Saturday, June 29, 2013

Johor vacay


Hai. see me! tak sampai dua minggu pun lagi dok umah, tapi badan dah start berisi, berat dah naik balik. sedeynyeee kite sobss.


Sebelum citer panjang..

HellO peeps! 

Empat hari pegi jejalan kat johor, petang tadi baru sampai umah. Penat sikit je sebab aku tak drive pun kohkoh. Saje pegi makan angin jap sementara tak buat pape kat umah. Bukak group math teacher, tengok  kawan post cakap minggu depan maybe dah kuar result. So boleh cari keje bila dah dapat transkrip penuh result. Nak tunggu posting, tahun depan jugak kot. Pasal result pulak, aku akan redha je dengan apa yang aku akan dapat coz setakat tu je usaha yang aku buat. hmm hmm.

Ok. tak nak drama-drama. best giler jalan-jalan johor uollss. sebelum ni aku rasa johor cam takde pape sangat tempat menarik. Hiks. rupanya heaven jugak la makan angin kat sini. Jerebu? aku sampai sana cam dah kurang la. tak nampak berkabus cam aku tengok dalam berita kat tv tu. hewhew

First day datang tak pegi mana-mana sebab sampai pun dah petang. so malam tu just rehat kat umah je. Esop pagi baru kuar jalan. kakak aku bawak pegi zoo, jalan-jalan danga bay, tengok singapore dari jauh. hehe. Pegi zoo, tix just dua ringgit. Murah giler baq hang. rasa nak belanja sumer orang je. :p

 zoo ni banyak port cute nak snap pic. 


 motif gambar ni just nak tunjuk bangunan putih kat atas bukit tu. cantik kan?


 Tadaa! ni la bangunan putih tu. epic mosque. aku tak ingat dah nama pe masjid ni tapi masjid ni sebelah dengan zoo aku pegi tadi. view dari sini superb nice since masjid ni atas bukit tinggi.


Dah solat semua, perot pun dok berbunyi macam-macam lagu, kiteorang pegi melantak mee wantan kat angsana. nak pegi parking aku nampak eiffel tower kat padang sebelah dengan car park. ape lagi, terus pegi bergambar even tak siap lagi. Hiks. 7 wonders in the world. tapi aku pelik eiffel tower termasuk dalam 7 wonders in the world ke? tak kan. hmm


Morning! guess what today kiteorang nak pegi mana pulak? huu


Legoland! tehee. Tix masuk sini 120 ringgit. Tapi aku suggest kat korang better jangan pegi lagi sebab still under construction. Tunggu dah complete semua baru best nak datang. Tak ramai orang sangat pun coz pegi weekday. yang ramai pun aku tengok singaporean je. 


Sekarang tengah plan nak pegi uss pulak. dah lama mengidam. pegi lepas setel 'program' tu la. baru syioookkk. :p


Jalan-jalan sudah, shopping sudah. jum balik teganuu! bye! :)


adiOs amigOs~

Sunday, June 23, 2013

Home sweet home, room sweet room :)


HeLLo Peeps!

Dah tiga hari aku kat umah tercinta. Oh, heaven giler. pegi mana-mana pun, umah jugak tempat paling dirindu kan? At home, doing nothing. nak rilek-rilek dulu then baru start my job hunting. Hiks. Tunggu dapat transkrip penuh, baru best nak carik keje. 

And this is my pinky room. bahagian almari takleh tunjuk. bersepah giler hewhew. baju tudung semua belom kemas lagi. malas and takde mood. Mak aku dah stat bebel bagasi beg segala bagai belom terusik dari aku balik aritu. huu. just couple of months then ill be leaving this room again. sobss .


adiOs amigOs~

Sunday, June 16, 2013

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K



Nak join klik SINI 

follower terkini : 1254

Cerita Pertama.


HeLo Peeps!

