Tuesday, August 27, 2013

Teacher's routine


HeLo Peeps!

U know what? This whole week i become a teacher again. Eh silap, not a teacher but cikgu. Sebab ajar bahasa melayu hewhew. Dah dekat nak konvo baru dapat keje, cam kalut jugak la. Bila dah keje, baru rasa rindu nak free bersenang-lenang kat umah. Melampau kan? Aku rasa cam tak ready je nak menempuh alam pekerjaan. Sobs T.T Bukan ape, pagi-pagi kena bangun awal pagi like everyday. Aku ni memang spesis yang akan pilih tido dari makan, pilih tido dari jalan-jalan and wat so ever. Kiranya tido ni memang one of the precious thing dalam hidup aku. (ayat dah skema sejak jadi cikgu bm ni ahaha). Malam pukul 11 lebih dah start hempuk bantal, bukak selimut. Giler awal tido coz tak nak menyesal bila tak cukup tido esop pagi. Sampai tunang duk gelak sebab awal sangat tido. Hiks

Pengalaman mengajar skol biasa dengan skol sains time prac dulu is totally diffrent. Sama sebijik dengan pengalaman yang kawan-kawan citer time refleksi dulu. Budak-budak skol sekarang mak aii, speechless! Aku kena ajar bm f4 and f5. Dah kira naseb baek sebab f5 tengah trial sekarang. Tak payah pening-pening pikir nak ajar dorang. Tanya soalan suruh student jawab, ada budak laki tu nak jawab tapi angkat kaki. Kurang ajar giler. Huh. Aku ni tengok muka pun dorang tak takut langsung. Tak boleh nak garang dengan dorang. Ada cikgu citer dia penah marah student tak siap homework. Then esop pegi skol meja dia penuh dengan tahi cicak, ats kerusi atas meja. Jahat kat student sekarang, tak boleh nak marah langsung. Thats why la aku cam tak nak je posting awal-awal. Muka boleh berkedut setiap hari tension dengan students. Hikhuk. 

Ni baru seminggu mengajar, dah banyak pengalaman aku dapat. Kalau sebulan, setahun, spuloh tahun, fuhh,! im so dead -.-". Takpe, ikhlaskan hati ok. :)

gelaran kat skol, cikgu comel. Hiks

XOXO, Publish!

Monday, August 19, 2013

Mini monumen.


HeLLo Peeps!

Uolls. cube tengok gambar kat bawah ni.

Feeling india-india sangat. Ehehe. Actually dah lama teringin nak datang sini. And finally i'm here! Kalau orang teganu tapi still tak masuk bergambar kat sini, sangat rugi oke! Dah cakap kat tunang nak photoshoot kawen kat sini. Very the awesome. Double thumbs up! :D

Tujuan utama bukan nak datang sini tapi melawat anak saudara aku hewhew. Mama izni junior, Nur Hannah Sophia. Izni, betol dak aku eja ni? Hee. Baby sophia yang cumel giler. Geram, jeles, sampai hati meroyan nak ada nak sendiri. Melampau tak? Hiks. I'm so happy for u babe. aku doakan sophia cepat-cepat dapat adik baru. Eh! :p sophia, jangan lupa update gambar bila dah boleh pakai baju yang aunty2 bagi tau. 

Sekarang dah tak panggil izni, mokni dah. Semua dah ikut sophia, nak panggil mama jugak. muehehe. Mama and kekawan duk bebel-bebel kat aku. Nak kawen tapi pegang baby pun tak pandai. Pity me. sobss. Bukan ape, aku memang dah lama giler tak pegang and dukung baby ni. Anak buah pun takde lagi. So sila paham oke. huu. tapi steady je sophia siap lena lagi tido atas riba aku. Nasib baek ringan je. alahai, tetiba rindu pulaks. Mama jangan lupa keep upload gambar baby sophia tau. Muach!

