Monday, January 28, 2013

Natural attitude


Helo peeps! 

Semalam spend day with my boyfie hewhew. Ikutnya bulan depan baru jumpa tapi rul cakap kalau dia boleh balik this month bonus la bagi aku sebab dia nak belanja tengok movie and makan-makan. Aku pe lagi senyum sampai telinga la ada orang nak belanja tengok movie. Actually plan nak tengok citer 3a.m, alar citer hantu siam tu la. even aku ni penakut tapi aku memang peminat tegar citer hantu. Sumer citer hantu aku layan asalkan ada orang temankan kat sebelah. huu. Tengok sesorang lomah semangat den. Tapi citer hantu paling seram tahap gaban is citer hantu siam kan? So ape lagi, aku gitau la si rul nak tengok citer tu. Tapi apakan daya, aku dapat bf yang takut tengok citer hantu. pity me -.-' sedih kot tak dapat tengok. ada sape-sape nak temankan kite tak? kite belanja sebab citer tu da lama, tix pun da murah hewhew. :) kiteorang tengok hansel and gretel: the witch hunter. Aku boleh bagi 3 bintang je untuk citer tu sebab citer tu tak berjaya membuatkan mulut aku ternganga pun. sekadar boleh layan je. hehe. The handsome man of hansel and gretel is edward. hensem macam aaron aziz. muehehe :)

Ok, done with intro. sikit punye panjang part intro saja kan? hoho. Tahun ni entri aku ni panjang-panjang sikit. sory tau. hanya pembaca yang setia je boleh keep reading my entry. Aku dapat emel yang boleh tahan banyak jugak la dari pembaca blog ni *term 'banyak' tu dalam belasan emel je. jangan tertipu yep* ^^. thanz a lot korang. ada yang suh aku keep update selalu la. akan dipertimbangkan :). haa, pas aku share tips kurus aritu, ada yang suh aku bagi tips kulit muka pulak. aku takde tips bab-bab kulit muka ni coz aku just pakai pencuci muka safi balqis je uolls. kena bertanya pada yang pakar la. huu

So, arini aku nak citer pasal natural attitude. not mine but my cinta hati. Aku ada terbaca fakta anak kedua and sumer attitude tu exactly same dengan si rul ni. taktau suratan atau kebetulan hewhew. minggu depan genap enam tahun me with him. thus, i know him very well. ramai kot yang tanya bila nak kawin la. sape yang tak nak kawin kan? soon ok. :) doakan kiteorang. Aku nak dapat keje yang stabil dulu, then baru kawin. mak pun cakap camtu. high five mak! :) aku pun ada satu sem je lagi. yippi yippi *lompat katak*

#Qoute: we don't remember days but we remember moments


gambar yang takde kaitan dengan entri. just nak bagi tahu abc ni sodappp!

Mohd Hasrul Hasnan, special dedicated for u. wink ^.^ and those yang anak kedua jugak, ce cube try cek sama tak dengan korang.

Anak manja mama

Maybe kot. sebab die the one and only son. Cam abang aku memang anak manja mak. menyampah jugak kadang-kadang, lebih kepada jeles sebenarnya hewhew. Kena tanya kakak or adik lieya la. dorang setuju kot kan? hehe

Degil, keras kepala, dan tidak mendengar kata

Ok, yang ni ku akui *sambil nyanyi lagu hafiz, ku akui*. Dia ni memang sangat degil. kalau dah kata A, aku cakap A- pun dia tak nak dengar. aku pujuk pun tak berapa nak jalan sangat. kesian tak iolss? Tapi tu dulu la, lama-lama dia banyak jugak dengar pendapat aku even ada degil dalam dengar tu. dah nama natural attitude kan. kalu dia buat keras kepala dia, aku just cakap,"oh, lupa. anak kedua memang camtu. lol" :)

Tak pandai pujuk gf/bf

Sekali lagi setuju dua ratus peratus. Aku merajok dia tak layan sangat. but still say sorry to me. aku tak kuat merajok pun. Kalau ya pun, tak sampai setengah jam pun sebab dia suka buat lawak tak jadi die tu. buat hidung kembang kempis pun aku dah gelak. tak best la merajok lama-lama korang. penat buat muka masam. :)

zaman remaja. cumel jep. hehe.aku godek-godek gambar si rul dulu-dulu laen sangat dengan sekarang. now, he is more matured. sebab da nak kawin kot :)



