Tuesday, November 18, 2014

Diari seorang ibu: First baby's story

Assalamualaikum anak ibu.

Aduhaii. Dah lama sangat tak update blog. Dan entri kali ini khas ibu coret untuk tatapan anak ibu nanti mmuachh. Sekarang ibu dah masuk 34 minggu means dah tak lama dah anak ibu nak keluar melihat dan menatap wajah ibu baba. Actually ibu yang tak sabar sangat daa ehehe. Hari-hari tau ibu pikir camne wajah anak ibu ni. Ikut muka ibu ke? Muka baba ke? Tak kisah la asalkan anak ibu sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran dan elok rupa paras. Amin Ya Allah. 

Ape? Nama? Mestilah dah sayang. Baba yang kasi nama untuk awak tau. Sebab ibu pilih nama untuk baby girl, baba pulak pilih nama untuk baby boy. So aritu masa anak ibu dah masuk 30 minggu, ibu dengan baba pergi scan sebab excited nak tahu baby girl or baby boy. Tup2 doktor cakap baby boy. Baba dah buat senyum kambing dia sebab tak sabar nak guna nama yang dia pilih. Ishhh. Huhu. Doktor cakap ape tau sayang, dia cakap anak ibu ni comel. Betol. Ibu syukur sangat sebab anak ibu sihat. Nanti ibu tunjuk gambar anak ibu dalam perot comel ibu eyk. Tak boleh pulak nak upload kat sini since ibu update blog pakai iPad. Gambar dalam hp. Time scan tu anak ibu tido, bukan mata pon kejap je. Fine fine. Nanti ibu gomol2 anak ibu ni tau. Grrrr

Terima kasih tau sayang sebab sepanjang ibu mengandung, ibu takde alami problem teruk. Alahan pon takde. Muntah-muntah pon boleh bilang dengan jari je berapa kali. Mengidam pon kurang. Good boy la anak ibu ni. Dalam perot ibu pun dah start behave. I love u. Anak ibu nak tahu tak, ibu dah lapan bulan pun perot ibu kecil je. Semua orang tegur. Badan pun tak berisi sangat. Tak berisi pun berat ibu dah naik 10kilo tau. Ehehe. Takpe, nanti ibu pantang betol-betol. Nak diet biar macam anak dara balik. Eh! :)

Hurmm, cakap pasal problem, satu je problem ibu. Hb. Tak pernah lebih daripada 11. Paling rendah 9.8. Kesian kan. Nurse cakap maybe ibu ada talasemia. Tapi tak konfem lagi sebab arini punya checkup hb ibu dah naik normal balik. 11. Huhu. Time check yang hb rendah tu, baba da marah-marah ibu sebab tak jaga makan. Makan ubat tak konsisten, sayur tak makan, tahan lapar. Semua yang tak elok tu la ibu buat. Sorry sayang. Nangis-nangis la citer dia kena marah dengan baba. Baba garang tau sayang. So nanti behave tau. Ehehe. Dalam garang pun baba la suami yang paling best in the world. Setiap hari urut kaki ibu. Huu. Sekarang baba monitor jadual makan ibu. Ubat tak boleh skip, hari-hari kena makan kerang dan jambu batu. Sebab tu hb ibu naik paras normal. 

Sejak anak ibu bakal hadir dalam hidup ibu dan baba ni kan, Alhamdulillah rezeki family kita murah sangat. Even ibu baba muda lagi tapi kiteorang dah tak susahkan tokma dengan aki. And sekarang ibu pun dah posting. Syukur sangat. Nanti ibu beli baju banyak-banyak kat sayang tau sebab anak ibu ni kuat, langsung tak meragam setiap kali ibu pergi and balik keje. 

Banyak lagi ibu nak cerita kat anak ibu, buat now ibu nak solat jap. Ada kelas pasni. Bye sayang. Salam sayang dari ibu. Mmuachh !!

XOXO. Publish!


Wednesday, May 21, 2014

My life as a wife :)

HeLo Peeps!