Sebelum balik teganu, boring tunggu tesis siap jilid so aku pegi jumpa si rul dulu. Yup! im still kat tanjung malim. Pity me rite? Sobss. Orang lain dah post status boringnyee duk uma, nak cari keje la pe la. Tapi aku ni balik pun belom. Huu. Tapi takpe, kite ok je. betol.

Kali ni, aku drive pegi shah alam. Bukan saja-saja, bukan rajin nak drive, bukan malas nak naek bas. Bukan.  Sebabnya nak amek si rul pegi clinic. Kaki dia injured main bola. Giler bengkak kaki dia. aku pun takut tengok. Dah pegi clinic, amik ubat sumer, aku mintak upah aku hantar dia ke clinic. Mintak belanja tengok movie je. Hiks. Man of steel? nonono. ramai cakap citer ni so so je. Tak best sangat nak layan. Aku tengok citer hantu siam, Pee Mak. Citer ni memang best sangat, kelakar giler nak mati. Citer wajib tengok tahun ni. Siyes uolls. Cerita pertama buat aku gelak sampai kuar air mata and kaki hentak-hentak lantai. Aku tak pernah lagi sepanjang tengok wayang selama ni aku gelak cam orang sawan. muehehe. Satu panggung gelak heaven giler. Sape tak tengok lagi Pee Mak, pegi tengok sekarang ok. :)


lepak subway sementara tunggu movie start. 


haa! ni la citer tu. lawak giler. haha. 


Hello keekers! penat ajar dia ni maen cabut-cabut jari. bagi penampor patpulohnamkali baru ada improvement sikit. sikit sangat. Aihh. kecewa den.


adiOs amigOs~


Monday, June 10, 2013

Behind the red wall


 HeLo Peeps!

Amazing tak kite update blog sehari dua kali? hewhew. Ni maknanya terlampau banyak sangat masa free, tak bizi cam dulu-dulu lagi daa. Tapi pagi tadi bangun awal lagi pegi jumpa lecturer nak setel pasal tesis. And yeay, tesis aku dah siap cek, now nak baiki sikit-sikit and then dah boleh jilid. wuhuu. Tak sabar nak tengok tesis bila dah siap jilid. Tesis aku memang tebal giler sebab kena buat modul lagi. Nanti dah jilid, aku tunjuk ok, memang konfem ah semua terkejut tengok tesis aku. Konfem! Hiks

See muka happy bila dah abes degree. Tadi lecturer aku cakap, nanti awak dah keje mesti akan rindu balik zaman belajar. tapi aku tak keje lagi pon dah rindu-rindu zaman belajar tau. Hoho. Oh btw, cumel tak background gambar aku? cuba teka katne korang? budak upsi konfem tak sampai dua saat dah boleh jawab  hewhew. Ni la color bangunan kat kampus baru. Very the colourful. Merah, biru, kuning, hijau, coklat, senang citer semua ada la. Ekceli dah lama nak amek gambar camni tapi malu, nanti orang laen cakap over giler minah ni. kohkoh


Ni la bukti bangunan colourful aku cakap tadi. yang ni bangunan kolej. tapi bangunan fakulti pun colourful jugak. lebih tak kurang camni la. huu. Orang laen panggil ni legoland tanjung malim. hehe


Tapi entri kali ni bukan aku nak citer pasal dinding upsi yang very the colourful tu. Aku nak citer pasal orang dalam gambar kat atas. tak sampai seminggu aku akan berpisah dengan kosmate paling rapat sepanjang empat tahun aku kat sini. Empat sekawan dari sem 1 sampai sem 8. Tak pernah berpisah. Pegi balik kelas sentiasa bersama. Wany, Biha dan Shidah, thanks a lot sebab sudi jadi kawan aku. I will remember our friendship like forever and ever. Giteww. Huu. Mula-mula kawan dengan dorang, aku rasa cam tak boleh masuk je nak geng sama-sama. Dorang baek-baek, aku ni baek jugak hewhew. tapi dalam baek aku ni, ada gedik yang over, malas buat keje, malas pegi kelas and whatsoever. Tapi air yang tenang jangan disangka ada buaya. eh, cam tade kaitan je kan? hiks. believe or not, aku suka kawan dengan dorang, like seriously. Setiap satu kenangan kita akan aku simpan kemas dalam kamus hidup aku. Takkan ada satu pun tercicir. Janji. :')

