Sunday, February 2, 2014

My short weekend

HeLo Peeps!

Fuhhh. Tiga hari cuti weekend yang sangat memenatkan. And today back to work again. Siyes takde mood langsung. Sampai kat meja, kepala terus lentok sebab tido tak cukup. Jadual aku semua masa hujung-hujung. Time lepas rehat, time nak balik. Budak pon dah boring time tu. Sabar jelah. Aritu counting days nak tunggu cuti weekend ni coz dapat jumpa si rul. Aku bagitau dia dah dua bulan tak jumpa. Dia pikir. Then dia cakap kan dah balik bulan lepas. Ehehe. Langsung tak ingat kot. 

Balik sekolah kamis lepas, terus pecut kete balik umah. Si rul dah ready tunggu kat umah. Semangat lebih. Hihi. Pukul 2.40 baru boleh punch kad, tapi aku lepas kelas last pukul 2.15 terus balik. Buat macam sekolah sendiri je kan. Hoho. Maafkan diriku. Tapi balik cepat ada alasan. Nak pegi klinik, doing my hiv test. Cuak takut-takut kena cucuk kat lengan. Sakit. Aku ni dah la fobia tahap giler baban kena cucuk jarum ni. Last kena cucuk kat jari je. Urut dada sebab lega. Hehe. 

Macam gambar tak habes loading je kan. Hihi. Si rul balik kali ni semua duk pakat tegur dia dah naik badan. Mana taknya, timbang kat klinik berat sampai 75kg. Iols maintain 45kg je. Tu pon kena turun lagi dua kilo sebelum bulan depan. Caiyot2. Ehem ehem, abg sila diet ok. Make sure balik bulan depan tinggal 70kg je. (muka serius). Kuar kali ni dua-dua jadi pelahap. Makan banyak. Aku time balik umah, makan nasi dulu. Pastu lepas dah kuar klinik, pegi makan lagi. Aku makan bihun sup, si rul makan nasi ayam. Dah kenyang, kiteorang pesan desert pulak. Desert yang paling havoc di dunia, mi rojak. haha. 

Jumaat malam attend majlis nikah zira. Congrats zira sayang, dah selamat jadi isteri orang. Im so happy for u. U look stunning. Cantek. Dia tengah sebak time ni. Salam dengan ayah sendiri, dah tukar tanggungjawab ayah beralih pula kepada suami. Sape tak sebak kan. Aku tetiba tanpa sedar usap belakang zira. Terus pikir camne la aku nanti. Dah la jenis aku ni senang kuar air mata. Huu. 

Selamat pengantin baru zira dan lokman. :)

Esoknya pulak attend majlis resepsi kat umah zira sekali lagi. Jadi pengapit dengan si rul tapi pengapit tak sempat nak pegang payung untuk pengantin. Haha. Sebab time tu tengah syiok makan sampai tambah dua kali kot. Sory zira. Ehehe. Pastu kalut nak balik, nak attend majlis resepsi schoolmate si rul pulak. Terkilan jugak tak sempat nak bergambar dengan pengantin. Sobs

Oh oh ootd jap boleh? hiks. Baju from zawara and shawl for sure from tudungpeople. Azraa collection dah update batch baru yang lagi awesome. Dah berjaya pujuk si rul belikan shawl baru. Yeayy!

Zema majok dengan aku sebab lambat wish birthday kat dia. So sory zema. Aku dah bagitau alasan yang kukuh daa kat dia. Hihi. Happy belated birtday zema! :)

"Sudiakah awak menjadi isteriku?"
"Yes, Saya.. terima!"
:')

Balik umah dulu, tukar baju sebab dah tak selesa seharian pakai baju kurung. Teganu sekarang pagi and malam sejuk yang teramat, siang pulak panas yang teramat. So boleh bayang tak camne cuaca kat sini? Lepak kat kerteh ngan papa ibu, minum petang. Makan roti canai telur, lempeng nyiur, goreng pisang, cendol. Tiptop! No wonder la dua-dua naik berat badan. muehehe. Salah satu perangai sweet si rul, kalau aku malas bawak beg, mesti dia akan tolong pegangkan purse aku. Coz dia dah tahu tabiat aku yang suka tinggal barang merata-rata kalau tak bawak beg. Hihi

Semalam kuar lagi pegi melantak ikan celop tepung pulak. Asyik makan je kan. Pelik betol bak hang. Atau ni normal untuk pasangan yang bakal berkahwin? kohkoh. 

The best short weekend ever! :) Bubye!

XOXO. Publish!

2 comments:

izni nakatsu said...

Na...mmg normal berat naik time2 nk kawen. Sbb time tu ngah bahagia kot. Haha. Mkn je tak diet2. Diet pun badan ttp naik. Mcm aku r sbb tu debab gile time kawen. Malu wase tgk kehodohan ku time tu... sobs2

m0sHiE~ said...

yeke izni? berat ak memg dri dlu 45. tp nafsu mkn ak ni mkin menjadi2. kjap2 nk mkn. tp rul memg naek bdn die.

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!