Monday, November 25, 2013

Honesty90 : New batch is coming! :D

HeLo Peeps!

Our mini bizz, Honesty90 dah update batch baru uols. But malangnya, we cant afford model yang cantek manis untuk posing dengan shawl baru Honesty90. Im soo sorry sebab korang kena hadap muka passport aku. Sory tau. Hiks. Our speciality is shawl kiteorang semua ni custom made. So please have take a look to our shawl.

LISTEN LISTEN LISTEN! Sempena new batch ni, setiap pembelian akan dapat freegift. Aku ulang sekali lagi, freegift! So kalau korang grab banyak shawl, makin banyak dapat freegift. Cool tak? aumm aumm.

If korang berminat, just pm my fb DyaNa MOhd or directly email to dyianamohd@yahoo.com. List kod shawl and berapa helai yang korang nak. Instagram @Honesty90 will coming soon. Hoho. 

Code: 001
Material: Japanese Royal chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 002
Material: Chiffon
Price: RM17
AVAILABLE

Code: 003
Material: Chiffon
Price: RM17
AVAILABLE

Code: 004
Material: Chiffon stock
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 005
Material: Super chiffon
Price: RM17
AVAILABLE

Code: 006
Material: Monalisa Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 007
Material: Monalisa Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 008
Material: Super chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 009
Material: Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 010
Material: Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 011
Material: Super chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 012
Material: Japanese chiffon
Price: RM15
SOLD OUT

Code: 013
Material: Chiffon
Price: RM12
AVAILABLE

Code: 014
Material: Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Jum beli cepat-cepat ok! Do pm me DyaNa MOhd or email to dyianamohd@yahoo.com. Shawl and freegift are waiting for youu.! :)

XOXO. Publish!

Friday, November 22, 2013

Hampir pasrah.

Selagi kita hidup selagi tu kita tak akan pergi jauh dengan pilihan.
Hati selalu berbelah bahagi jalan mana yang paling sesuai untuk diri sendiri.
Kita usaha macam-macam.
Bila dua orang mempunyai pendapat berbeza, aku jadi serba salah, jadi penat.
Bila dah selalu sangat buat keputusan, sampai satu masa kita akan pilih untuk diam. 
Dan redha dengan pilihan orang lain.

Positifkan diri.
Kalau Tuhan dah tetapkan sesuatu, itu pasti milik kita. cepat atau lambat.
Mungkin. 
Jangan cepat jatuh. Sakit dan perit untuk permulaan, dan kemudian kita akan rasa lega dan redha menerimanya.
Dan akhirnya bahagia akan datang.

Paling penting adalah restu.
Dua restu.
Satu Tuhan, dua ibubapa. 
Kena akur.

Jodoh tu bukan tentang siapa cepat dia dapat.
Jodoh tu masih tetap rahsia Tuhan.

Bellongingness should remain offline.


XOXO. Publish!

Monday, November 18, 2013

Drama wajib tonton 2013: The Heirs

HeLo Peeps!

Perhh! Dah lama giler tak review citer korea yang aku tengok. So kali ni ada citer yang sangat-sangat best giler kebaboom uolss! (muka serius nak mati). First, sebab hero dia Lee min hoo. Omaigod! Hensem giler. Sepanjang layan citer ni rasa macam melayang-layang je pasal melting tengok dia. Hikhik. Melampau kan? Tapi tulah kenyataannya. huuu. Aku memang tak penah miss tengok citer kalu mamat ni berlakon. 

The Heirs ni 20 episod jep. Sekarang baru sampai episod 13 . Tapi kalau kat One HD baru sampai episod 3 or 4 camtu. So aku watching online jela pastu tengok balik kat One HD. Hee. Semangat bebenor. Tapi tajuk dia laen, bukan the heirs tapi the inheritance kalau tak silap aku. Tapi the fact is jalan citer sama jep. Hero tetap sama, yang paling hensem tu lah. hewhew. 

