Tuesday, May 28, 2013

Why do i love Runningman. :)


HeLo Peeps!

Sekarang semua orang obses dengan kpop. Lagu, artis, fesyen, cerita. Semua la. sampai terikut-ikut la citer dia. Ohh, aku takleh terima kalau laki melayu tiru fesyen kpop. Sory to say. Hee. Aku? aku bukan peminat kpop. Langsung tak layan lagu kpop, just layan drama korea and one and only the best variety show  ever for sure is RUNNINGMAN yeayyy! Semua episod aku ada dari episod satu sampai latest, 147. Hiks. Yup! aku memang peminat tegar runningman. Setiap minggu konfem tak miss tengok runningman. Sampai si rul akan tanya setiap minggu, "awak tak tengok runningman ke minggu ni?" hehe. Kadang-kadang aku suka citer kat dia part yang lawak-lawak even dia tak kenal, tak tahu pape. Tapi dia layan kan aje. hewhew



WHY I LOVE WATCHING RUNNINGMAN?

Well, aku start tengok runningman tahun 2010. Ekceli kakak aku yang suggest kat aku tengok runningman. Dia cakap lawak sampai pecah perot la. melampau kan? Tapi first aku tengok, pehhh memang lawak giler. Hee. Banyak sebab aku melekat tengok runningman sampai sekarang. dah tiga tahun ok. 

  • Lawak yang tidak dibuat-buat
Tengok runningman for sure sangat meng-release-kan tension kita. sumpah tak tipu. mesti nak tergelak setiap masa. Aku kalau gelak memang superb. semua orang boleh terkejut beruk cumel la bila dengar aku gelak. Hiks. Lawak dorang tak hipokrit dan tak dibuat-buat cam artis lawak negara kita. Dorang cakap sikit pun dah nak tergelak. Dengan gaya yang sempoi, sporting habes. Tak perlu wat cam si bobo yang suka wat parody sampai nak tercabut kepala tu pun nak tarik ramai viewers. 



  • How they interacts with others
One good thing I noticed about runningman is how they, the famous celebrities interact with the fans. full of respect. Orang korea satu yang aku respect is dorang punyer adab sopan tak kira dengan yang tua or muda memang tiptop. Femes, satu dunia kenal tapi bila jumpa orang tua yang takde tittle pape still tunduk, cakap sopan. Kadang-kadang kita pun belajar untuk lebih beradab dengan orang bila tengok runningman. Haa, giteww. Hihi. Even sukjin one of the runningman members, kurang menonjol, tak banyak cakap tapi kedudukan sukjin sentiasa kat tengah setiap kali berkumpul time mula-mula on air. Tu yang aku perasan la. 




  • Gwangsoo the giraffe, the betrayer
Yup. because of him i still keep watching runningman. Aku pun tak tahu bila aku start minat gwangsoo. Sometimes i really dont get it. The guy 190 cm, tak hensem sangat pun but im fall love with him. Dia paling sempoi, cara dia joget yang tak boleh blah giler. Haha. Golek-golek atas katil tengok telatah si giraffe ni. :p Setiap episod aku mengharapkan gwangsoo menang. Kalau tak, aku akan cakap episod tu tak best. Hee. 




that my gwangsoo.


  • the mission full of suprise      

Runningman bukan sahaja lawak tapi game, mission dia sangat best. setiap minggu mesti ada kelainan. Kadang-kadang aku ngan kawan aku pikir camne la dorang boleh terpikir nak buat game yang pelik and best cam gitu. hehe. biasa la, orang yang rasa tak bizi ni memang suka pikir benda yang tak berkaitan ngan hidup dia. :p              



Runningman, please come to Msia. Sanggup pegi bawak banner gambar gwangsoo besar-besar nak tengok dorang. Hiks. Sape-saper yang tak pernah tengok, try la tengok. Try ok. I bey uolls will love it. just like me. ^.~


adiOs amigOs~


Picnic time. ^.^


HeLo Peeps!

