect. Im so grrrr. Huh

Actually, gambar-gambar yang awesome ni kawan si rul yang snap. Harga sangat awesome kebaboom. Sila la intai fb dia. Lensa@arza.

Save the date
Resepsi: 22 Mac 2014 (Sabtu)
Smbut Menantu: 24 Mac 2014 (Isnin)

Doakan majlis kami berjalan lancar. And jemput datang tau. Bubye!

XOXO. Publish!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!