Amboi amboi. Sejak dah kawen ni macam dah lupa je update blog kan. Masa tu banyak cuma malas je nak cari masa yang sesuai nak menaip. Ok maafkan diriku. Disebabkan dah lama sangat menyepi, aku akan menghukum diri ini. Betol tak tipu. hewhew :p

Yup. Aku kena menaip macam gini sepanjang entri ni. Janji. Lol. Gambar basi sangat ko. Tengok gambar ni teringat pulak kat anak sedara aku. Tunjuk gambar ni kat dia, pastu dia tanya, "camne aunty boleh terbalik macam tu?" Dengan selambanya aku jawab, "ouu, nak amek gambar kat sini, kena pakai gam kat kaki, lekat kat siling" Pastu aku boleh nampak muka percaya dia seratus peratus. hikhik. 

Dua bulan dah jadi isteri orang, my life is totally different. Sangat best. Sentiasa rasa nak ucap syukur kat Tuhan sebab dapat jodoh awal camni. Si rul dah jadi suami but still aku rasa dia macam bf je. Cuma rasa hormat tu kena tinggi lagi, tak boleh marah suami daa. Huu. Best ada bf satu umah ni. Pegi jalan-jalan tak payah da nak set pukul berapa kena balik tak nak bagi mak marah. No need. Nak balik pukul 4 pagi ke, lepas subuh ke, takde sape yang kisah asalkan dengan suami tercinta. :)

 Pegi singgah Bukit Tinggi. Cakap kat si rul yang aku nak pegi sini lepas tengok iklan Dynas dalam tv tu, 'awak memang cantik dari kecik ke' die punya tagline. Hoho. Tulah kan, betapanya iklan mempengaruhi kita. (atau hanya mempengaruhi aku je) Lol lagi. 
 Banyak lagi tempat nak teroka dengan si rul lepas ni. Untungnya dapat suami macam si rul satu sebab dia sporting. Suka jalan-jalan. But need to give and take la. 

Kenapa aku cakap camtu, kalu dia boleh teman kita why not sekali sekala kita teman dia pulak. Minat ape yang dia minat. Suka ape yang dia suka. Baru lagi bahagia. Giteww. Dalam seminggu, mesti dia akan pegi futsal, nak fit kan badan sebab tak nak moncit. Hihi. So dengan rela hati aku teman dia, tengok dia main. Semangat betol. Lepas main, tanya la, "abg sumbat gol tak arini? b tak nampak pun" manenya tak nampak, bukan aku tengok sangat pon, asyik duk main hp je. Boleh nampak kat situ konsep rela hati aku ni camne. :p
And sekarang aku pulak yang kena alert bila ada game chelsea. Sebab nak kejut dia bangun tido. What a perfect assistant I am right? 


Disebabkan aku menunjukkan prestasi yang cukup deboom, bila aku nak pape, mesti dia ikutkan aje. And time vendeur festival aritu, dia kasi can aku borong tudung dengan meriahnya. Stok untuk dua bulan katenya. Tapi aku buat-buat tak dengar je. Huu. Pegi time booth dah nak tutup, orang pun da tak ramai tapi boleh jugak snap dengan fatin suhana. Cantek betol orangnya. Tinggi pon lebih kurang je. Dia pakai heels, aku pakai flat je. Eh eh nak mention jugak. kohkoh. 

 Woot woott. Baru dua bulan kawen, i've got the best present ever!! My baby boo. Alhamdulillah Ya Allah. Serius tak sangka seawal camni dah pregnant. And baby dah masuk dua bulan jugak. Hihi. Pelengkap cinta weolls ni. Tak sabar. Semalam baru pegi scan. Tak nampak ape pon lagi sebab time ni baby baru sebesar buah anggur. Tapi dah dapat dengar bunyi jantung dia. Dupdupdup. Comel giler. Aku tengok muka si rul time tu. Riak muka yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Excited betol dia nak jadi baba kan. Doakan tau biar baby aku ni membesar dengan sihat and comel. Amin. 

Belom tahu pregnant lagi aku dah start mual-mual. Nak tumis bawang je rasa loya and terus tutup hidung. Time tu tak syak pape lagi sebab aku datang period jap. Padahal tu cuma implatantion bleeding. Ecece. Banyak membaca sekarang pasal ni sebab tak sabar nak jadi ibu kan. So sekarang al kisahnya hari-hari makan kat luar. Kesian jugak kat si rul. Kadang-kadang dia tanya aku dah boleh masak belom. Memang tak boleh la selagi tak lepas first trimester. Tapi Alhamdulillah aku takde morning sickness. Takde. Bangun pagi dengan heaven nya makan-makan sambil tengok tv. Cuma aku akan muntah bila makan lauk yang dimasak kat umah. Makan kat luar tak muntah pulak. Aritu si rul masak nasi goreng, lepas makan je terus muntah. Kesian dia semangat goreng kat dapur. Huhu. Oh, ada citer lawak. Mama aku (mak mertua) siap nak tulis dalam diari lagi sebab aku makan lauk dia masak and tak muntah. Satu kebanggaan dia cakap. Haha. 