Hari tu muka hitam mandi pantai tak hilang lagi tapi hari ni pegi bermandi-manda dekat kalumpang pulak. Woot woot best giler kuasa duaratusnamplohlima juta uolls mandi kat sana. Ekceli ni baru first time aku mandi kat sini hewhew. Orang laen dah nak dekat spuloh kali datang sini tapi aku pulak, dua minggu nak habes sem baru nak try mandi kat kalumpang ni. Hikhok. Bukan ape, air terjun sekayu dekat dengan umah aku lagi best. Sampai tak nak mandi kat laen la citer dia sekarang. Hee. Semua yang join budak kosmate aku je. Tapi bukan semua sebab kiteorang pun plan last minit, masing-masing bizi dengan esaimen and tesis. 

 Tadaaa! eh eh, tak payah nak tadaa sangat la kan. Orang lain dah boring datang sini. Hiks. Btw, ni la view dekat kalumpang. So nice kan? Nak mandi tempat best, jangan lupa bayar tiga ringgit ok. 


Mamam dulu sebelum nak mandi. Baru semangat sikit. Hihi. Kekawan aku sumer pandai masak, sedap uolls. And aku pulak pandai makan je. :p


Kiteorang sampai dalam kul spuloh kat sana. Tapi air sejuk gilerr baq hang! 


Kalo si FL wat yoga atas bukit, aku pulak steady yoga dalam air. Hiks 


Lebih tiga jam jugak dorang mandi. Aku paling awal naek tukar baju sumer sebab badan jadi gatal-gatal. Peliknya aku sorang je camtu. Dorang happy je. So jelly :(


Sempat bergwiyomi dalam air. kita takde pun, kita kena jadi tukang amek gambar. Sobss. Huu 


bakal-bakal cikgu bilo jumpa air camni ghupenyee. Hewhew


Dah siap mandi. Jum balik tido! :)


Tapi sebelum tu, singgah makan cendol pakman dulu. warung tempat aku melantak mi rojak, laksa, rojak ayam lepas balik kelas lately ni. 


adiOs amigOs~


Friday, May 24, 2013

Kumpul memori.


HeLo Peeps!

Iolss ada lagi satu minggu je nak abes belajar. Perasaan? Ofkos la heaven giler. Mana tak nyee, dari tadika dulu lagi belajar sampai sekarang. Tambah tolak bahagi darab, dah nak masuk 17 tahun kot aku belajar. Lepas ni nak holiday puas-puas, then focus for the next step of my life. Weeee! ^.^

Weekend ni ramai giler kot kawan yang balik kampung since minggu depan dah takde kelas. Isnin je ada presentation techno. Jeles toksah cakap la tapi aku malas nak balik teganu. Nanti lepas exam pun nak balik jugak. Why not kita stay sini, spend time dengan kekawan pulak. Nanti tak tahu bila lagi nak jumpa dorang. Sobss. So semalam weolls pegi mandi pantai aww aww. Teluk batik dah penah mandi kat sana. Best naek banana boat. Hiks. So kali ni weolls pegi mandi dekat lain pulak. Teluk senangin tak silap aku. Tempat ni fahah yang suggest. Takde orang sangat, so memang best giler la  mandi citer die. Dah nama mandi pantai, tak sah kalo muka tak hitam. Sedih! Kena beli aurawhite ni kan zema. Hewhew


Habit takleh ubah si pahah and jue. Berenti tepi jalan semata-mata sebab nak bergambo. Huu


Si myvi sempat interframe. Tahniah. 


Pakai baju krabi cam feeling mandi kat pulau sana la kononnya. kohkoh


 Mereka kawan hidup mati saya. :')


 Dah puas mandi, then weolls ke lumut. Duk intai orang pegi pulau pangkor. Nanti ada masa nak pegi pangkor pulaks. Tunggu muka cerah balik dulu. hikhok


Alang-alang berjalan, mestila melarut hingga ke malam hari. ralik tengok menara condong tukar-tukar color. Hiks


Time ni hujan. Tapi kalo bergambar, sumer ok je.  Hee


Sebab menara ni condong, aku pun kene men-condong-kan diri jugak la. Hewhew

Even muka still burn mandi pantai semalam, selasa ni plan nak mandi kat kalumpang dengan kosmate pulak. cant wait! ^.^


adiOs amigOs~




Wednesday, May 22, 2013

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A


HeLo Peeps!