Kalau bercinta, sangat setia. sanggup berkorban

Hehe. kalau tak setia, tak la sampai enam tahun. aku ngan si rul ni boleh dianggap long distance relationship la. dari awal kenal sampai sekarang even umah dia dekat je ngan umah aku kiteorang belajar tak sama-sama, jarang jumpa tapi dia boleh setia. susah nak cari lelaki camni kan? and ofcos, dia selalu berkorban untuk aku. sanggup balik tganu dari kl dengan bas pada malam hari after seharian keje, dengan hanya sehari cuti sebab nak tolong aku drive sampai perak esok pagi. tak harap aku drive sesorang. mak ayah aku pun cakap baiknya rul ni. huu. :)


Berdikari, caring

Dia sangat berdikari. sumer keje dia buat sendiri je. having a divorce parent since 8 make him more independent. Aku peneman setia, penyimpan rahsia dia. Aku kagum. even dia banyak problem, tapi luaran orang tak boleh detect pun. very take care of his papa, mama, ibu and his siblings. "alar, dah nama bf, mesti nak cakap benda baik-baik je". Nop! If we not meant together, aku still nak jadi best friend dia. :') last but not least, he is easy to forgive. 


Ok, setakat ni jela aku nak citer pasal dia. yang lain-lain tu biar aku sorang je tahu. hehe. Kalau jodoh aku bukan dengan dia sekalipun, aku gerenti pengganti Mohd Hasrul Hasnan akan dapat berpendapat sama seperti aku. believe me :)

Awak kite sayang awak. 

adiOs amigOs~

Friday, January 18, 2013

My health age


Helo peeps! 

Wuhuuu! My first entry for this year. Lambat betoi update kan? hewhew. Arini da 18 haribulan dah ana oi oi. Takpe la kan? Ekceli lately ni bizi sikit sebab tu tak update. kohkoh. Lagi satu bulan kelas nak start balik. Perasaan malas nak balik uni tu dah mula membuak-buak dalam diriku. Mengada betol kan? Kalu dulu nak cepat-cepat abis cuti, tak sabar nak start sem baru kononnya semangat berkobar-kobar nak habiskan sem terakhir yippii! But now, perasaan aku dah berubah. Memang betol la orang cakap, perasaan tak boleh dipaksa. hehe macam takde kaitan kan :p

Disebabkan ni first entry tahun 2013, so aku akan update panjang sikit la. Sikit je oke! Tahun baru mesti sumer nak baru kan? Azam pun nak update yang baru even azam tahun lepas entah setel ke belom. Tepuk dada tanya hati. So my wishlist this year simple jep. Tak nak pikir azam jangka masa panjang, aku nak fokus azam jangka masa pendek dulu hewhew. First, aku kena make sure my pngk will exceed 3.75. Dapat first class degree terus cancel bayar balik loan kan. Omaigod! so heaven kan kawan-kawan? Tak payah bayar bunga yang melampau-lampau tu. Gaji pun tak payah nak kena potong every month. Now, my pngk da 3.76 tapi aku tak boleh hepy sambil melompat-lompat lagi coz sem last sem paling tough. Anytime je pointer boleh jatuh kalu aku main-main. Dengan fyp lagi, subjek major, action research. Uhhh! tetiba rasa menyampah bila pikir subjek sem depan. So aku kena keje lebih sikit nak dapat pointer yang flying rainbow colour gitew. Doakan saya boleh? :)