You are one of the best thing happen in my life. The best husband ever! I love you now and forever. Oh sory kalau gambar-gambar kat atas macam takde kaitan je kan. If kat blog ni aku menyepi je just datang melawat kat my ig (dyianamohd). Boleh tahan jugak aku update gambar kat ig sane. Huhuhu. Bubyee!

XOXO. Publish!

Sunday, April 13, 2014

House of wax vs House of horror

HeLLo Peeps!

Malam minggu doing nothing at home, kiteorang akan cari je tempat nak spend time sama-sama. Memandangkan si suami seorang yang sangat sporting, so biasanya aku la yang decide nak pegi mana-mana. Ehehe. Weekend aritu aku rasa macam nak pegi i city lagi. Pujuk sikit terus dia nak bawak. Yeayy. 

Art museum dah pegi. So kali ni masuk red carpet yang ada patung lilin tu. Tapi still on renovate sebab kes yang bakar patung lilin aritu. Tapi we are so lucky coz tix masuk just lima hengget je uolls. No wonder la time aku pegi malam tu ramai bebenor manusia yang masuk red carpet tu. Nanti dah siap renovate balik, tix masuk dah takde lima ringgit, nak tahu berapa? RM80 ok! Memang tak la nak buang duit semata-mata nak bergambar dengan patung lilin. hoho.

So, memang puas hati la boleh bergambar dengan hanya bayar lima ringgit je. Berbaloi-baloi giteww. :p

 Gangnam style dan psy yang semakin hilang ditelan arus masa. Tapi harus snapping jugaks. Hiks



Tengok gambar ni teringat citer lawak si rul. Sampai umah, sebelom tido kiteorang tengok balik gambar-gambar tadi. Pastu dia tengok la gambar ni, then dia cakap, "eh b, tengok gambar ni, patung ni tengok kat abg la. takutnya" Poodah punya suami. Padahal memang patung ni possing camtu. Tak paham betol. Dia punya serius cakap tu memang tak boleh blah. huhu. 

 Empat lima keping aku snap dengan mr bean tapi still tak dapat buat muka camtu. Tapi..

 Si rul sekali snap je terus dapat. Haha. lol

Si rul nampak berisi bukan sebab dia memang dah berisi ok. Sebab patung tu cekeding sangat. Kan abg kannn? hihihi (amek hati :p)

 Spot the fake but handsome waxwork. Even with the 'kaki ayam'. kihkih



 Then masuk pulak house of horror. Berbalo-baloi jugak. Tix masuk RM15 seorang. Aku cakap berbaloi-baloi sebab kiteorang jerit sampai kering anak tekak la. Siyes suasana die creepy giler, sound system dia yang superb lagi buat terkejut sampai melompat-lompat. 

 Mula-mula masuk boleh lagi bergambar dan ini je satu-satunya gambar dalam house of horror. Haha. Pastu tak sempat nak snap sebab asyik jerit, lari. jerit, lari. Penat kot. Dah la banyak section. Rasa macam berjam-jam duk dalam tu tak jumpa jalan keluar. Dengan suami kita yang pentakut lagi. hikhik. Hantu dalam almari, mayat terbang, kerusi berpusing ada kepala hantu. Banyak lagi la.Sangat recommended. Pegi i city wajib masuk sini tau.

I love u suamiku. Chupp!

XOXO. Publish!

Monday, April 7, 2014

Our sweet homie :)

HeLo Peeps!

Omai omai rindu giler nak update blog and at last i can make it wuhuu. So far, my life after married is superb wonderful. Sharing everything with my hubby. And believe it or not, aku dah start masak untuk si rul hehe. Minggu lepas belom masak sebab bizi kemas rumah (konon jela), barang dapur pon belom beli lagi. Sekarang bila dah set up semua, tak boleh la nak buat alasan tak nak masak hihi. Si rul cakap not bad la aku masak, sedap. Aku tengok dia makan pun selera je. Tapi aku kena korban selera aku sebab aku ni suka masakan pedas, si rul pulak tak boleh. Susah jugak kalau selera lain-lain ni. Ehem. 