Heroin dia pulak yang penah berlakon dalam citer sekali dengan yonghwa tu. Aku lupa dah tajuk die. Hokhok. Memang sweet giler citer ni. korang takkan skip sebab scene dia tak boring langsung. Citer dia pasal nak mewarisi syarikat camtu la. Alah, nanti korang review sendiri je sinopsis citer ni kat google oke. hee. Ost pon best.

Ololol. Camne la tak melting kan? Aku baru je start tengok citer ni. Lepas maghrib start tengok episod 1, pukul 5 pagi done with 12 episode. Muehehe. Memang tak gerak langsung, melekat je atas katil. Tu nama dia peminat lee minho yang tegar. So, try la tengok. Besttttt! Daa.

XOXO. Publish!

Sunday, November 17, 2013

Reaksi pelbagai

HeLo Peeps!

Anyone have a habit like me? Once masuk je dalam kete terus snapping! sila angkat kening laju-laju. huhu. Nasib baek si rul layan kan ajer habit entah pape diriku ini. "1,2,3 Tukar! 1,2,3 Tukar! 1,2,3 Tukar!" Dan inilah hasilnye. Hampir sama je reaksi weols kan? hikhik. As usual, tempat wajib dating haruslah celop tepung pok nong! sebab dua-dua kuat suka makan celop tepung. sedap giler. omnomnom :)

Uols! Nak tahu tak if korang beli kat habib dengan pembelian 2k and ke atas, akan dapat freegift photobook tauu. Up to uols nak wedding photobook, family photobook or anything else. How cool is that! Photobook yang harga 2 ratus lebih boleh dapat free je. Just send gambar yang korang nak taruk dalam photobook tu. Aku pon tengah gigih cari gambar nak send for our wedding photobook. Ape? besar dia camne? yup. aku tahu korang akan tanya soalan camtu. hihi. Kalau yang standard horizontal, saiz dia 11 x 8 inch. So cepat-cepat la pegi habib beli gelang ke cincin ke untuk orang yang tersayang oke! 

Ok tak tahu dah nak citer ape. bubye!

XOXO. Publish!

Saturday, November 16, 2013

Abg dah kawen part 2

HeLo Peeps!

Kemain tajuk entri abang kawen tapi gambar orang lain yang interframe dulu. Hikhok. Alarr, biasa la lama dah tak jumpa si rul. Over eksaited la citer dia. huu. Tadi kan, pegi kedai emas nak beli gelang, kakak kedai tu kan teka umur si rul 25. hahaha. Gelak guling-guling. Sabar ye cik abang. hihi. Btw dress yang aku pakai arini from zawara and shawl pulak design sendiri jep. :)

Kali kedua rombongan cik kiah bertandang ke rumah kakak ipar. Even majlis pihak pompuan simple je, tapi berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah. Congrats again abang! :')

Tadi pukul 10 dah sedara mara dah start berkumpul kat umah. Tapi aku time tu tak siap pun lagi. Si rul pon belom mandi lagi. So, kiteorang kena tinggal sebab lambat sangat. huu. Boleh tahan si rul pecut kete dia, bulat mata-mata kita. Yela kan, si rul satu-satunya laki yang aku kenal drive humble giler. hahah! belive it or not, we can make it on time. hiks. 

 Rombongan cik kiah baru nak masuk line. Sory cik de ku sayang, mata cik de sorang je yang pejam. hihi

Pengantin paling comel di alam semesta. Hantaran semua tu kakak ipar aku lah yang gubah. Untung giler, dah boleh cut cost dah kat situ kan. hmm. 

Makan-makan time. 

Ada orang tu kan dia kan tambah nasi kan dua kali kan. lapar betol. Tysm to si rul coz sanggup balik teganu attend wedding abang. Cuti weekend je, esop dah nak balik kl. Sobs. Takpe, awal bulan depan indon trip together! yeayy. cant wait :)

Haha. Look! Sebab abang kite cam kecik-kecik hensem, sampaikan si rul nampak gemop hahah. Dia dah rendahkan badan tak nak bagi obvious sangat. Tu lah, nape tak tinggi 173cm lagi. Tapi takpe, sebab aku pon nak anak tinggi nanti. (ok gatal giler! belom kawen dah pikir anak kohkoh)

Dah settle majlis abang, next my turn pulak. :D Jangan lupa doakan kita tau. (jom tadah tangan sama-sama). Bye!