Then, balik umah fahah lunch dulu. Candle light lunch gituu! haha. Lauk udang best giler. tq mak fahah. :) Pukul lima rasa nak balik cam awal lagi. kohkoh. Solat dulu, tunggu hujan reda, kuar jalan balik. Kalau dah keje boleh ke heaven jalan-jalan camni? tak kan. So kita enjoy puas-puas dulu. Ehehe. Tix masuk taman monumen dueploh ringgit. Bagi aku macam mahal. Dah la tak boleh guna kad siswa. Entah-entah nanti harga tix akan naik lagi. So, cepat datang tau. for those yang suka bergambar la. :)


Buku merah tu buku passport. Kelass kau. dorang akan cop bila korang masuk and keluar. Kali kedua datang dapat bicycle ride free. Kali ketiga pun sama. and dalam buku tu ada nama-nama replika masjid kat sini. Hmm, masjid kat atas ni (lepas bukak buku) nama dia masjid agadez kat nigeria. epic giler kan. tetiba je rasa cam pelancong. Hoho.

Ok. yang ni tak payah mention masjid ape sebab dah terpampang kat situ. Baju hitam tu kawan fahah, irah. Baru jumpa tapi tak kekok pun. Havoc je bergambar.  

Siyes cantek kalau nak photoshoot kawen. Oh btw sebelum lupa, taman monumen ni buka sampai pukul tujuh je and tutup setiap selasa. 

Disebabkan gambar masjid ni tak full, so aku tak boleh nak bagitau nama masjid ape. haha. fail! ;p

Mosque of Qairawan, tunisia. 

Lama dah tak bermanja-manja dengan bestie aku yang sorang ni, tiwa. kawan nantok and tido sama-sama time kelas sejarah zaman skol dulu. ehehe. besar cita-cita kau tiwa. kagum. 

Suleymen mosque, Turki. 

Nak feeling pelancong sangat tapi kantoi pakai selipar jepun je. muehehe. color pink pulak tu. :p

Kalau abah aku bergambar kat taj mahal betol, aku kat sini je mampu. Bukan nak ajak kita travel sana. grr

Bila jumpa kawan-kawan, topik first "eh, cantek la tudung, beli kat mane?", "skirt ni berapa weh?" "weh, jom beli baju tu, baju ni bla bla". Topik wajib kaum hawa. ok, takde kaitan dengan gambar di atas. Lol

Tak boleh upload banyak-banyak. Saje nak suggest kat korang datang sini. Biar suprise. Giteww. Hiks. Daa.!

XOXO. Publish!

Saturday, August 17, 2013

Pipi tembam.


HeLLo Peeps!

Uolls ada effect raya tak? aku ada. Yang hepi ada, yang sedih pun ada jugak. Hikhok. Happy sebab dapat duit raya, boleh belanja beli shawl baru. Ehehe. Tahun depan in syaa Allah dah keje, dah kawen jangan harap nak dapat duit raya lagi daa. Turn aku pulak kasi duit raya kat mak ayah. Huu. Ok, effect raya yang sedih pulak aku rasa pipi aku makin tembam. Sobss. Makan banyak, lemak bukan turun kat perot tapi dia pegi tang pipi ni haa. Sampaikan aku rasa muka aku dah ketat semacam. effect pipi yang makin hari makin tembam dengan jayanya. 

Camno den nak slimkan balik pipi den ni? Bangun tido pagi-pagi, tampar pipi patplohpat kali agak-agak jadi slim tak? kohkoh. 
Tadi tekan minyak laju-laju hantar enie pegi hostel sebab dah lambat. Lebih pukul enam, kena denda pegi prep pakai baju skol selama sebulan. Bagus jugak warden buat denda camtu, baru budak-budak terhegeh-hegeh nak sampai sebelum kol enam. Huu. 


Just in few months i well get a new ring. Wehuuu!

XOXO. Publish!

Friday, August 16, 2013

Recycle tudung.


HeLLo Peeps!

Tadi duk godek-godek almari mak. Nampak sangat cam takde keje nak buat kan. Ehehe. Alarr, nanti lepas kite konvo, kite cari la keje (muka serius nak mati). Nak ber happy-happy dulu kat umah. Hiks.  Ok sambung citer. Tengah semangat menggodek almari mak, tetiba terjumpalah tudung mak zaman muda-muda dulu. Tudung zaman 90an, time aku still baby cumel lagi. Nape la selama ni aku tak perasan pun tudung-tudung ni wujud dalam almari mak aku. Sebab corak tudung camni dah trending balik, ramai orang pakai, then baru aku rasa tudung ni cantek sangat. Ape lagi, sepantas kilat aku rembat and taruk dalam almari tudung aku. muehehe. Boleh recycle balik, lagi baek daripada tudung ni duk terperap dalam almari mak aku tu like forever and ever kan. kohkoh :p 


Haa, cantek kan tudung yang sebaya umur dengan aku ni. Ada corak rimau, paisley, bunga-bunga sikit. I loikee. Tadi kuar terus try pakai tudung ni. Hiks. Nak tahu iols pegi mane? mane lagi kalau bukan pegi beli shawl baru. Yup, i'm a shawl lover. :)

XOXO. Publish!

