Wednesday, March 19, 2014

AnaruL's Wedding Part 2: The Akad

HeLo Peeps!

Alhamdulillah Ya Allah, at last no more counting days. Daripada 200 hari duk menghitung hari, semangat pangkah tarikh kat kalendar hewhew. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 100 hari, 70 hari, 30 hari, seminggu dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM111.11, maka sahlah diriku sebagai isteri kepada Hasrul, cinta hatiku dunia akhirat. :')

Baru rasa bestnya cinta halal. Tak terhalang dengan pape pun. Terima kasih Tuhan sebab dengar doa aku, cepatkan jodoh aku dengan dia. :) Nikah kat umah, pelamin pun tak sempat pasang lagi sebab majlis lagi tiga hari. huhu. 

Dulang hantaran untuk cincin, gelang dan frame mas kahwin aku just hias dengan bunga ros merah. Inspired by majalah pengantin huu. Feeling madam rose giteww. 

Keje rasmi si fahah dan zema. Dan keje rasmi si nani tukang snap gambar. Dorang ni tak suruh datang pon nak datang jugak. sobsob terharu.

Mekap kali ni macam over sikit kan. Dulu tunang mekap pon tak nampak sangat. Kahwin sekali je, kena la over sikit. Tu teori aku. muehehe. Tudung macam biasa, customer tetap tudungpeople.

Siyes aku cakap, aku tak rasa berdebar and sebak langsung tadi. Rasa excited je nak dapat suami. Hihi. Tapi cuba tengok muka si rul. Tak penah lagi aku tengok riak muka dia yang camtu. Haha. Aku rasa aku dah cukup cun kot duk depan dia tapi sikit pun dia tak pandang. hoho

 Haha. rasa nak gelak guling-guling tengok muka si rul. tak control langsung cuak dia tu. :D

Time ni dah selamat jadi wifey! Hehe. Tunggu si rul solat sunat dulu. 

 Dah boleh salam dengan suami. Ehem, si rul dah jadi suami kitew daa.

 Nak pakaikan gelang pun terketar-ketar si rul ni. cumel betol. huu

Now my turn pulak sarungkan cincin kat suami tersayang. Pihak laki bagi hantaran sepersalinan untuk kakak aku sebab langkah bendul.

See. Aku rilek and cool je sarung cincin. Hoho

 Ok time ni tak tipu rasa sebak sikit. Si rul cium dahi pastu cakap 'abg dah jadi suami b daa'  :')

 Speechless moment.


I promise that i will love u till jannah. In Shaa Allah. 

Selesai dengan jayanya majlis akad nikah, so tunggu majlis resepsi sabtu ni pulak. Jemput datang tauu. Sory kalau ada typo sebab update blog guna hp je. Penat basuh pinggan mangkuk, curi masa tido sikit update blog. Suami pun takde nak teman. kohkoh. Bubye!

12 comments:

syikin kamara said...

ana...tahniah..cantek sgt ana.. semoga menjadi isteri yang solehah dan kekal berpanjangan dengan suamni tercinta hingga ke jannah..semoga cepat dapat baby..:)

m0sHiE~ said...

tq syikinnn. Aminn :')

Eda Johari said...

waa tahniah akak.. punya follow story dari akak dari awal, last-2 da kawen da pun.. semoga kekal sampai akhirat :)))

m0sHiE~ said...

Omg. terharuu. thanks dik. doakan kami oke :')

Akma Khaieri said...

Tahniah dah jadi isteri yang sah..selamat pengantin baru..jaga perhubungan nie sampai kesyurga..Aminn...

izni nakatsu said...

Tahniah lg skali (bkn skali dah ) ana!!!!! Jadi wife yg baik yg ikut ckp suami ye syggg. Ak faham perasaan nk akad nikah tu. Rse mcm fall in love kali ke2 tgk tok laki muahahahaha

m0sHiE~ said...

Akma Khaieri: Amin ya rabb. tq dear :)

m0sHiE~ said...

izni nakatsu:tq izniiii!! bukn fall in love kali kedua dah. ni xthu kali ke berapa da. huhu. ok, akan cuba yang terbaik untuk menjadi isteri yang solehah. aminn

Madihah Mazlan said...

Thniah!!ak tmpg bhgia bce blog mg.....smoga bhgie dnia n akhrt....n jd istri yg shhollehahhhh.......heeeee

m0sHiE~ said...

Tq dihaaaa! jemputla mai umah aku sabtu ni :D

SakinahSallim^^ said...

Anaaaaa! Tahniah. Aku pulok rasa tacing n sebak tengok mg kawen. Hoho. Tahniah. Semoga jadi bini yg terbaik utk rul.

m0sHiE~ said...

tq kinah sygg. hihi. In shaa Allah aku akn jd isteri yang baik untuk dia :')

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!