XOXO. Publish!

Tuesday, November 12, 2013

Bestnyee jadi cikgu! :D

HeLo Peeps!

At last, sampai jugak minggu terakhir tugas aku sebagai seorang guru. Minggu depan dah cuti skol. Aku dah boleh rilek kat umah. Meneruskan rutin biasa aku balik. Tengok tv, makan, jalan-jalan. Hikhik. Tapi cuti ni nak serius dengan bisnes tudung pulak. Lai lai beli tudung kiteorang. Murah kebaboom uols. Huu. (iklan jap). 

Tadi jamuan akhir tahun guru dan sambut sekali majlis perpisahan diriku. Sobs. Bila ingat balik ucapan aku tadi cam entah pape je. Tak ready langsung, maen spontan je. Malu kot. Huu. Please, tak nak dah ingat pasal tadi. Nak tahu aku cakap pe? lepas dah cakap terima kasih atas sumer blablabla, then aku bagitahu sepanjang dua bulan aku kat skol ni, tak pernah langsung aku dengar cikgu mengumpat sesama cikgu. Rasa kagum. Lepastu, aku tengok guru besar bukan maen kuat tepuk tangan. Huu. Tapi betol, budaya mengumpat ni dah sinonim dalam kehidupan kita kan? Rasa tak puas hati, mengumpat. Tak suka, mengumpat. Salah sikit, mengumpat. Aku pon tak paham. Sebab tu la aku happy duk sini. Takde ngumpat situ, ngumpat sini. Boleh ngam dengan semua orang. :)

Ingat tak nak citer daa pasal skol, tapi mana boleh kalau tak diabadikan dalam blog ni. hewhew. Konfem! sekarang aku dah jatuh cinta dengan opsyen cikgu. Tak salah jalan yang aku pilih dulu. :) Si rul cakap aku cikgu yang paling cumel pernah dia jumpa. muehehe. Pandai je amek hati kite. :p Jum jum tengok kenangan aku kat sktr. cekidaut! 

Gambar ni kak zi yang edit sendiri. Kak zi antara cikgu yang rapat dengan aku kat sini. Kalau ada program pape, mesti kak zi akan jadi ajk makanan. Hehe. Sebab dia suka makan. Nak cari kak zi je, mesti orang cari kat kantin. First datang sini, aku cam malu nak pegi makan sorang-sorang kat kantin. Kak zi la yang selalu ajak aku makan sama-sama. Lawak dia boleh tahan la boleh buat aku sakit perot jugak duk gelak. hihi


With kak aisyah, kak wanee, kak zi and kak ma. Time ni suprise birthday guru besar. Memang suprise sebab guru besar tak boleh detect langsung.

Pagi-pagi dah boleh makan kek secret recipe free. Hehe. Best duk sini sebab dorang akan celebrate birthday cikgu-cikgu semua. Dah macam family sendiri kan? No wonder la aku tengok cikgu kat sini happy je datang skol setiap hari. Tengok buku kehadiran guru, sebelum pukul 7 pun dah ada cikgu yang sampai skol. Aku pukul 7 tu baru je tengah siap-siap pakai tudung. Hiks

Setiap kali meeting pulak, aku akan cari port yang paling hujung. Biasalaa, kite bukan orang penting pon. Tak payah semangat sangat. Hikhik. Spot my bored face! haha. Meeting pukul dua petang. Ofcos la boring plus mengantuk. 

