Saturday, January 25, 2014

Awesome Princess Hill

HeLo Peeps!

Bila duk berdua je dengan lin kat umah, mula la rasa nak merayap kat luar. Orang lain sumer pegi kl, aku tak ikut pun sebab skol. Nanti balik penat giler nak mengajar sobs. Tapi bukan pegi sebab nak have fun ke ape, dorang pegi teman enie interview belajar kat uk. Harap-harap dia dapat. Amin. Full sponsor mana lagi nak cari camtu kan. Untung jugak dapat straight a trial spm ni. Hoho. Aku dulu selamber je jawab trial. Konon nak fokus kat real spm. Konon jela. Hampeh :p Takpe, if tak dapat pun, enie dah start fast track degree dia sekarang kat utm. Im proud of u. :)

Semalam dah masak sendiri kat umah, hari ni bagun tido lapar giler. Tak sempat dah nak masak, terus ajak lin makan kat luar. Hiks. Aish, kalau bakal mak mertua tahu ni, aish aish. Huu. Time makan, borak pasal terengganuku yang zizan jadi host tu. Terus teringat dia pegi Bukit Puteri. Sejujurnya, aku tak penah pun menjejak kaki kat atas tu. Kalau lalu area situ, pandang sebelah mata je. Tak terasa pun nak naik. Alahai, tak leh jadi ni sebab tengok zizan macam syiok je duk promote bukit puteri ni kan. Aku pun ajak lin naik. Bayar seringgit je tiket. hehe. Memang takde keje pun. Lol 

Ootd. Shawl from zawara. Tops from familiashop. Boot si rul belanja time pegi indon aritu. Bosan duk merengek je, terus dia amek pegi bayar. hewhew. (taktik hebat)

Siyes aku macam eksaited pelik je nak berposing kat sini. Sory sumer gambar aku je sebab lin delete gambar dia lepas sedut dengan aku. lahabau betol. Huu. Ok jom mendaki!

Cantek kan tempat dia. Tak penat pon mendaki. Exercise sikit. Hoho. Aku rasa dalam ramai orang teganu ni, aku je kot yang tak penah naik lagi. kohkoh

 Wuhuuu. Tengok budak eksaited entah pape ni :p

Tengok. Feeling macam tengah photoshoot besar-besaran je kan. Hiks. Maybe tak sabar kot nak real photoshoot nanti. Sooonn. >.<

Tadi wassap kat si rul gambar ni.
Aku:  Ni teropong baru beli boleh tengok awak watpe hari-hari. watchout!
Si rul: Hahaha. Kl bukan belah situ la. Kl belah kanan.
Aku: Lol. -.-
 The happy me.

Pasni kalau orang tanya, dah pegi ke bukit puteri. So boleh la dengan bangganya jawab dah pegi banyak kali daa. Haha. Bye!

XOXO. Publish!


Friday, January 24, 2014

New favourite drama: My love from the star

HeLo Peeps!

And this is my new favourite drama. 
My Love From The Star
Sangat-sangat best jalan citer ni. Lepas abes citer the heirs kat tv aritu, try tengok citer baru ni. Tengok episod 1 terus jatuh cinta. Even hero dia takde la hensem mana tapi macho tu still ada hewhew. Hero Kim Soo Hyun yang pernah berlakon dalam Moon embracing the sun.

Review: Hero dia ni dari planet lain turun kat bumi 400 tahun dulu lagi. Jatuh cinta dekat pompuan yang dia pernah selamatkan 12 tahun dulu. Sekarang pompuan tu dah besar dan dia still muda cam dulu. Huu. Ada konflik yang sangat hebat berlaku dalam citer ni. Try tengok ok. :)

Sekarang dah sampai episod 12. Even aku tengok online tapi aku tak skip pon sebab takde part yang boring. Sumer best. Tengok dari malam melalut sampai ke enam pagi. Hiks. Perangai yang still tak berubah. Pape pon, jom layan citer ni. Aku bagi 9.5/10 bintang. 

XOXO. Publish!

Monday, January 20, 2014

Situasi yang membuatkan aku terkedu seketika

HeLo Peeps!

