Monday, January 20, 2014

Situasi yang membuatkan aku terkedu seketika

HeLo Peeps!

Pada pagi yang cerah dan dingin, tengok jam baru pukul 9. Kelas pukul 11 setengah. Ah, lambat lagi. So aku merajinkan diriku untuk revise sikit ape yang nak ajar kejap lagi. Berpaling kat pintu setiap kali ada student datang melawat bilik guru. Teruskan keje macam biasa sebab dah tahu bukan dia nak jumpa aku pon huu. Dia ke meja sebelah. Meja Kak Anis. 

K.Anis: Ye, awak nak pe?
Student: Saya nak daftar unit beruniform, kelab persatuan ngan sukan, cikgu. Saya baru je masuk pagi tadi.
K. Anis: Ouu, ok. Awak pilih je nak masuk ape nanti saya inform kat cikgu berkenaan. Awak nak unit beruniform ape?
Student: Saya pun tak tahu. (sambil tanya kawan dia masuk unit beruniform mane)
K. Anis: Dulu sekolah lama awak unit beruniform ape?
Student: Saya tak sekolah pun cikgu. 
K.Anis: Nape tak sekolah? Awak pindah sini tinggal dengan sape?
Student: Saya ada masalah keluarga. Saya duk dengan tok saya. Mak saya pun ada. Adik saya form1, darjah lima dan paling kecil darjah dua.
K.Anis: Ouu. Ayah awak ada lagi ke?
Student: Ada tapi saya tak tahu dia kat mana. Dia lari tinggal kami camtu je. Sekarang mak ayah saya dalam proses bercerai.

Siyes. Aku tak jadi nak sambung keje. Fokus sepenuhnya kat dorang. Kesian sangat. Baru form 2 tapi dah ada masalah camtu. No wonder la budak-budak sekarang kuat memberontak. Sebab dorang tak tahu dekat sape nak luahkan masalah yang dorang hadapi. 

Terus ucap syukur kat Allah sebab zaman remaja aku takde masalah camtu. And aku harap budak tu kuat. Maybe dia tahu dia anak sulung laki kena jaga mak and adik-adik dia. Teruskan niat nak pegi skol jugak. 

Keje sebagai cikgu sangat mengajar diri aku erti kehidupan sebenar. :')



*notakukukakiku: aku rasa aku dah terlalu sombong tapi ada juga yang mengharap. Harap bila dia tengok cincin di jari aku tu dia paham. 

XOXO Publish!

6 comments:

HanNis SaNia said...

kesian budak tu..
hi done done follow ur blog. feel free to follow my blog

m0sHiE~ said...

I will :)

PeRdU cINta said...

Moga Murid tersebut sentiasa tabah..fokus pada pelajaran dan kelak dapat membela nasib keluarganya..amin..di sekolah gurulah ibarat ibu dan bapa..

m0sHiE~ said...

In Shaa Allah. Amin. :)

izni nakatsu said...

comel nye mok na!! seri2 gituu nak kawen hehe

m0sHiE~ said...

kahkah.gambar ni propa semata-mata. ;P

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!