Saturday, January 4, 2014

Hello 2014!

HeLo Peeps!

Bismilahirahmanirahim. Ehem ehem. Sopan sikit sebab first entri tahun baru. Hewhew. Hola 2014! Tak sangka dah masuk tahun baru, umur pun dah meningkat 24 tahun. siyes macam tak percaya lagi je (sambil gosok-gosok mata). Sebab ape aku pilih 4 Januari baru nak update entri tahun baru ni? Kalau yang kata sebab hari ni Gwangsoo datang Malaysia salah oke! Takde kena-mengena pun hoho. Tetiba jeles dengan sapa-sapa yang boleh jumpa gwangsoo live depan mata. Nak tengok jugak aku ni sampai aras mana je kalau diukur dengan tinggi dia tu kan? Ok dah jauh sangat melalut ni hihi. Now back to the topic. As usual, first entri sepanjang hampir empat tahun blogging haruslah panjang empat ratus meter. Banyak benda nak citer. Idea mencurah-curah seperti mencurah koko jatuh ke ladang gandum sehingga menjadi koko crunch yang sedap (peribahasa baru). In Shaa Allah, tahun ni aku akan keep update entri dalam blog picisan yang berapa kerat je pun yang datang singgah nak baca hoho. Tak sanggup nak biar blog ni bersarang busuk sebab lama tak update. Lagipun aku bukan nak tarik viewer, cuma nak ada memori di hari tua. Eh eh macam pantun pulak kan. Huu. 

Tahun 2013 antara tahun yang paling indah bagi insan yang bernama Mardyiana aka aku la tu hee. Alhamdulillah, hampir semua wishlist yang aku tulis dalam diari tercapai. Wishlist tak semestinya nak mintak barang mahal, nak jejalan sampai ke korea (tapi tu wishlist aku woot woot :p). Tak. Wishlist bagi aku ialah kita nak sesuatu yang lebih baik dari sekarang. Dan tahun 2013 aku dapat banyak benda yang lebih baik dalam hidup aku. Terima kasih Allah. Salah satu yang tercapai ialah setiap kali aku balik umah, aku masih boleh tatap muka mak ayah aku. Allah tahu aku tak kuat kalau aku hilang dorang. Dan aku nak hasrul tu sentiasa hadir dalam hidup aku, sentiasa ada susah senang aku. Sebab kita tak tahu jodoh kita dengan siapa kan, kita tak tahu hati orang akan berubah dalam sekelip mata je. Tapi sampai sekarang hasrul yang aku tulis dalam wishlist tu still ada dengan aku. Dan aku dah selamat jadi tunangan dia 11 Ogos 2013. Malas nak upload gambar lagi sekali so nak tengok balik, baca kat ENTRI ni je tau tawan-tawan.  Hehe. Tapi makin hari makin rancak dia sakat aku. Sabo aje la. :)

Ehm ape lagi eh wishlist aku tahun lepas? jap2 nak bukak diari balik. Ok next, dapat first class degree. Yeayy. Dah tercapai jugak. Ada orang cakap amek education, tutup mata je nak dapat first class degree. Amboi amboi amboii. Dah kalau tutup mata camne nak study, nak jawab exam, nak dapat A kan? Semua kos boleh dapat first class. Semua tu atas usaha dan rezeki masing-masing la. Dan aku bersyukur sebab aku pun sebenarnya first class yang cukup-cukup makan je. Tak havoc sangat pun. And takde pe yang nak dibanggakan. Cuma hepy sebab tak payah bayar hutang je. Sebab tu aim utama aku nak dapat first class. Ehehe. Wishlist seterusnya poyo sikit. Aku nak tengok macam mane tahap kemurahan harga barang kat Indon berbanding kat Malaysia. Ok2, actually aku tulis nak jalan-jalan Bandung je dalam wishlist tu dalam bracket dengan si rul. kohkoh. Satu perangai tak boleh blah aku, aku ni jenis yang beli baju pakai sekali je. Tudung pun sama. Kalau rotate pun dua tiga kali je. Pastu jadi koleksi abadi. Kalau tudung ok la nak pakai sekali sebab paling mahal pun 60 ringgit je sehelai penah aku beli hihi. Tapi baju yang harga dua ratus lebih pun aku buat camtu jugak. Selalu kena bebel dengan si rul. Rentetan (eceh dah macam karangan bm) daripada tu la, aku tulis nak jalan kat Bandung. Beli baju banyak-banyak kat sana. Jimat. kikiki. Tak sangka pulak si rul boleh ingat sebab aku just bagitahu kat dia sekali je. Tu pun macam dengar tak dengar je time tu. Maybe dia tak tahan dengan habit buruk aku tu kot. huu. Entri jalan-jalan Indon kat SINI oke. :) 