Jum join segmen ni. Dah lama kot tak join segmen camni. support sikit blogger lain. Hiks. Nak join klik kat blog Nadia ni ok. Daa. Current followers 1218. 

Thursday, May 16, 2013

;Selamat Hari Guru!. Episod: Memori kena denda ^.~


"16 Mei Hari Guru, hari mengenang jasa-jasamu. ~" 

Satu line ni je yang aku still ingat sampai sekarang. Lagu dalam buku teks bahasa melayu darjah dua. Darjah dua hokey! kira hebak ah aku boleh lagi tau. Hewhew. Ingat sebab dulu-dulu kena nyanyi depan kelas. Hiks. So today is teacher's day. Happy Teacher's Day to all my teachers since my kindergarten until now. Thanks a lot for making me what i am today. :')

Tanpa guru, siapa lah kita kan. Dari tak tahu pape, gurulah yang mendidik kita. Tak kenal erti penat lelah. And sebab tu aku nak jadi guru. Aku pun nak didik student sampai jadi orang berjaya. ecece. Kerja jadi guru lah kerja yang paling mulia, asal kita ikhlas, hari-hari kita mengajar kat sekolah, setiap ilmu yang kita bagi, setiap detik masa yang kita korban, setiap satu tersebut Allah akan bagi pahala kat kita. Sayang Allah.  :)

Pagi tadi time drive nak pegi kelas kol lapan, mata cam bukak tak nak bukak je sebab mengantok, then on radio dengar hotfm. Best dengar celoteh fbi ngan fafau. And pagi tadi sembang pasal 'cikgu jangan denda saya'. Gelak kuat kot dengar kisah sorang-sorang yang kena denda zaman sekolah dulu. Tapi aku tak ingat pulak nak bagitau kat sini. maybe time dengar tadi still mamai-mamai lagi. Hiks. 

So for entri kali ni, aku nak citer pasal memori kena denda aku zaman sekolah dulu-dulu. Kalau tengok  pada muka, nampak cam budak skema, baik, sopan, cumel, lembut, ayu. *masuk bakul angkat sendiri*. Tapi hakikatnya percayalah aku bukan spesies camtu. Cuma bahagian cumel, ayu tu je yang betol. kohkoh. *masuk bakul angkat sendiri sekali lagi*. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah ada memori kena denda ngan cikgu. Tapi denda tu lah mengajar diri ini erti kehidupan. hewhew