Yang ni pulak first day datang skol dulu. Baru hari pertama, dah kena masuk meeting. Tu pasal muka cam serius sikit. Konon focus la kan. konon je la. :p

Ahah! time ni waktu pj. Waktu yang paling aku anti. Al maklumlah dari aku skol rendah lagi dah tak suka waktu pj. So dah jadi cikgu pun, penyakit tak suka pj zaman skol dulu masih berjangkit dalam diriku ini. uhuk!Dapat pulak pj darjah 3. Memang susah nak control dorang. "cikgu! nak main nenek-nenek." "cikgu, nak main pepsi cola?" "cikgu, lutut syamir darah jatuh time berlari tadi." Alahai. macam-macam perangai la. Sabau jela. huhu

Haii uols. Tu tudung kiteorang design sendiri. (iklan lagi ^^) Time ni tengah bizi buat bunga telur sempena majlis khatam quran. Hari tu cikgu pompuan kena pakai jubah, cikgu laki pulak pakai baju melayu. Aku sorang je tak pakai. Aku cakap takde jubah nak pakai. Pastu nak tahu respon dorang pe? "lar, nape tak cakap? kak siti ada jubah anak kak siti boleh pinjam kat yana" alar alar baiknye. 

Sekali pandang dah macam rombongan nak pegi meminang. Cuma takde pengantin je kat tengah. hehe. Cikgu yang pakai baju hitam tu nama dia cikgu nordin. Lepas dah citer tunang aku duk jerangau, terus cikgu nordin panggil aku adik. sebab kampung dia kat situ. Start hari tu, semua cikgu panggil cikgu nordin abang angkat aku. hee. cumel betol. Aku layankan aje. :)

See! betapa sportingnya cikgu pompuan kat sini. Pakai baju sama sempena majlis anugerah kecemerlangan. 

Barisan guru-guru yang menjayakan hari anugerah kecemerlangan sktr. Kelam kabut jugak sebab hujan lebat giler pagi tu. Hebat tak hari tu masuk tv tau. Tapi rtm jela. hehe. Ok la daripada takde. Sebab yang datang rasmi ni dato' JJ. Yang pasti muka aku tak masuk tv pon. huu. 

Cikgu yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan student. Sadis! Sebab muka aku yang tak nampak garang langsung, naik minyak la budak-budak ni time aku mengajar. Pernah sekali aku jerit 'SENYAPPPPP!!!' selama seminit setengah. hoho. Sentap jugak la dorang. Sebab aku jerit camtu, dua hari sakit tekak. haha. hari last kat skol, dorang bagi hadiah. Thanks tau. Tapi part yang tak boleh tahan tu, dorang kasi hadiah kete mainan sport color kuning. motif sangat. :D

Ok. Tu jelah antara kenangan yang aku nak abadikan dalam entri kali ni. Memang banyak manis daripada pahit. Thanks again to all SKTRians sebab sudi bagi dorongan dan bimbingan sepanjang yana kat sini. Memori yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Chupp! :')

XOXO. Publish!

Monday, November 4, 2013

Bersama Abg Motor Besar :)

HeLo Peeps!

Minggu depan dah cuti skol, means minggu depan i will be free. Hewhew. So far, pe yang boleh aku cakap jadi cikgu kat sini sangat-sangat best, semua pengalaman yang aku dapat setakat ni takde lagi yang pahit. Aah, kecuali pengalaman berdepan dengan budak nakal dalam kelas. Tapi normal la tu. Dah nama pun budak-budak. Aku pon time kecik-kecik dulu pon nakal jugak. Kalau tak, takkan la kena rotan depan kelas. Huu. Cikgu-cikgu kat sini tiptop! Baek and sporting. Guru besar pon boleh tahan pandai buat lawak. Dalam meeting tak sah kalau tak gelak. Ehehe.

Ekceli banyak sangat dah gambar aku sepanjang jadi cikgu kat sini. Gambar jamuan perpisahan, birthday suprise guru besar, gambar time mengajar toksah cakap ah banyak tak terkira. Kena simpan elok-elok nanti nak tengok balik kenangan kat sktr. Hari ni tetiba rasa nak update stori pasal skol kat blog picisan daku ini. Yelah, bukan hari-hari boleh bergambar dengan motor besauu uolss. Hiks.
  
