Friday, February 21, 2014

Last dating maybe.

HeLo Peeps!

Lagi 28 hari nak bertukar status jadi wifey, haruslah kena spent time dengan kawan-kawan sampai lebam dulu. Sebab bila dah kawen, for sure susah nak kuar camni. Konfem. Si rul jenis yang sangat susah nak bagi aku kuar. Kena bagi alasan kukuh baru dia approve. Dah macam warden. Hikhik. Tapi sekali-sekala dia akan bagi jugak aku spent time ngan kawan-kawan nanti sebab takkan 24jam nak berkepit dengan suami je nanti kan. Huu.

Semalam hangout dengan zemananifahah. Kalo duk ngan dorang, mesti ada part gelak sampai guling-guling kat lantai. Hoho. Dan kisah nani berjaya buat aku gelak dari steady duk atas kerusi, sampai jatuh kat lantai. Siyes lawak giler. haha. Perangai dari dulu sampai sekarang tak penah berubah. Rasa cam still budak-budak lagi. Even aku dah kawin nanti, aku akan cari jugak masa nak lepak berempat camni lagi. Janji :')

 Jalan-jalan jumpa je dinding cantek, mesti nak berenti snap dlu. Itu perangai si fahah. hoho

Fahah ngan zema kena gilir-gilr amek gambar sebab aku guna alasan, "aku nak kawen dah, so aku kena ada dalam setiap gambar" hihi. 

They are my best friend forever. Chupp!

XOXO. Publish!

Sunday, February 16, 2014

Are we ready yet?

HeLo Peeps!

Hai uols. Macam sama tak muka kiteorang? Hikhik

Orang kata setiap pasangan mesti ada perbezaan masing-masing. Baru la saling melengkapi antara satu sama lain. Same goes to me. Perangai aku, citarasa aku, kesukaan aku sangat-sangat berbeza dengan si rul. Berbeza yang amat. Tapi perbezaan inilah yang membuatkan jodoh kami kekal sampai sekarang dan mengharapkan akan kekal sampai ke syurga. Amin. 

11.02.2007 - 11.02.2014

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah tujuh tahun in relationship dengan si rul. Enam bulan menjadi tunangan dia. Dan lagi sebulan akan menjadi wifey pulak. Bila pikir, omaigod siyes tak sabar dan excited tahap gaban. Yela kan, menjadi isteri orang yang kita cinta dan sayang. Bagi yang belom tahu, kiteorang dah jumpa time darjah dua dulu. Means Allah dah tentukan dia lah jodoh aku time tu. Ehehe. 

Nak kawin mesti excited. Tapi dalam masa yang sama, aku berdebar. Adakah aku bersedia? Besar tanggungjawab jadi seorang isteri. Bukan hanya setakat nak jadi sweet couple je. Rul cakap, sesaat lepas dia dah akad nikah, segala makan pakai aku, dosa pahala aku akan menjadi tanggungjawab dia. Bila dengar dengan yakinnya yang dia boleh jaga aku sepenuhnya, terasa hilang berdebar tu. Terima kasih syg. :')

Sebulan nak kawen, orang yang paling bizi and kalut of course la my mama. Kalut betol tengok dia. Hihi. Aku pulak yang rilek je pegi skol hari-hari. Bizi kat skol sampai tak sedar makin cepat masa berlalu. Even majlis nanti simple je tapi tetap tak sabar menanti. Setiap hari duk counting days. Giteww. Huu. Mak pulak hampir setiap malam duk jenguk aku kat bilik. Dia cakap nanti bila aku dah kawen, mesti jarang nak spend time sama-sama camni. :'(

For those who read this entry, please pray for us. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin Ya Allah. 

XOXO. Publish!

Saturday, February 8, 2014

Hari memandang ke atas

HeLo Peeps!

Stress lima hari kat skol akan dilepaskan time hujung minggu je. Oh, minggu lepas antara minggu yang paling mencabar keimanan aku. Stress betol dengan perangai budak-budak ni. Aku cakap kat dorang, "lama-lama cikgu duk sini nanti muka cikgu mesti banyak kedut sebab asyik stress je" Aish. Tetiba berubah perwatakan jadi cikgu garang. Denda berdiri kat luar kelas sampai habes masa. Takut jugak nak denda berat-berat, tak pasal nanti mak ayah dorang datang cari kitew. mampuih hoho.

Gambar entri kali ni sumer mata pandang kat atas and tepi je. Ada je mata tengok kamera. Saje nak taruk yang ni. Sebab aku rasa gambar-gambar ni poyo semacam je muehehe.

 Ok ni je gambar yang pandang kamera. 

Pertama, pandang tepi. Sekarang hobi baru kumpul wide shawl and palazzo atau si rul panggil seluar aladdin. Hihi. Tapi tapiii aku rasa palazzo yang aku pakai sekarang akan diabadikan je dalam almari sebab dia menyebabkan aku nampak bambam semacam. (taknak terima hakikat yang diri tu dah bambam sobs)

Kedua, pandang atas. Over sangat pandang atas tuu. hikhok

Ketiga, pandang-memandang. Entri lepas aku ada cakap pasal nak turunkan berat lagi 2 kilo. Ramai kekawan cam tak bagi je. Tapi aku timbang balik berat aku naik lagi sekilo, dah 46kg. Ni kes asyik duk pegi makan kat kantin skol la ni. Aish. Terus gigih buat plank setiap kali bangun tido. Huhu

 Keempat, pandang ke atas. 