So far muka takde perubahan lagi, berat pun still maintain. Pipi pun tak kembung lagi. Baru dua minggu. Kita tengok after dua bulan oke. Lol :p

Ok now, aku nak tunjuk gambar our sweet homie. Masa baru sampai aritu boleh tepuk dahi, bersandar kat dinding la citer dia bila tengok keadaan rumah. Rumah bujang. Faham-faham jela. Tapi ok la sikit sebab si rul jenis pengemas. Esop tu terus pegi ikea beli barang yang belom ada. Barang-barang dapur tak payah beli sebab semua dah ada, hadiah kawen aritu. Tqsm uolls. :)

Living room. Ruang lepak tengok tv, layan movie. Kerusi ada tapi best lepak kat bawah jugak. huu. Gambar last sekali memang takde kaitan langsung. Si rul belanja shawl sebab tolong kemas rumah. Reward katenya. Yippi.!

Ruang makan. Duduk berdua so kerusi pun ngam-ngam ada dua je. Feeling nak candle light dinner sampai letak lampu. hoho. Tampal gambar sebab kalau takde modal nak borak time makan, kiteorang boleh cuci mata tengok gambar kat situ. Giteww. haha

Pinggan mangkuk cawan pisau, blender, toaster semua hadiah kawen aritu. hehe. Tapi peti ais beli sendiri la. Hihi. Maggi wajib ada dalam stok makanan sebab takut-takut masakan tak menjadi, tak la lapar suami kite time balik keje. hoho. Woot woot, spot the cooking book. wedding gift jugak. Aku letak kat dapur. Kalau takde idea nak masak ape, belek je buku tu. Done. :p
Bilik ada tiga, so aku reserve satu bilik buat bilik baju. Nak feeling ada closet jugak. Huu. Baju, beg semua aku sumbat dalam bilik ni je. Senang. Tak serabut sangat bilik tido. Almari baru beli satu je kat ikea aritu sebab tak muat nak sumbat dalam kereta. Bila ada satu je haruslah kena letak baju isteri dulu. Ladies first. Hehe. Nanti kita beli lagi ok suamiku. :p

Kamar beradu. Still dalam renovate. Aircond belom servis lagi, Meja cermin tak beli lagi. Sobsob. Takpe setel slow-slow. :)

Ni lah rumahku syurgaku yang baru with my handsome husband. Hee. Nanti bila dah fully decorate aku update entri lain pulak ok. Bubye!

XOXO. Publish!

Friday, March 28, 2014

AnaruL's Wedding Part 3: The Receptions

Helo Peeps!

Dah sepuloh hari kawen, baru hari ni ada masa nak update blog. Malam ni balik kL, so curi jugak masa sekejap update gambar kawen. Sebab bila da balik sana konfem lambat lagi nak jenguk blog. Busy nak decorate umah, kemas barang sumer. So far, kehidupan selepas kawen is totally different! Perasaan yang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Sangat best. Dah boleh teman suami main futsal sampai lewat malam, tengok tv sama-sama. Hehe. Sekarang ni pun dia tengah teman aku update blog. Ok bukan teman tapi tido. Lol. 

Entri kali ni aku combine terus majlis resepsi, majlis sambut menantu dan outdoor. Coz gambar tak banyak, ni pun ihsan dari hp je. Nanti da dapat gambar dengan photog, aku update entri throwback pulak giteww. hoho

Majlis resepsi kiteorang buat tema cream and white. Simple je. Shawl ni aku pilih kain sendiri je sebab sangat susah nak cari shawl color brown sand. Dah jumpa tapi kain tak best pulak. So senang citer buat sendiri je. huhu

Ok. Meja daftar pun decorate sendiri je. Lagi sejam nak majlis baru sibuk nak hias. So ini jelah hasilnya. Sobsob. Tabung wish card sampai lima enam kali pegi rotate sebab tak muat. hihi. Nanti nak buat frame besar taruk semua wish card tu. :)

 My angels pakai tema pink and grey. Jeles kot sebab nak pakai jugak. kohkoh

Antara kekawan yang datang and sempat bergambar guna hp iols. Huhu

 Fall in love with the make up, dress, and pelamin. Simple but sweet. Ramai yang puji make up aku sebab tak over sangat. If uols nak try make up camni, just pm Shasha Bridal ok hee. 