  • Darjah tiga - Antara denda yang paling tragis pernah aku kena. Aku still ingat satu per satu kisah tu. Time tu masa pendidikan seni. Cikgu takde dalam kelas. Bila cikgu takde means ketua dan penolong kelas yang paling berkuasa. Kira cam taiko la. And aku ingat nama ketua and penolong kelas aku. Abdul rahman and suzilawati. Habit ketua ngan penolong yang aku tak leh nak terima, dorang suka sangat tulis nama orang bising dalam kelas. So semua duk behave kat tempat masing-masing sebab kalau nama kena cop bising dalam kelas, konfem kena denda dengan cikgu sharifuddin aka cikgu yang suka merotan. Aku pun nak tak nak behave la jugak. Tak merayau dalam kelas. Al kisahnya aku teramatlah boringnye, then aku gulung kertas lukisan maen teropong ngan kawan aku kat depan. Suka mengekek-ngekek. But stil control volume suara gelak tu sebab tak nak nama ditulis. Cikgu Sharifuddin pun masuk dalam kelas nak ajar bahasa melayu. Dia guru kelas aku. Tiba-tiba penolong kelas kasi kertas kat dia. Memang sah! memang sah ada nama budak-budak bising. Aku cuak giler dah time tu. And tiba-tiba lagi aku terdengar cikgu panggil nama "mardyiana". memamg takde orang lain dah yang sama nama ngan aku dalam kelas tu. Deng! konfem kena rotan. Then cikgu panggil aku depan kelas, duk mengadap depan budak-budak lain. tangan pegang meja, bontot kena tonggekkan sikit. Zapppp! sepantas kilat aku kena rotan. dan time tu jugak air mata aku keluar. Cikgu siap perli kat aku,"awak sumer bawak payung tak arini, hujan lebat sekarang. nanti tak boleh nak balik" ape lagi, makin kuat la aku nangis dalam kelas. huu. After peristiwa tu aku anti sangat dengan penolong kelas aku, si suzilawati. But tu dulu la. kisah lama. dia sekarang one of my bestie. Hikhik. 
  • Tingkatan 4 - Biasa la orang cakap, masuk tingkatan 4 maknanya tahun untuk honeymoon. Aku merupakan salah sorang manusia yang apply term honeymoon sepanjang tahun tu. Belajar pun cam main-main je. tak caya tanyalah kekawan aku. Hiks. Time form 4 jugak perangai gedik makin menjadi-jadi. Tak matang langsung. Kalau diingatkan balik, aku sendiri rasa menyampah dengan diri aku time tu. Tapi takpelah kan, orang baru meningkat remaja memang camtu. *sedapkan hati*. Sapa-sapa yang stay kat hostel, konfem akan ingat kak yati, warden kiteorang. Oh, si beliau sangat la garang and suka mencubit perot. Aku penah kena dua tiga kali kot. hoho. Tak ingat kena cubit perot pasal pe. Dulu peraturan sekolah memang tak boleh bawak hp kat sekolah. Kesian kan? jeles ngan adik aku steady je bawak hp dua tiga biji kat sekolah dia sekarang. sobss. Ok. sambung balik, even tak boleh bawak hp but still aku yang degil ni bawak jugak. Dua bulan lebih jugak tak kantoi ngan warden. But satu hari tu kak yati tahu aku bawak hp kat hostel. Ada spotcheck tergempar and hp ku dirampas. Sedih giler kot. Sapa la yang report kat si beliau. Aishh. hehe. tapi even hp kena rampas, kena jumpa pk hem, dua tiga minggu lepas tu aku bawak lagi pegi hostel. muehehehe. and tak kantoi dah pastu. sebab dah belajar taktik hebat kalau nak bawak hp ke sekolah. :p
  • Tingkatan 5 - Ok, masuk form 5 aku dah behave sikit. sikit jela. huu. Dah start nak fokus study, al maklumlah baru nak sedar diri spm dah dekat. and ada satu subjek yang aku trauma plus fobia for sure is addmath. tambah-tambah lagi cikgu yang mengajar addmath kelas aku sangat scary. nama dia cikgu kamariah. Setiap kali masa addmath, tetibe je rasa perot bergelora, jantung berdegup 100km/jam, nak kencing nak berak sumer ada la citer dia. Takut sangat. Dah la tak pandai addmath, dapat pulak cikgu scary camtu. Nasib ah. Nak dijadikan cerita, satu hari tu belajar tajuk logarithm. Cikgu kamariah bagi soalan cam biasa lepas dia mengajar. Meja aku duk hujung sebelah ngan tingkap. Dia jarang round-round kat kawasan meja aku. Tapi tak tahu hari tu dia pegi round kat kumpulan aku buat keje dia. Sampai kat meja aku, die berenti. Lama. Kebetulan latihan dia bagi tu aku tak boleh nak buat. Masak ah! aku tengok dia, dia angkat-angkat kening kat aku bagi tanda suruh buat jugak. aku geleng. Disebabkan gelengan 180 darjah aku sebanyak 3 kali tu, tiba-tiba aku rasa belakang aku ditampar dengan kuat. Dua kali. Sakit toksah cakap ah. Then dia ajar aku sambil marah-marah. "tu la, tak faham tak reti nak tanya". seharian aku badmood pasal benda alah tu. hehe

Tapi sekarang, aku hampir berjaya. tak sampai sebulan lagi aku akan menamatkan riwayat degree ku selama empat tahun kat upsi. happy teacher's day also to me, math teacher to be. sebab denda-denda tu la menjadikan diri aku sekarang. I love all my teachers :')

Nanti aku jadi cikgu, tak sabar nak denda student aku pulak. Hiks.


adiOs amigOs~



notakukukakiku: esop rombongan family aku pegi merisik for my bro. kawen cepat-cepat. tak sabar nak dapat kakak baru. hehu. ^^

Friday, May 10, 2013

; Dunia Pink.