Pada pagi yang cerah dan dingin, tengok jam baru pukul 9. Kelas pukul 11 setengah. Ah, lambat lagi. So aku merajinkan diriku untuk revise sikit ape yang nak ajar kejap lagi. Berpaling kat pintu setiap kali ada student datang melawat bilik guru. Teruskan keje macam biasa sebab dah tahu bukan dia nak jumpa aku pon huu. Dia ke meja sebelah. Meja Kak Anis. 

K.Anis: Ye, awak nak pe?
Student: Saya nak daftar unit beruniform, kelab persatuan ngan sukan, cikgu. Saya baru je masuk pagi tadi.
K. Anis: Ouu, ok. Awak pilih je nak masuk ape nanti saya inform kat cikgu berkenaan. Awak nak unit beruniform ape?
Student: Saya pun tak tahu. (sambil tanya kawan dia masuk unit beruniform mane)
K. Anis: Dulu sekolah lama awak unit beruniform ape?
Student: Saya tak sekolah pun cikgu. 
K.Anis: Nape tak sekolah? Awak pindah sini tinggal dengan sape?
Student: Saya ada masalah keluarga. Saya duk dengan tok saya. Mak saya pun ada. Adik saya form1, darjah lima dan paling kecil darjah dua.
K.Anis: Ouu. Ayah awak ada lagi ke?
Student: Ada tapi saya tak tahu dia kat mana. Dia lari tinggal kami camtu je. Sekarang mak ayah saya dalam proses bercerai.

Siyes. Aku tak jadi nak sambung keje. Fokus sepenuhnya kat dorang. Kesian sangat. Baru form 2 tapi dah ada masalah camtu. No wonder la budak-budak sekarang kuat memberontak. Sebab dorang tak tahu dekat sape nak luahkan masalah yang dorang hadapi. 

Terus ucap syukur kat Allah sebab zaman remaja aku takde masalah camtu. And aku harap budak tu kuat. Maybe dia tahu dia anak sulung laki kena jaga mak and adik-adik dia. Teruskan niat nak pegi skol jugak. 

Keje sebagai cikgu sangat mengajar diri aku erti kehidupan sebenar. :')



*notakukukakiku: aku rasa aku dah terlalu sombong tapi ada juga yang mengharap. Harap bila dia tengok cincin di jari aku tu dia paham. 

XOXO Publish!

Wednesday, January 15, 2014

Buat muka

HeLo Peeps!

Its 12.15am now and im kind a little bit meroyan update blog time camni hewhew. And tak tahu nak citer ape pon. Haa, now listening to this SonaOne song, No More. Cool giler lagu dia. Rasa cam omputeh yang nyanyi. Siyes style lagu ni. Ehem. Bila umur makin meningkat ni kan uols, cara selfie iols makin teruk. Dah macam budak-budak. Maybe sebab tak boleh nak terima hakikat lagi kot yang diri tu dah nak jadi wife orang kan. Hoho.  

See! dah macam muka nak uuk uuk je oi. haha. Btw shawl by TudungPeople. Beli time sale aritu. Dah nama sale mesti kena beli lebih dari sehelai. Then minggu lepas gatal tangan beli dua helai lagi. TudungPeople is one of my favourite la. Kain die best, tak iron pun boleh pakai dengan yakin je. Hee. And the more important is, murahhh.  

Ni buat muka tunjuk lipstick baru. hehe. Last Tango from NARS. Im so into it. Nanti dapat duit gaji nak borong banyak-banyak. And polkadot skater dress from Forever21. 

Tahun ni kan nafsu membeli aku makin menjadi-jadi. Online je mesti ada je pape nak usha and beli. Tu belom keje tetap lagi. Kalau dah keje tetap, gaji bulan-bulan yang tak perlu nak share dengan sape-sape, tak tahu la camne. Minggu ni je tengah tunggu tiga parcel nak sampai umah. Pleasee help me. Ni tak bagitau pun kat si rul, nanti dia bebel potpetpotpet. Aritu dah perli stok tudung dah boleh bukak gudang. Jahat giler. Grrr. Ehem, i know bukan aku je kan camni kan. All ladies are same. Hikhik. Go shopping! ^.^

Minggu depan dah start mengajar balik. Konfem banyak cabaran yang menanti. All is well, caiyott! Ok lar, sweet dream, sleep tight. Gudnite dunia~

XOXO. Publish!