Majlis bertandang kiteorang pilih tema purple sebab majlis resepsi dah simple so color purple nampak garang sikit. Shawl from zawara. 

 Best jadi raja sehari ni. Dilayan macam ala-ala puteri gituu. Macam nak bersanding lagi sekali je. hikhik





 My new family. The new part of my life. :)

 Satu-satunya kawan yang datang semua majlis aku. hihi. Tq zema. Big hug. 


 Penat jugak asyik duk berposing je. Tak sabar nak tunggu gambar photog nanti. woot woot.

 Ni salah sorang pembaca blog tegar aku since tiga tahun lepas.ada jugak orang yang minat blog kita. Tq so much syida. :')

 Petang tu terus pecut kereta pegi pantai nak outdoor photoshoot pulak. Si rul just pakai sut and aku pulak pakai dress hijau. Meriah sikit hukhuk. Lokasi outdoor kat pantai chendering. Very nice dangan view rumah api lagi uolss. 

Yeayyy. At last dah kawen. And semua majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Ni je gambar yang berjaya aku korek from my hp. hoho. Ok la kan daripada takde langsung. So now wish me a very best of luck to be a good wife for my lovely husband. Bubye!

XOXO. Publish!

Wednesday, March 19, 2014

AnaruL's Wedding Part 2: The Akad

HeLo Peeps!

Alhamdulillah Ya Allah, at last no more counting days. Daripada 200 hari duk menghitung hari, semangat pangkah tarikh kat kalendar hewhew. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 100 hari, 70 hari, 30 hari, seminggu dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Dengan sekali lafaz dengan mas kahwin RM111.11, maka sahlah diriku sebagai isteri kepada Hasrul, cinta hatiku dunia akhirat. :')

Baru rasa bestnya cinta halal. Tak terhalang dengan pape pun. Terima kasih Tuhan sebab dengar doa aku, cepatkan jodoh aku dengan dia. :) Nikah kat umah, pelamin pun tak sempat pasang lagi sebab majlis lagi tiga hari. huhu. 

Dulang hantaran untuk cincin, gelang dan frame mas kahwin aku just hias dengan bunga ros merah. Inspired by majalah pengantin huu. Feeling madam rose giteww. 

Keje rasmi si fahah dan zema. Dan keje rasmi si nani tukang snap gambar. Dorang ni tak suruh datang pon nak datang jugak. sobsob terharu.

Mekap kali ni macam over sikit kan. Dulu tunang mekap pon tak nampak sangat. Kahwin sekali je, kena la over sikit. Tu teori aku. muehehe. Tudung macam biasa, customer tetap tudungpeople.

Siyes aku cakap, aku tak rasa berdebar and sebak langsung tadi. Rasa excited je nak dapat suami. Hihi. Tapi cuba tengok muka si rul. Tak penah lagi aku tengok riak muka dia yang camtu. Haha. Aku rasa aku dah cukup cun kot duk depan dia tapi sikit pun dia tak pandang. hoho

 Haha. rasa nak gelak guling-guling tengok muka si rul. tak control langsung cuak dia tu. :D

Time ni dah selamat jadi wifey! Hehe. Tunggu si rul solat sunat dulu. 

 Dah boleh salam dengan suami. Ehem, si rul dah jadi suami kitew daa.

 Nak pakaikan gelang pun terketar-ketar si rul ni. cumel betol. huu

Now my turn pulak sarungkan cincin kat suami tersayang. Pihak laki bagi hantaran sepersalinan untuk kakak aku sebab langkah bendul.

See. Aku rilek and cool je sarung cincin. Hoho

 Ok time ni tak tipu rasa sebak sikit. Si rul cium dahi pastu cakap 'abg dah jadi suami b daa'  :')

 Speechless moment.


I promise that i will love u till jannah. In Shaa Allah. 

Selesai dengan jayanya majlis akad nikah, so tunggu majlis resepsi sabtu ni pulak. Jemput datang tauu. Sory kalau ada typo sebab update blog guna hp je. Penat basuh pinggan mangkuk, curi masa tido sikit update blog. Suami pun takde nak teman. kohkoh. Bubye!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!