To wany, shidah and biha, i love u! Hiks. jangan lupa datang umah orang hujung tahun ni ok. wajib! chupp!


adiOs amigOs~


Sunday, June 9, 2013

Kali terakhir


HeLo Peeps!

Ehem. ehem. Secara rasminya tamatlah degree empat tahun aku kat upsi. Alhamdulillah. Even last paper jawab entah pape, ke laut sumer aku tibai je jawab hewhew. Tapi takpe la, ada rezeki tak ke mana jugak kan. Tapi aku stay lagi sebab tesis belom jilid lagi. Omai, tak sabar nak balik teganu, dah lama tak merasa berpuasa dengan family kat umah. best feeling ever. 

Nak citer kenangan empat tahun aku kat sini? patharipatmalam lah tak habes kalo nak citer. Hiks. Tetiba rasa sedih nak tinggal upsi, nak tinggal tanjung malim. sejuta kenangan aku ada kat sini. sobss. To my frens, nanti jumpa on our big day ok. :')

Kali terakhir aku...


Kali terakhir aku siap-siap pegi kelas. kelas awal pagi, konfem muka aku akan masam je memanjang. hee. sebab aku ni jenis susah bangun pagi, dengan rumate pun sepatah ape pun tak cakap. semua dah sedia maklum dengan perangai badmud aku pagi-pagi. muehehe. aku pegi kelas camni la. simple je kan? takde melaram sangat. bf takde kat sini. eh? :p Ni pun kira ok lagi pakai baju kurung, kalo kelas sejam je, pakai tshirt je kot. selipar jepun lagi uolss. hiks


Kali terakhir aku pegi dewan jawab exam. kali terakhir uolss. lepas ni takde dah. dari skolah rendah asyik dok jawab exam je kan. and gambar kat atas is my last time. sobss. kali terakhir study, kali terakhir rasa cuak nak jawab exam, kali terakhir kena ikat benang kat paper exam, kali terakhir frust tak boleh jawab exam, semua kali terakhir. Ape? niat sambung master? mesti la ada korang. tapi aku nak keje dulu, rasa duit sendiri, nak shopping banyak-banyak, nak kawen then baru nak sambung master. :)


Kali terakhir bertandang kat masjid ni. please ignore diriku yang tak cukup inci tu. Time sem 6 dulu, memang wajib setiap minggu bertandang kat masjid ni sebab malas nak balik kolej nak tunggu kelas pukul dua.


Kali terakhir aku pegi beli barang-barang dapur kat TF. setiap minggu ni tempat wajib aku and my housemate. al maklumlah kiteorang tak makan luar. semua masak sendiri. Sambil beli barang, sambil plan nak masak apa for the whole week. And aku pulak dah banyak improvement bab masak-memasak ni. Thanks to wany. baru aku tahu masak ni senang giler. hehe. 


Nak try rasa aku masak? boleh tapi hanya untuk mereka yang suka makan pedas je ok. sebab aku memang suka taruk lada banyak-banyak. kohkoh


Kali terakhir aku jumpa dorang. kosmate dari sem satu sampai sem lapan. nanti jumpa bulan 9 mesti dah bawak husband masing-masing. so jelly. huu. 



Berbaki seminggu aku kat sini, aku akan kumpul memori banyak-banyak dulu. student's life is the best memories ever. :')


adiOs amigOs~


Saturday, June 1, 2013

Bila semua tak menjadi.


HeLo Peeps!