Sunday, August 11, 2013

Bye Boyfie, Hai Tunang! :D


HeLLo Peeps!

Hari ni, 11 Ogos 2013, aku selamat menjadi tunangan Mohd Hasrul Hasnan, the top one bestfriend in my life. Hiks. Dah say gudbye adios kat boyfie enam tahun aku nie. Yup enam tahun oke. :') Rasa pelik je ada cincin kat jari coz aku ni spesies yang tak suka pakai cincin. Entah rasa rimas semacam. Tapi yang ni tak boleh nak cabut, duk diam-diam sampai dapat cincin kahwin pulak tau. Hewhew. Dah tunang ramai pulak yang tanya bila nak naik pelamin. Aduyai, just wait and see jep. Tak lama pun nak tunang. Tak best. Orang cakap tunang ni banyak dugaan. Banyak halangan. Cepat nak marah, nak gaduh. Tapi aku tak nak ah terikut-ikut cakap orang. Kalau nak marah, kawal emosi. Kalau terasa hati, cepat-cepat mintak maaf. Kalu ada orang lain masuk meminang, reject teros. Giteww. Hiks. Paling penting kena percaya kat pasangan kita sebab dia akan jadi pasangan hidup kita sampai bila-bila. In Shaa Allah. Doakan kami oke. :)

Ok, done with intro. Huu. Actually, kiteorang tak plan pun nak tunang bagai ni. Aku and si rul plan nak datang merisik sarung cincin je. Tapi ayah cakap tak nice la, dah lama kenal nak merisik camtu je. So ayah cakap biar dia sponsor je majlis tunang ni. Sambil mata kelip-kelip banyak kali nonstop, mulut tersenyum macam kerang busuk tak mandi, terus angguk tanda setuju. muehehe. "Tq abah sponsor semua. Nanti kahwin sponsor la lagi tau". Ok tak kalau aku text kat ayah aku camtu? kohkoh. Si rul bizi keje, aku yang tak buat pape kat umah, heaven je hari-hari goyang kaki tengok tv so aku lah yang urus majlis ni. Actually mak and kakak aku yang urus. Hee. Aku just pilih baju and bunga hantaran je. Melampau giler tahap kemalasan yang dah melekat dalam sanubari ni. Aish. :p


Tak payah la nak kenalkan tunang aku kan? dari start aku blogging tiga tahun lepas, banyak jugak aku citer pasal die. hewhew. So our relationship status dah maju setapak. Tak sabar nak melangkah ke fasa terakhir. Tak sabar tak sabar tak sabar! (gaya gedik lisa surihani, instanbul aku datang :p) Dah nama majlis tunang, so serba serbi kiteorang make it simple as we can. Kalu tudung, aku tak prefer pakai tudung yang ada awning keras tu. Tak nice and tak sesuai dengan muka aku. Aku lebih suka pakai shawl. Thats why la tudung awning keras tu aku ada tiga je tapi shawl ada berpuluh-puluh. Hee.  


Tadaa! ni la mini pelamin for majlis tunang aku. simple je kan? Sekarang nak buat majlis tunang pun kena prepare duit riban jugak. So kalau nak buat wedding yang ala-ala fairytale ka ape, kena kumpul duit banyak sikit la. Takpe, rezeki ada di mana-mana jep. huu. Hantaran kiteorang buat lima berbalas tujuh. Pihak pompuan bagi kek, towel, sejadah, kain pelikat lalalala, sirih junjung, buah, coklat. Pihak laki pulak bagi kek, telekung, kain pasang (color pink yeayy!), tapak sirih, buku hikmah perkahwinan (tak tahu bila nak baca. Hiks). 

Rombongan laki sampai. Tu ayah aku yang hensem pakai kemeja petak-petak. Tengah standby nak mulakan majlis. Aku duk atas umah ngan kawan-kawan. Kena marah dengan tirah sebab bising. Hiks. Muka tak nampak tapi suara dengar satu umah. Terus senyap kena marah. Huhu. 