Wishlist yang tak tahu tercapai ke tak, aku nak pandai masak. Aku dah belajar masak dengan wany, tapi sekarang cam ingat tak ingat je. Yelah, dah tak practise (anak dara pemalas tahap cipan). Cuak jugak si rul cakap aritu, lepas kawen dia nak aku improve masak-masak ni sampai bila dia balik keje, tak boleh nak kuar lepak mana-mana sebab tak sabar nak balik rumah rindu nak makan masakan aku. Hamboi engkau melampau betol. Berdebar jugak eden ni. Tapi aku tengok masa dia cakap camtu, dia senyum-senyum je. So, ak assume tu cakap kosong je la kot. Heheh. 

Wishlist laen cam tak boleh cakap open sangat. So biarlah rahsia giteww (padahal dah malas nak taip :p). So tahun baru, buka muka surat baru. Start tulis azam baru. 2014 gonna be a big year for me. Moga tahun ni menjadi tahun yang paling bahagia dalam hidup aku. Amin. Oh sebelum terlupa, aku nak mintak maaf if aku pernah buat korang terasa hati, sakit hati, menyampah dengan aku. Sorry tau. Dah nama manusia mesti tak sempurna. Aku pun sama. Tak sempurna. Mintak maaf tau. Kosong-kosong ok? :) Permulaan tahun baru aku dah happy moment ever. Moga sampai ke hujung tahun la hepi camni. Happy sebab boleh jumpa balik bestfriend aku time sekolah rendah dulu. Anis nama orangnya. Sangat bestfriend sampai ke kantin pegang tangan, pegi library pegang tangan, sampai nak masuk toilet pun pegang tangan. Aku pun tak paham. hoho. Dah lama giler tak jumpa. Last jumpa time form five dulu. Tu pun kejap je. Nak tebus tak puas hati sebab jumpa kejap sangat, kiteorang kuar sampai empat hari kot. Ni pun dah rindu balik. 

Teman Anis pegi u dia kat pekan. Best kenal tempat orang. Time amek angin petang kat tasik, aku pakai seluar camni. Tudung pun tak iron. Bedak tak ingat pakai ke tak. Haha. Pastu bertembung dengan student laki dua orang ni. Anis dengan kawan dia kat depan, aku lambat sikit jalan sebab pakai selipar tinggi camtu lalu kat jalan berbatu. Konfem la lambat kan. Huu. Aku lalu je depan mamat tu, dorang tengok aku then dua-dua orang naynyi lagu havoc, havoc, havoc. Sah! ni mesti sebab seluar askar ni. Dengan heels pulak tu. Orang laen pegi tasik pakai kasut sukan, tracksuit nak joging. Haha. Ada aku kisah? bukannya aku jumpa dorang lagi pasni. muehehe
Omg rindunya kat Anis. Tak sabar nak kuar jejalan lagi pasni. Kuar makan steamboat sama-sama, pegi shopping sama-sama, tido sama-sama, breakfast roti canai sama-sama. Time shopping kiteorang pegang tangan cam dulu-dulu. Hee. Even lama tak jumpa tapi langsung tak kekok nak borak-borak. Siap kongsi rahsia lagi. Means we are still bestie sampai mati. :') Miss u! 

Ok dah penat taip. Sory kalau jumpa typo. hehe. Bye!

XOXO. Publish!

1 comment:

Anonymous said...

Nor Anis Aneeza lokman...

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!