HeLLo Peeps!

Saper minat color pink cepat angkat kening dua kali. hewhew. Aku tergolong antara salah sorang gegel yang minat color pink. Kalau laki minat pink pelik tak? Bagi aku la, kalau laki tu pandai men-stylekan gaya pink tu, rasanya tak nampak kot cam jambu sangat. Tapi aku tak kasi pun si rul pakai pink. hiks. cam tak sesuai je. Nape eyk kalau laki-laki korea pakai color pink, kite rasa cam hensem sangat, melting, sampai tahap meroyan. Tapiiii cuba laki melayu pakai camtu, terus rasa annoying, and saat tu jugak melabelkan laki tu JAMBU. kohkoh. 

Takpe, tak payah la nak pikir soklan yang tak penting sangat tu. huu. Aku tak tahu since when aku start minat color pink. Bukan minat gitu-gitu je, boleh dikatakan setiap barang aku color pink. Tak banyak pun, mesti ada jugak color pink. Dah jadi trademark kot. But susah jugak kalau dah addict dengan satu color je. Why? sebab setiap kali aku tengok barang pape, mesti berkenan color pink. mesti terbeli color tu je. Dari sebesar-besar barang sampai la sekecil-kecil barang color pink. Telekung semayang, towel, beg, kasut, pencil case etc semua color pink. Orang yang tak suka color pink konfem menyampah ngan aku. Konfem ah. huu. 

Pernah ada my fren cakap,"ana ni suka pakai cardi sameee je. boring ah". sedih kitew tau. Ekceli, cardi aku color pink je dah ada empat. Dua simpan kat umah, tak nak bagi obvious sangat. haha. Mesti orang tengok aku ni tak basuh ke asyik pakai cardi same je. uhuk3. Tapi ke-addictan aku terhadap color pink ni tak lah sehebat si yuyu dan irine. aku ni peminat pink yang humble je. Hiks.

Ahhaa, aritu si rul pegi krabi pun beli baju i love krabi tu color pink. suka melompat-lompat la citer die. Dia dah sedia maklum dah dengan perangai pink aku ni. Sampai aritu nak cari purse baru pun, dia akan usha yang color pink je for me. sweet kan? But si rul tak kasi pelamin and baju pengantin nanti color pink. whyyyyyy? Sobss


Ni antara barang-barang kecik aku yang color pink. Some of my brooch, home slipper. Bakul sampah pun nak color pink jugak. so cute rite? Jam misai color pink, kertas tampal-tampal pun sama. muehehe. Purse pink si rul kasi. And pink ladybird yang suka sangat duduk lam telinga kite. hee. earphone yang paling murah di alam semesta. cuba teka berape? hint dia again, paling murah di alam semesta. :p

For those yang suka beli barang-barang kecik and simple ni color pink, maka secara rasminya orang tu minat color pink. Harap maklum. Tak sabar nak keje, nak beli honda jazz color pink. Nak beli jugak no matter what. Bye!

adiOs amigOs~

Monday, May 6, 2013

Along the journey.. :)


HeLLo Peeps!

Cuti tiga hari mengundi sangat-sangat memenatkan. Dua hari dah bazir atas jalan. Tanjung malim ke teganu lebih kurang 7jam la termasuk berenti makan, solat and melepaskan hajat. hee. Tapi takpela, kita kena tunaikan tanggungjawab kita sebagai pengundi. so puas hati tak dengan result undi semalam? mesti stay up sampai pagi nak tunggu result kan? hoho. 

Kali ni aku tak lalu ikut highway biasa. Malas nak mengadap jem yang teruk giler. So fahah suggest kiteorang lalu kat cameron, turun gua musang, keluar tasik kenyir and sampai umah. Tapi jalan die superb. berbukit, selekoh maut, jalan berlubang, senang citer sumer cukup lengkap la. hewhew. Sampai aku tak berani pun nak drive, hanya mampu jadi peneman je. hiks.