Tadaaa! Boleh la merasa naek even kejap je. Aku tak minat sangat motor besar ni. Bunyi dia kuat sangat. Huu. Lagi satu aku tengok macam penat je orang yang bawak motor camni. Kena angkat tangan tinggi. Tak penat ke? :p Btw tengok baju smart school aku besar gedabak. Aku tak beli pon. Datang skol pagi tadi just pakai baju biru biasa je. Last-last cikgu nordin bagi free baju kat aku saiz XL sebab saiz tu je yang ada. Mak aii! nak tak nak terpaksa la aku pakai. Ambil hati dia dah bagi free. Huu. Budak-budak tanya 'aik tecer, tadi pakai baju laen?' aku pon cakap 'magic!' and terus blah tanpa perasann. Hikhik

Ramai ni je pon student sktr. Tapi bising dia perhhh! Setiap pagi dorang beratur kat sini la minum susu kotak ducthlady. Teringat pulak dulu-dulu aku pon dapat susu kotak jugak. Alarr, yang gambar budak laki galas beg skolah tu. Kan? hihihi. 

Masuk skol ni banyak kali dah aku senamrobik. Memang semangat la citer die dok senamrobik. Kalu kat skol menengah, aku rasa tak selesa nak buat semangat sangat. Entah, maybe sebab skol menengah kan. Budak dah besar. Siyes rasa nak control je. Tapi kat sini sampai berpeluh-peluh ni senamrobik. Cikgu lagi semangat dari budak-budak. Hee. No wonder la rasa badan cam dah makin slim je sekarang. Eh? ^.^

Tengok kak wanee yang semangat jugak. Hehe. Kak wanee ni meja dia sebelah dengan meja aku. Share minat yang sama that is watching runningman! Selalu puji dia sebab cantek and berjiwa muda. Bila dah start citer pasal runningman, konfem gelak kuat giler sampai cikgu laen tegur. huu. Kak wanee pelik sebab pe aku minat gwangsoo. Tak boleh nak bagitau sebab die kak wanee oi, banyak sangat tak terkira. Giteww. Hee

Jarang tengok abg yang bawak motor besar ni kurus. hoho

Berdikir barat.

Haa. Ni lah barisan cikgu-cikgu sktr. Guru besar yang pakai cap kuning tu. Happy dapat jadi sebahagian daripada family member sktr. :)

Bye abang motor. :D

XOXO. Publish!

Saturday, November 2, 2013

Abg dah kawen part 1 - The Akad

HeLo Peeps!

Alhamdulillah. Hari ni family aku menerima kehadiran ahli baru, my sis in law yang comel and sweet kak ira. Welcome to our family :') Excited yang tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Aku tengok abah ngan mak lap air mata time akad nikah. Sedih campur gembira mungkin. Satu-satunya anak lelaki dorang dah jadi suami orang. Dah ada tanggungjawab sendiri. Dah ada keluarga sendiri. Aku pun tumpang gembira. Gembira yang amat. Tahniah abang! 

Today's solemnization. Hari bersanding dua minggu lagi. 

simple outfit for today.

Ni lah kakak iparku yang sangat gojes! cantekk sangat. Light make up pon still nampak cantek. Bertambah lagi sorang family member yang comel. hikhik ^.^

Boleh tahan la suara neves abang. Aku duk depan tu boleh nampak dia tengah neves tahap maksimum heheh. Sampai aku pun berdebar sekali. huu. Muka dah gelap berkilat sejak keje kat kapal ni alahai abang. 

Precious moment. :') Tahun depan nak anak sedara jugak. Tak kira tak kira! :p

Syhhh. Haruslah start dengan ending mesti ada gambar beta kohkoh. Oh btw printed shawl tu one of our shawl collection. For those yang berminat, boleh pm me ok. Sory tau, nanti lepas cuti skol kiteorang akan taruk semua gambar shawl. Sekarang still bizi lagi. Sory sesangat. Bila dah boleh design and buat shawl sendiri ni kan, rasa cam dah malas nak shopping tudung kat laen dah. Giteww. Kan fahah? Ehehe.

XOXO. Publish!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!