Saturday, September 28, 2013

Sweet suprise ^.^


HeLo Peeps!

Ehem ehem. Alhamdulillah semalam, 28 sept 2013 genaplah umur aku 23 tahun. Bye 22. Hiks. Bila umur dah meningkat satu angka, terasa jugak la diri ni makin matang. Semalam tak celebrate birthday pun, dok umah pulun wat assignment je. Dari pukul 7 pagi, pukul 3 petang baru siap. Fuhh, penat toksah cakap ah. Tu baru satu subjek assignment 1, ada lagi lima subjek menanti diriku. And hari ni ada cikgu yang suruh buat tugasan lagi. memang masyuk tapi penat. Sobs. Nak celebrate besday dengan tunang, dia pun duk jauh. Dah lama tak jumpa. Pity me. T.T

Tajuk entri sweet suprise tapi citer pasal sedih je dari tadi. Hoho. Ok, baru nak citer. Pagi tadi assembly, macam biasa muka masam sebab nantok plus berdiri almost an hour. Yup, cikgu pun kena berdiri jugak. Tapi aku ok je. Huu. Dah nak abes assembly, tetiba ada cikgu announce pasal birthday aku. Siap bagi bunga and hadiah depan student. Aww aww, so sweet la cikgu-cikgu kat sini. Rasa nak menitis air mata. Even aku tak lama kat sini, but dorang layan aku cam anak and adik sendiri. Btw, aku cikgu paling muda and comel kat sini. muehehehe. Tq to all SKTRians sebab susah payah buat benda ni semua. :')


 1st whole week, aku pakai shawl. Dua hari ajar pj pun pakai shawl bersukan kat padang. hikhok. this week tudung bawal pulak. Hiks. Haaa! baju kurung ni baju mak kite. Kaen hantaran abah bagi time kawen dulu. so umur kaen ni dah 29 tahun. :)

Antara bunga yang akan aku simpan sampai bila-bila. :)

 watch out uols. Entri lepas ni konfem pasal skol je. sebab hari-hari snap gambar. Hee. Fyi, ni la kelas paling susah nak control. Siyes aku tak berdaya nak bagi dorang senyap. Melompat, meniarap, guling-guling semua boleh tengok bila masuk kelas ni. 

birthday gurl yang sama birthday dengan iols. high five!


Oh, da pukul satu setengah. Nak balik umah. daa uolls!

XOXO. Publish!

Saturday, September 21, 2013

Campur cerita


HeLo Peeps!

Btw uolss, aku sekarang dah mengajar kat skol laen. Kali ni skol rendah pulak. Hiks. And today is my first day. woot woot. Punya la liat nak bangun awal sebab malam tadi penat sangat sampai tertido. Nak tahu kenapa aku penat sangat? ofcos la sebab kuar jejalan ngan girlfrens. Dah malam baru ingat nak balik umah. kohkoh. Nak citer yang mane satu dulu eh? ehem. Ok, aku citer pasal skol baru dulu la. Eksaited sebab tak penah ada experience mengajar skol rendah sebelum ni. for sure environment dia totally different. Personaliti pun kena tukar coz kena mengadap budak-budak. Ni pon aku baru je lepas abes my first class for today. Kalau hari tu, kena ajar bm tapi kali ni jadi teacher pulaks. Ajar science. Since budak darjah enam dah abes upsr so aku heaven jugak la sikit. Tak payah nak fokus sangat kat dorang. huu. Bukan ajar science je, muzik, kajian tempatan, sivik, pend. jasmani, tasmik semua aku kena jugak. Tasmik is ajar budak mengaji. Hoho. Hebat tak iols? :p 

Lama-lama mengajar, aku rasa aku dah makin jatuh cinta dengan dunia ni. like seriously. :) Btw skol rendah boleh balik awal. wuhuu. Takde budak gangster cam skol menengah. cume kat sini nakal pun nakal budak-budak. lari-lari dalam kelas tu normal. Tapi apakan daya, posting nanti, aku kena ajar skol menengah jugak. So im so bless to teach here now. Kat sini cikgu-cikgu dah tak guna buku rekod. semua based on internet. buat rph dalam one note, then kena emel. Awal-awal masuk guru besar dah lantik aku jadi admin blog sekolah. fuhh. nasib baek la bab-bab blog ni aku on je. huhu :)

Since cam dah agak lama tak update blog, banyak pulak aku nak stori hewhew. Tak sempat nak update sebab dah bizi. ada keje laen selain mengajar. tapi cam public sangat nak citer kat sini. Tapi yang pasti keje tu sangat penat, kena ngadap buku and etc. But dapat upah yang agak lumayan berbaloi dengan hard work aku. tehee. :)

Semalam kuar lepak-lepak dengan gurlfrens. Haruslah mesti ada photoshoot. enjoice :)

kali ni snapping at museum pulak. ^^

Berlima je semalam. ida, tikah, ana, zema, sue. 

gurlfrens aku semua comel-comel kan? :p

sebelum nak snap, bukan maen gelak. tengok kalu nak snap kat bawah.

Nah! bukan maen dengan control ayu masing-masing. haha

Atas kapal yang epic.


Kan dah cakap dulu, teganu dan pantai tak boleh dipisahkan. 

Pantai teganu kat mana-mana pun cantek kan? huu

Over sangat baq hang. hoho


XOXO. Publish!

Wednesday, September 11, 2013

Graduation Day.


HeLo Peeps!