Second, i wanna lose my weight hewhew. Mesti orang cakap, "alarr da kurus, nape nak turunkan lagi berat badan?", "badan kurus sangat tak cantik la weh.." Korang silap ok. SILAP! Kenapa? Sejak dua menjak tiga menjak ni aku tersangat la berisi nye. langsung tak sesuai dengan tinggi aku yang sekentot 153cm ini. uhuk3 T.T Kebanyakan kekawan yang jumpa aku mesti cakap "eh, eh nape berisi sangat sekarang? gemok gedmpol." See? Betapa pilunya hati aku bila dengar cakap-cakap dorang. Sadis! Berat makin bertambah secara melampaunya bila aku duk umah je, makan, tengok tv. Basuh pinggan, lipat kain tak boleh turunkan berat aku. sobss. Berat aku satu ketika tu pernah mencecah 52.5kg dan saksi tyme aku timbang berat badan is boypren aku sendiri sebab aku guna duit dueposen die so die kena tengok la berat aku hoho. Malu toksah cakap la -.-' So da masuk tahun baru ofcos la aku ada usaha sikit nak maintain kan balik my weight sampai 45kg. Boleh tak agak-agak? See the leg la der. Sekarang berat aku da 47.7kg. yeayyy! 

Ape rahsia sampai cepat sangat turun berat badan? Hehe. Well, aku ni kire antara orang yang bernasib baek sebab aku ni jenis cepat naek cepat turun. Kalu dulu makan banyak mane pun tak naek-naek berat badan. Sekarang da lain pulak. aishh. Dua bulan pertama cuti aku makan sepuas hati di umah. Bila sedar badan da gemuk, aku start kurangkan kuantiti makan aku. Kalau dulu nasi dua pinggan sekarang satu senduk je aku amik. Kena sabar sikit la, tahan nafsu makan. And, aku jugak tak makan kulit ayam and any food which high fat, calories etc. 

Tadi aku kuar jalan-jalan dengan si nani, aku pegi analisis kesihatan aku. Sape-sape yang guna produk cam herbalife mesti arif benda alah ni. Lepas buat analisis tu, aku dapat tahu umur dalaman aku. Tak semestinya bila umur kita 23, umur kesihatan kita pun 23. Ada yang terlebih sihat sampai umur kesihatan baru belasan tahun and ada jugak umur luaran 23 tapi umur dalaman da 45. Means badan dorang tak sihat la. Aku pulak kebetulan umur luaran dan dalaman yang sama, 23 tahun. huu. Orang tu bagitau jisim otot aku just 32kg suppose health body mesti 38kg. Nampak tak kat situ ape yang berat sangat lam badan aku? mestila lemak. Terkedu seketika lepas dengar lemak yang berlebihan lam badan. Kurang excercise katenya. Kalau sape-sape yang kurus tu tak semestinya dia sihat, takde selulit. Salah sama sekali. Aritu aku tengok wanita hari ini, orang yang kurus pun ada selulit yang berlebihan. Major factor is kurangnya air dalam badan. So kat sini aku nak bagi tips diet secara manual. Aku refer pada tips kuruskan badan by dr.fatin liyana. Panduan untuk aku ke arah 45kg. Caiyot ana! :)

  • Jangan skip meal!

Biasanya orang yang nak kurus mesti skip meal. Tak nak makan malam la, tak pun tak makan nasi tapi makan maggi, biskut, supering super supering riang bagai. Ekceli kalori dalam jajan-jajan ni lebih tinggi daripada nasi. makin banyak ko kunyah makin tinggi la kalori dalam badan. Orang yang bagi tips ni dulu boleh turun 9kg sebab tak sentuh titbits langsung. Just makan breakfast, lunch and dinner. Kalu malam tu lapar sangat, bancuh air milo cicah ngan roti pun ok. Haa, satu lagi aku ada tebaca yang korang tak boleh makan tiga jam sebelum tido.

  • Get Active

Satu-satunya benda dalam dunia ni yang boleh menembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise. Tak semestinya kena spend setiap minggu pegi joging. Berjalan tu pun da kire exercise. Student macam kite ni dalam kampus tak payah la pakai transport. Jalan je nak pegi mana-mana. tak pe camtu? hehe. Memang kita tak nampak perubahan dalam masa yang singkat. Just wait a few months and you will see the result hewhew. :)

Kalu korang nak baca lagi tips kuruskan badan tanpa perlu makan produk kesihatan just bukak blog beliau je oke! Tangan da penat menaip. Daa uolls! peace yooo!


Hepy bila berat dah tak mencecah angka 5. ngeri teruk untuk ketinggian tak seberapa ini. sobss

adiOs amigOs~





#notakukukakiku: Agak-agak sape menang MLM malam ni kan? aku nak jambu or jozan jep ok. Tak nak boboi. muehehe :)

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!