Saturday, January 4, 2014

Hello 2014!

HeLo Peeps!

Bismilahirahmanirahim. Ehem ehem. Sopan sikit sebab first entri tahun baru. Hewhew. Hola 2014! Tak sangka dah masuk tahun baru, umur pun dah meningkat 24 tahun. siyes macam tak percaya lagi je (sambil gosok-gosok mata). Sebab ape aku pilih 4 Januari baru nak update entri tahun baru ni? Kalau yang kata sebab hari ni Gwangsoo datang Malaysia salah oke! Takde kena-mengena pun hoho. Tetiba jeles dengan sapa-sapa yang boleh jumpa gwangsoo live depan mata. Nak tengok jugak aku ni sampai aras mana je kalau diukur dengan tinggi dia tu kan? Ok dah jauh sangat melalut ni hihi. Now back to the topic. As usual, first entri sepanjang hampir empat tahun blogging haruslah panjang empat ratus meter. Banyak benda nak citer. Idea mencurah-curah seperti mencurah koko jatuh ke ladang gandum sehingga menjadi koko crunch yang sedap (peribahasa baru). In Shaa Allah, tahun ni aku akan keep update entri dalam blog picisan yang berapa kerat je pun yang datang singgah nak baca hoho. Tak sanggup nak biar blog ni bersarang busuk sebab lama tak update. Lagipun aku bukan nak tarik viewer, cuma nak ada memori di hari tua. Eh eh macam pantun pulak kan. Huu. 

Tahun 2013 antara tahun yang paling indah bagi insan yang bernama Mardyiana aka aku la tu hee. Alhamdulillah, hampir semua wishlist yang aku tulis dalam diari tercapai. Wishlist tak semestinya nak mintak barang mahal, nak jejalan sampai ke korea (tapi tu wishlist aku woot woot :p). Tak. Wishlist bagi aku ialah kita nak sesuatu yang lebih baik dari sekarang. Dan tahun 2013 aku dapat banyak benda yang lebih baik dalam hidup aku. Terima kasih Allah. Salah satu yang tercapai ialah setiap kali aku balik umah, aku masih boleh tatap muka mak ayah aku. Allah tahu aku tak kuat kalau aku hilang dorang. Dan aku nak hasrul tu sentiasa hadir dalam hidup aku, sentiasa ada susah senang aku. Sebab kita tak tahu jodoh kita dengan siapa kan, kita tak tahu hati orang akan berubah dalam sekelip mata je. Tapi sampai sekarang hasrul yang aku tulis dalam wishlist tu still ada dengan aku. Dan aku dah selamat jadi tunangan dia 11 Ogos 2013. Malas nak upload gambar lagi sekali so nak tengok balik, baca kat ENTRI ni je tau tawan-tawan.  Hehe. Tapi makin hari makin rancak dia sakat aku. Sabo aje la. :)

Ehm ape lagi eh wishlist aku tahun lepas? jap2 nak bukak diari balik. Ok next, dapat first class degree. Yeayy. Dah tercapai jugak. Ada orang cakap amek education, tutup mata je nak dapat first class degree. Amboi amboi amboii. Dah kalau tutup mata camne nak study, nak jawab exam, nak dapat A kan? Semua kos boleh dapat first class. Semua tu atas usaha dan rezeki masing-masing la. Dan aku bersyukur sebab aku pun sebenarnya first class yang cukup-cukup makan je. Tak havoc sangat pun. And takde pe yang nak dibanggakan. Cuma hepy sebab tak payah bayar hutang je. Sebab tu aim utama aku nak dapat first class. Ehehe. Wishlist seterusnya poyo sikit. Aku nak tengok macam mane tahap kemurahan harga barang kat Indon berbanding kat Malaysia. Ok2, actually aku tulis nak jalan-jalan Bandung je dalam wishlist tu dalam bracket dengan si rul. kohkoh. Satu perangai tak boleh blah aku, aku ni jenis yang beli baju pakai sekali je. Tudung pun sama. Kalau rotate pun dua tiga kali je. Pastu jadi koleksi abadi. Kalau tudung ok la nak pakai sekali sebab paling mahal pun 60 ringgit je sehelai penah aku beli hihi. Tapi baju yang harga dua ratus lebih pun aku buat camtu jugak. Selalu kena bebel dengan si rul. Rentetan (eceh dah macam karangan bm) daripada tu la, aku tulis nak jalan kat Bandung. Beli baju banyak-banyak kat sana. Jimat. kikiki. Tak sangka pulak si rul boleh ingat sebab aku just bagitahu kat dia sekali je. Tu pun macam dengar tak dengar je time tu. Maybe dia tak tahan dengan habit buruk aku tu kot. huu. Entri jalan-jalan Indon kat SINI oke. :) 