Yeayyy! Finally i'm officially a degree holder. Rasa nak nanges time masuk dewan, time ambil scroll. Sumpah sebak. Feeling dia tu lain macam bila ada kesayangan tengok kita dengan penuh semangat time naek stage. Mak, kaklong and tunang cakap aku jalan laju giler time naek stage. Muka masam tak senyum langsung. Taktau la dalam gambar nanti camne. Hiks. Dorang taktau aku ni neves tahap anak cipan. Plus lapar sebab dah lama sangat tunggu turn naek stage. Aish. Oh btw, zara yang bagi scroll sebab kos aku dapat first session. And ofcos la perfume dia harum semerbak kasturi giteww. hewhew.

Dalam kete, bukan maen potpet2 mulut aku dok tunjuk kat mane kelas aku, tempat aku biasa makan, lepak ngan kekawan kat dorang. Al maklumlah dorang tak penah datang upsi. Mak datang time aku daftar dulu-dulu je. sobss. Dah empat tahun kat upsi, haruslah aku sayang and akan rindu giler kat upsi. :')

Gambar blur sikit. Time ni kat panggung percubaan get ready nak masuk dewan besar.

With kosmate empat tahun bersama. Beratur nak masuk dewan besar. Nevessss. huu

Masuk dewan kol 9.45, keluar kol 1 lebih. Bayangkan dari malam aku tak makan, kol dua baru jumpa nasi. dats why la muka masam naek stage. Giler lama dok dalam dewan. Ambil scroll kejap je, bahagian ucapan tu je yang lama. Keluar dewan, hujan lebat. Hujan rahmat orang cakap. Hee. Tak dapat nak bergambar sakan sangat. Kaklong dah dapat phd, so i have to compete her. Lepas kawin, nak sambung master. Doakan kita tau. (kelip mata duajutanamploh kali ^.^)

Jeles tengok kosmate lain datang dengan husband masing-masing. Keluar dewan, tadaaaa! Tunang dok betul-betul depan pintu masuk. Nak menitis air mata. Tq syggg! Even ramai orang tapi still nampak awak sebab awak paling hensem hari tu. Kalo abah ada, awak hensem no2 la. Hiks :')

Kalo kita sayang orang tu, mesti kita rasa dia lah paling hensem dari taylor lautner, ryan follese. giteww. muehehe. Dah genap sebulan kiteorang bertunang. a few months to go. hiphip! time please go faster  >.<


XOXO. Publish!

Sunday, September 8, 2013

[GAMBAR] Pre-Grad Story.

HeLo Peeps!

Pejam celik pejam celik dah nak konvo. Hiks. How time flies. Cepat je masa berlalu. So rabu lepas pegi tanjung malim ambil jubah and jumpa kekawan sumer. Best. Tengok upsi tetiba rasa rindu tu datang balik. Siyes tak tipu. Kamis ambil jubah, awal pagi dah pegi beratur. Ramai orang tu toksah cakap la, nak dekat dua jam jugak beratur citer die. Nasib baek la aku tak pakai heels. muehehe. Semalam baru sampai teganu, and arini dah  nak pegi kl lagi. Mak, kaklong and rul je datang konvo aku. Sobss. Abah pegi haji, abang tak dapat cuti, adik tengah trial lagi. But sokay, coz dah ada kesayangan aku yang datang jugak. :')

Aku nak update cepat-cepat sebab pasni nak packing baju pulak. So uols tengok gambar je okeh! Hiks. 

Baju kurung si rul kasi. Sweet kan. yang penting pink tu mesti ada. :p

Nampak tinggi dengan bantuan heels 4inci. hikhok.

Aku tak sempat nak photoshoot havoc sangat sebab datang pon dengan fahah. Kosmate laen sibuk nak balik dah. Sobs. Takpe, hari konvo kan ada lagi. Nak tangkap gambar banyak-banyak. Dah nama pre grad so aku just pakai jubah jela. belom official lagi nak pakai lengkap. yang ni lagi sempoi kan? :)

Orang lain best je photoshoot kat putrajaya, proton city. Tapi aku snapping kat bangunan suluh budiman je. Feel cikgu sangat uols. ehehe

 with fahah, milah and sarah. 



 camni la muka aku time mengajar dalam kelas. no wonder la budak-budak tak takut kat cikgu diana. Sedih!

 epic background. 


 Malam tadi mak tengok gambar ni then dia cakap bumbung ape yang klasik sangat tu. huu. Dia belom tengok lagi bangunan kayu laen lagi. Berganda klasik dari yang ni la mak. hihi



 jumpa kosmate terus snap. 


Tamat episod pre gard aku. Nak taruk banyak-banyak cam boring pulak. Dah siap ambil jubah sumer, petang tu si rul come to fetch me. Malas giler nak naek bas. 

Having a great time with u and ur family. :)
Otw balik teganu semalam sempat singgah genting dulu. Fahah teringin nak naik genting skyway. Oh, btw best giler masuk kedai asam tu. Sebab ada tester. Asyik duk merasa je, belinya tak pon. haha. 

Ok bye uols. nak packing baju. Baju konvo kita esop color blue. Tunang kita belikan. Hiks.

XOXO. Publish!

Wednesday, September 4, 2013

Hidden prob in smile


HeLo Peeps!

Arini dah sampai tanjung malim. Nak amek jubah, raptai then jumpa tunang. Hiks. Too many things happen today. Aku rasa tak kuat. Nasib ada si rul, fahah and sarah. Kalau tak konfem dah nanges. Sobss. Tapi dalam sedih tu, mood shopping still on. Terbeli tudung, beli cardi. alahai. ehehe. Ok la, malas update panjang-panjang. Too tired. Nyte peeps!

XOXO. Publish! 

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!