Oh, helo sweet june! cepatnya masa berlalu kan. lagi tiga hari kita dah nak final exam. Dua paper je then i will be free. Free of everything. Selamat datang ke dunia penganggur kehormat. Tapi sebelum nak tunggu posting, hajat di hati nak mencari keje. mencari sesuap nasi tak nak susahkan mak ayah ku. sobss. huu. Semoga tahun ni menjadi tahun yang paling bermakna dalam sejarah hidup aku. Im running towards it with him. Amin. Jum doa ramai-ramai ok. :)

Ok. semalam jumpa si rul lepas sebulan tak jumpa. Tak banyak berubah pun cuma rambut dia tak boleh blah, makin lama makin berpetak macam robot. Hiks. Tak pegi mane-mane pun, watching some movie, lepak-lepak, gaduh-gaduh sikit then balik. Tapi semalam hari yang tak menjadi buat diriku. Sedih!

Semalam hari battle kiteorang. Ala-ala versus giteww. *manifesto i love u! Hiks. Dah kol dueblas, perot mintak nasi. Aku nak makan chicken rice shop, si rul nak makan rasamas. Ok. dia bagi can kat aku makan chicken rice shop. Order, pilih roasted chicken, makanan sampai, suap dalam mulut tetibe rasa cam tak sedap. Dulu aku makan sedap je. Tak tahulah kalo time tu aku kebulur. Hee. Dia dah bebel-bebel kat aku cakap makan tak bahagia la, pe la. Aihh. So aku kena paksa makan sayur kailan yang superb pahit. Sumbat lam mulut takleh nak telan, pastu muntahkan balik. tak senonoh hewhew. 

Beratur panjang dekat mid nak pilih movie pe nak tengok. Si rul nak tengok ff6 since dia bizi giler lately tak sempat nak tengok. Aku memang tak follow pun citer tu so aku tak rasa nak tengok even orang cakap best ke ape. Si rul tak give up, siap citer kat aku satu-satu bagi aku paham. Takde kesan bro. Hiks. Aku nak tengok citer bf aku. KIL. Paksa-paksa and aku menang. Tengok citer redza minhat yeayy! tersengih-sengih sepanjang tengok redza minhat. si rul cakap annoying giler and ada aku kisah hehe. Tapi citer dia tak best macam yang digembar-gemburkan.Pity me. kalah lagi. So tiket movie aku yang kena belanja. Sobss. 

Lepas maghrib, kiteorang pegi rendam kaki yang buang toksin tu. aku first time try, si rul pulak dah second time. Then dia cakap mesti air rendam kaki aku lagi kotor dari dia since dia dah penah buat before. Lepas setengah jam, jeng jeng jeng *drum sound air dia lagi kotor uolss. muehehe. orang tu cakap sebab aku ni makan makanan yang masak sendiri. So takde bahan pengawet yang banyak cam makan kat kedai. Si rul sepanjang hari makan kat kedai, makan fast food. not good.

 "takpe u, nanti kawen i masak hari-hari kat u, pegi keje bawak bekal ok. hehe" 
"eleh macam la pandai masak sangat kan"
"choii. mulut u takde insurans. pang!"

Si rul kalah then dia kena hantar aku balik tanjung malim. Yippi! hehe. kalau menang pun dia kena hantar jugak. Hiks. Then aku bawak dia makan kat cupak, kedai fevret aku. Hee. Nasib baek dia cakap sedap. Pastu jerit-jerit tengok bola. not me la. aku bab-bab bola memamg outtt. 

"eh eh, tanjung malim ada tutti la. secret recipe pun ada. woou! old town white coffee pon ada jugak."
"bla bla bla."


Hai abg rambut petak :p

Btw sekarang kan aku dah tak order air manis dah. setiap kali makan mesti mintak air mineral, ais kosong. Hebat tak i? minum air manis, air bergas, not good ok. ^^


adiOs amigOs~




tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!