Wishlist yang tak tahu tercapai ke tak, aku nak pandai masak. Aku dah belajar masak dengan wany, tapi sekarang cam ingat tak ingat je. Yelah, dah tak practise (anak dara pemalas tahap cipan). Cuak jugak si rul cakap aritu, lepas kawen dia nak aku improve masak-masak ni sampai bila dia balik keje, tak boleh nak kuar lepak mana-mana sebab tak sabar nak balik rumah rindu nak makan masakan aku. Hamboi engkau melampau betol. Berdebar jugak eden ni. Tapi aku tengok masa dia cakap camtu, dia senyum-senyum je. So, ak assume tu cakap kosong je la kot. Heheh. 

Wishlist laen cam tak boleh cakap open sangat. So biarlah rahsia giteww (padahal dah malas nak taip :p). So tahun baru, buka muka surat baru. Start tulis azam baru. 2014 gonna be a big year for me. Moga tahun ni menjadi tahun yang paling bahagia dalam hidup aku. Amin. Oh sebelum terlupa, aku nak mintak maaf if aku pernah buat korang terasa hati, sakit hati, menyampah dengan aku. Sorry tau. Dah nama manusia mesti tak sempurna. Aku pun sama. Tak sempurna. Mintak maaf tau. Kosong-kosong ok? :) Permulaan tahun baru aku dah happy moment ever. Moga sampai ke hujung tahun la hepi camni. Happy sebab boleh jumpa balik bestfriend aku time sekolah rendah dulu. Anis nama orangnya. Sangat bestfriend sampai ke kantin pegang tangan, pegi library pegang tangan, sampai nak masuk toilet pun pegang tangan. Aku pun tak paham. hoho. Dah lama giler tak jumpa. Last jumpa time form five dulu. Tu pun kejap je. Nak tebus tak puas hati sebab jumpa kejap sangat, kiteorang kuar sampai empat hari kot. Ni pun dah rindu balik. 

Teman Anis pegi u dia kat pekan. Best kenal tempat orang. Time amek angin petang kat tasik, aku pakai seluar camni. Tudung pun tak iron. Bedak tak ingat pakai ke tak. Haha. Pastu bertembung dengan student laki dua orang ni. Anis dengan kawan dia kat depan, aku lambat sikit jalan sebab pakai selipar tinggi camtu lalu kat jalan berbatu. Konfem la lambat kan. Huu. Aku lalu je depan mamat tu, dorang tengok aku then dua-dua orang naynyi lagu havoc, havoc, havoc. Sah! ni mesti sebab seluar askar ni. Dengan heels pulak tu. Orang laen pegi tasik pakai kasut sukan, tracksuit nak joging. Haha. Ada aku kisah? bukannya aku jumpa dorang lagi pasni. muehehe
Omg rindunya kat Anis. Tak sabar nak kuar jejalan lagi pasni. Kuar makan steamboat sama-sama, pegi shopping sama-sama, tido sama-sama, breakfast roti canai sama-sama. Time shopping kiteorang pegang tangan cam dulu-dulu. Hee. Even lama tak jumpa tapi langsung tak kekok nak borak-borak. Siap kongsi rahsia lagi. Means we are still bestie sampai mati. :') Miss u! 

Ok dah penat taip. Sory kalau jumpa typo. hehe. Bye!

XOXO. Publish!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!