Kelima, pandang ke langit. Rindu someone. Eh eh korang beli teka tak iols snapping kat mane ni? Ehehe.

Bye, nak tido. Esop sambung rutin macam biasa. Daa!

XOXO. Publish!

Sunday, February 2, 2014

My short weekend

HeLo Peeps!

Fuhhh. Tiga hari cuti weekend yang sangat memenatkan. And today back to work again. Siyes takde mood langsung. Sampai kat meja, kepala terus lentok sebab tido tak cukup. Jadual aku semua masa hujung-hujung. Time lepas rehat, time nak balik. Budak pon dah boring time tu. Sabar jelah. Aritu counting days nak tunggu cuti weekend ni coz dapat jumpa si rul. Aku bagitau dia dah dua bulan tak jumpa. Dia pikir. Then dia cakap kan dah balik bulan lepas. Ehehe. Langsung tak ingat kot. 

Balik sekolah kamis lepas, terus pecut kete balik umah. Si rul dah ready tunggu kat umah. Semangat lebih. Hihi. Pukul 2.40 baru boleh punch kad, tapi aku lepas kelas last pukul 2.15 terus balik. Buat macam sekolah sendiri je kan. Hoho. Maafkan diriku. Tapi balik cepat ada alasan. Nak pegi klinik, doing my hiv test. Cuak takut-takut kena cucuk kat lengan. Sakit. Aku ni dah la fobia tahap giler baban kena cucuk jarum ni. Last kena cucuk kat jari je. Urut dada sebab lega. Hehe. 

Macam gambar tak habes loading je kan. Hihi. Si rul balik kali ni semua duk pakat tegur dia dah naik badan. Mana taknya, timbang kat klinik berat sampai 75kg. Iols maintain 45kg je. Tu pon kena turun lagi dua kilo sebelum bulan depan. Caiyot2. Ehem ehem, abg sila diet ok. Make sure balik bulan depan tinggal 70kg je. (muka serius). Kuar kali ni dua-dua jadi pelahap. Makan banyak. Aku time balik umah, makan nasi dulu. Pastu lepas dah kuar klinik, pegi makan lagi. Aku makan bihun sup, si rul makan nasi ayam. Dah kenyang, kiteorang pesan desert pulak. Desert yang paling havoc di dunia, mi rojak. haha. 

Jumaat malam attend majlis nikah zira. Congrats zira sayang, dah selamat jadi isteri orang. Im so happy for u. U look stunning. Cantek. Dia tengah sebak time ni. Salam dengan ayah sendiri, dah tukar tanggungjawab ayah beralih pula kepada suami. Sape tak sebak kan. Aku tetiba tanpa sedar usap belakang zira. Terus pikir camne la aku nanti. Dah la jenis aku ni senang kuar air mata. Huu. 

Selamat pengantin baru zira dan lokman. :)

Esoknya pulak attend majlis resepsi kat umah zira sekali lagi. Jadi pengapit dengan si rul tapi pengapit tak sempat nak pegang payung untuk pengantin. Haha. Sebab time tu tengah syiok makan sampai tambah dua kali kot. Sory zira. Ehehe. Pastu kalut nak balik, nak attend majlis resepsi schoolmate si rul pulak. Terkilan jugak tak sempat nak bergambar dengan pengantin. Sobs

Oh oh ootd jap boleh? hiks. Baju from zawara and shawl for sure from tudungpeople. Azraa collection dah update batch baru yang lagi awesome. Dah berjaya pujuk si rul belikan shawl baru. Yeayy!

Zema majok dengan aku sebab lambat wish birthday kat dia. So sory zema. Aku dah bagitau alasan yang kukuh daa kat dia. Hihi. Happy belated birtday zema! :)

"Sudiakah awak menjadi isteriku?"
"Yes, Saya.. terima!"
:')

Balik umah dulu, tukar baju sebab dah tak selesa seharian pakai baju kurung. Teganu sekarang pagi and malam sejuk yang teramat, siang pulak panas yang teramat. So boleh bayang tak camne cuaca kat sini? Lepak kat kerteh ngan papa ibu, minum petang. Makan roti canai telur, lempeng nyiur, goreng pisang, cendol. Tiptop! No wonder la dua-dua naik berat badan. muehehe. Salah satu perangai sweet si rul, kalau aku malas bawak beg, mesti dia akan tolong pegangkan purse aku. Coz dia dah tahu tabiat aku yang suka tinggal barang merata-rata kalau tak bawak beg. Hihi

Semalam kuar lagi pegi melantak ikan celop tepung pulak. Asyik makan je kan. Pelik betol bak hang. Atau ni normal untuk pasangan yang bakal berkahwin? kohkoh. 

The best short weekend ever! :) Bubye!

XOXO. Publish!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!