And arini pun kiteorang still lalu jalan yang sama. Alang-alang dah lalu kat cameron, ape lagi, bergambar sakan la. Memang superb penat. but me got a sweet memory ever. wink wink ^.~

Tadaa, the view of tasik kenyir. cantik kan? Subhanallah :)


Sempat berenti tengok gajah. *sila abaikan tangan saya yang tak lurus tu. seliuh time darjah tiga and kesannya kekal sampai sekarang. tamat cerita*


 Me with bella. :)


Excited dah nak sampai cameron. wehuuu ! 


 Dah nama cameron, tak sah kalau tak bergambar di ladang teh.


At strawberry farm. Mencari desert lepas melantak bekal nasi fahah. sedap sampai tambah nasi dua kali. hehe 

Menu paling besar di alam semesta. 


And weolls choose this! nomnomnom. 


cumel sangat dorang! ^^


 Nampak fresh but sory to say me dont like vege. so much! yerrkkk. kalau sayur sedap cam aiskrim baru rasa nak makan. hiks. :)


Nah bunga.


Tiga orang budak di atas cam tak sedar jee esop ada clas, sempat lagi berjimba-jimba. huu 

 Balik dari cameron, turun bukit yang berpusing-pusing. Nasib baek tak termuntah. And here we go. Lata Iskandar. 

 What a wonderful journey we had today. thanks to fahah and bella. :)

Lain kali korang try la cam weolls. Balik kampung tapi buat-buat cam pegi melancong giteww. Feeling die tu takleh nak digambarkan dengan kata-kata. hehe. daa! 



adiOs amigOs~

Thursday, May 2, 2013

;[GAMBAR] Pre-graduation Dinner #SeniorYear


HeLo Peeps!

Tadi pegi kelas ramai tanya bila nak update entri dinner malam tadi. Hiks. *jangan tertipu dengan perkataan ramai itu muehehe* Malam tadi selesai jugak pre grad dinner for my batch. Full of happening, exciting, over posing, and enjoyment. Even dinner kiteorang takde la kat hotel lima bintang, but still kiteorang sangat enjoy kuasa patplohlapanjuta. Tq for those friends who did the hard work to make it happen. :')

Entri kali ni penuh dengan gambar jep. Sampai tak sempat nak taruk watermark dulu. ponat den nak buat satu-satu. Hiks. Tapii most of pic penuh dengan muka aku je. maklumlah ni blog kite kohkoh. *batuk kucing* 


simple dressing but sweet nye tetap ada. hewhew. *muntah sekarang*


Actually dress ni aku beli kat SD Collection. Dress SD Collection ni sumer sweet uolls. Kalau nak wat for baju raya elok sangat la. Kaen yang selesa, tak berkedut. Harga pulak affordable. Sila la jenguk page SD Collection  sekarang ok. Aku pun nak pakai baju ni lagi tuk raya ketiga or keempat nanti. muehehe. Ahaa, shawl tak sempat nak beli, just pinjam dengan cik huda. mekasih daun keladi cik huda. hiks


Makanan pulak tip top. sangat sedap sampai menjilat jari. Aku takde nak control ayu ke hape. makan ayam dua tiga ketul, siap amek nasi tambah. hee


Bila nak snap baru contol ayu balik. tehee. :)


Konon nak wat gwiyomi la ni. konon je la. huu


The best part is ada ruangan nak snap-ing cute-cute giteww. 


free yourself. 


We in handy frame. A big tq for wany for being my fotographer. :)


Aku dah cakap banyak gambar aku je pun. muehehe.


Pink + terquoise wiith mena. 


iqa.ana.bilah.mira.as 


hai, its me again. kbai :p


main intai-intai with zatul.


Dah promote baju, promote kasut pulak. royal blue heels from zalora. 


Muka heppy lepas melantak sampai licin. 


Mr.shah and dr.shikin. my supervisor.








si ain dan si ana meng-kidnap spec entah sape punya. 




Present to you the princess of the night, si iqa yang berbaju purple. vouge gilak! si rul suruh aku pakai tudung camtu la. hee. i tak mampu. huk3. 


We will end our degree in a month! How time flies. 


And this is my coursemate. tapi ada yang tak datang and dorang rugi sangat. susah nak kumpul camni. will remember this moment till the end. love ya! :')


adiOs amigOs~

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!