Bakal mama sarung cincin. Penat giler nak jalan bila pakai baju yang meleret-leret ni. Nasib baek aku dah lantik zema jadi PA tak rasmi tolong betulkan kaen. kohkoh. nanti nak kawen nak tempah baju yang kaen meleret sampai empat meter. Muahehe. Btw, iols nampak cam baek sangat time ni kan. Jangan percaya sangat, hipokrit je ni. :p

Ni kawan-kawan yang datang awal. Aku tak siap pun lagi. Tapi ok jep. dorang la yang tukang mengomen kalau aku pakai tudung senget, betulkan baju. Sayang korang ketat-ketat sampai tak boleh nak bukak. Farhah akhirnya sampai jugak kat umah aku. hehe. Make up aku suh kawan skol jugak yang tolong mekapkan. Light make up je. First time make up, aku tak berani nak make up over sangat. First time pakai bulu mata uols. mak jemah sangat. Ehehe.

Even gambar ni blur semacam, tapi i suka sangat. Sory tau korang, tak sempat nak borak panjang. Nanti kita jumpa lagi oke. 

Hai, dah propose titew ke ni? i want a cute propose tau. Cam melutut bagi cincin kat dalam mall ke. Baru glemer sikit u. hikhok.

Bakal adik ipar. jangan kutuk kite kontot ok! :p




Tq to my mak and kakak for the perfect majlis. Owe them so much!(cium pipi)

Tikah, farah, maira (panggilan mak aku bagi), ieyda, fatin. Haaa, fatin lah yang menemukan balik aku dengan si rul lepas lapan tahun tak jumpa dari skol rendah dulu. Jumpa-jumpa, terkapel pastu tertunang. Nanti nak terkahwin pulak. Jodoh kan. :)

With adik no 1. Adik no 2 tukang snap gambar. Huu.

Ok uolss. Ni jelah cerita for my majlis tunang. Sorry tak banyak gambar yang aku upload. Wifi kat umah tak upgrade lagi. Malas nak taruk gambar banyak-banyak. Doakan kami sampai ke jinjang pelamin and selama-lamanya ok. Thank for the wishes kat fb, twitter sumer. :)

XOXO. Publish!

Friday, August 9, 2013

Riang ria hari raya ^.^


HeLLo Peeps!

Update blog sambil layan lawak ke der 2, astro warna. Siyes lawak tengok jozan ni. Sakit perot duk gelak even dah tengok sebelum ni. Ehehe. Oh btw uolls, Selamat Hari Raya! Tahun ni kira tahun luck jugak sebab gua dapat banyak kot duit raya. Tetiba rasa cam awet muda pulak. Giteww. Hiks. Maybe sebab tahun last raya sebagai bujang, ramai pulak nak kasi duit raya. Nanti dah keje konfem dah tak merasa dapat duit raya lagi daa. Sobss. 

Tahun ni baju raya aku simple je. Beli last minute camni la hasilnya. Bukan ape, si rul nak baju raya color match tahun ni. Dia semangat beli baju raya awal giler, beli pulak color grey. Mak aii, susah giler nak cari baju ready to wear color grey yang cantik di mata aku. So inilah hasilnya. Huu.



Raya pertama and kedua heaven je kuar beraya sampai malam, so esop kena duk umah je. Have so many things to be settle by tomorrow. Harap benda yang dirancang berjalan dengan lancar. Aminn.

XOXO. Publish!

Sunday, August 4, 2013

The making of ❤


HeLLo Peeps!

Tadaaa! my hand made bunga tangan. Just a few days more. cant wait. nanti iols story ok. :)

Semalam iftar dengan bakal tunang aku. Hiks. Cam pelik je nak tukar title. Kalau kawen mesti lagi pelik. Yelah sebelum ni panggil si rul, panggil bf je. Huu. So camne raya preparation uols? aku last minute beli baju raya kasut raya semua. Baju raya pun beli yang ready to wear je. Nak tempah konfem tak sempat daa. But tudung raya tak beli lagi. wuaa. Sempat ke idok nak beli ni? Huuuu.

Maigod. im stuck right now. hewhew. Biasa la update entri lepas sahur. Mata ngantok, perot kenyang. Bye see ya! 

XOXO. Publish!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!