Wednesday, December 11, 2013

My Indon trip ;)

HeLo Peeps!

Lama jugak kan aku menyepi. Lima hari kat negara orang sumpah rindu dengan suasana kat negara sendiri. Haha. (Statement paling poyo). Alhamdulillah, aku dapat pegi and balik dengan selamat. Mungkin dengan berkat doa semua orang. Mula-mula tu macam dah give up nak pegi Indon ni. Sebab dah sangkut dengan banjir kat teganu. Tak boleh nak turun kL. Sedih giler. Bas tak jalan, tix flight penuh. Si rul book tix bas, dah naek tapi turn balik sebab bas tak boleh lalu kat Kemaman. Pikirkan tix flight dah book and ada misi yang amat penting kat sana, terpaksa tabahkan hati usaha jugak. Last-last aku naek bas pegi kota bharu, and amek flight pegi kl. FYI, tix flight aku dari kota bharu ke kl lagi mahal daripada tix flight pegi balik ke Indon. Boleh bayang tak? huhu. Takpe la, demi insan tersayang :) Tetiba feeling cam amazing race decide nak amek jalan yang mana pegi kl. Hoho. Sorang-sorang pulak tu. Jiwa kental tak iols? Huu. 

Oke, tutup citer tragis tu. Yeayyy, salah satu wishlist sebelum kawen dah tercapai. Nak shopim sakan kat Bandung. Hepy bangat sih! Tq awak sebab dah penuhi salah satu wishlist saya. Still banyak lagi wishlist yang menanti untuk dipenuhi. muehehe. Now tarik nafas panjang-panjang coz aku nak taip entry yang panjang kali ni. So mesti kena amek masa yang panjang nak scrol citer indon trip aku sampai bawah. And harus sabar panjang-panjang ok. Huhu. 

If korang rasa nak shopping sakan kat Indon mesti kena pegi sekarang sebab duit kat sana makin murah. Kalau dulu seringgit kita dapat 3000rp tapi sekarang seringgit boleh dapat 3643rp. Untung giler kan? So kalau seratus juta rupiah bersamaan lebih kurang 275ringgit. Dapat la jugak rasa pegang duit berbelas-belas juta even dalam rupiah je kan. lol :p Nak beli pape, terus bahagi dengan 3643 sebab senang nak bandingkan dengan nilai duit kita. Si rul boleh tahan la semangat kira setiap kali beli pape. Comel betol. Aku pulak toksah cakap la. Berganda-ganda semangat dia. hikhik. 

Sampai jakarta, kiteorang stay di Pop! Hotel. Hotel yang paling unik penah aku jumpa sebab hotel dia colourful giler. Dekat dengan airport, bilik yang selesa and harga yang sangat murah. Semalam just 327 ribu rupiah je. Cepat convert dalam duit kita. Aku dah penat dah hari-hari duk kira benda sama haha. Tapi satu je tak best, iron takde. Memang spoil sikit la sebab susah nak iron baju, tudung sumer. Nasib baek tudung kite lipat kecik-kecik pun tak nampak kedut. Hihi. 
Very the colourful right? Rasa cam cute je tido dalam bilik colourful camni even baru je sampai lima minit dalam bilik dah bersepah. Haha. Maafkan diriku. :p 

Bangun pagi dengan semangat sekali pegi turun breakfast nasi uduk. Rasanya macam aku lebih prefer nasi uduk berbanding nasi lemak kot. Aku ni tak suka makan nasi lemak. Nasi uduk lebih kurang cam nasi lemak jugak tapi nasi dia tak taruk santan, bilis diganti dengan tempe. Tu je beza dia. Lagi satu, kalau nasi lemak telur rebus, nasi uduk pulak telur dadar.

Pegi dua family, satu family kawan abang long. Abang ipar si rul. Tapi tak jalan sekali pon. Leceh. Biasa la sebelum kawen, kena la rapat dengan family dia dulu. Ehehe. Nanti dah kawen tak la kekok sangat. Giteww. :)

Dua-dua anak buah uncle poyo cam uncle dia. Penat aunty nak melayan dani ngan manda. Huu. Nasib baek dua-dua comel. Huu

Misi utama nak shoping kat Bandung, so pagi tu terus gerak ke sana. Kiteorang upah pak supir sepanjang lima hari kat sana. Sewa dia dalam tiga juta lebih. Lebih kurang seribu ringgit lebih la. Tapi dah murah bagi aku coz tak payah susah-susah nak public transport, pegi mana-mana ada orang tunggu. Nak kuar pagi sampai malam pun takpe. Satu yang aku tak suka kat sini, jem dia superb. Aku surrender kalau kena drive kat sini. Bunyi hon boleh dengar sepanjang masa. Manner dorang atas jalan not so nice. Sory ya ibu sama bapak. hoho

Jarak masa dari jakarta ke bandung lebih kurang tiga jam lebih kalau ikut highway. Tapi kiteorang lalu jalan biasa je sebab nak singgah kat takuban perahu yang tempat gunung berapi tu. So kalau lalu jalan biasa, tambah dengan jem teruk giler, lebih kurang lapan jam jugak la. Penat uolss. Tapi sepanjang perjalanan tu, boleh nampak la situasi yang kita tengok dalam sinetron indon tu. Aku sempat snap situasi yang aku rasa menarik. Jum.  

Service mobil. Kat Msia, bengkel la ni kan. Bapak sempoi giler bengkel dia. Huhu. Jual rim motor kereta tepi jalan camni normal je kat sana. Kalau kita, nak beli rim kereta pun dah nak dkat seribu jugak kot. Epic!

Haa, benda ni la yang aku tengok dalam citer indon tu. Tak tahu nak panggil ape. Takkan keta tolak kot. Bukan. Tapi aku tak beli pun kalau yang jual camni, tak confident dengan tahap kebersihan dia. 

Jual pizza kat tengah-tengah jalan. Hebat pak! Aku dah banyak kali tengok citer indon, tak bukak subtitle pun dah paham. So aku confident boleh cakap indon dengan maha hebatnya. Last-last aku cakap indon dengan pak supir, dia boleh cakap tak paham aku omong ape. Terus rasa nak pengsan. haha.

Ni la nasi padang. Dia kan hidang semua lauk and sekali kita dah sentuh sikit lauk dalam satu pinggan, so harga lauk tu akan dikira. 

Bilik menginap sepanjang tiga hari di Bandung. Hotel Kedaton. Hotel yang ni nasi baek ada iron. Hikhik. 

Selesa sangat kat sini. Tiga hari dapat breakfast free, ada swimming pool lagi. Pegi jalan, balik kat bilik tengok dah kemas. Oh bahagia amat kalau hari-hari camni. huu

Muka khusyuk baca menu yang susah nak detect makanan ape. Play safe, makan nasi goreng special. Yang tu je aku paham. Huu. Nasib baek sodap. 

Ikan talapia goreng tiga, ikan talapia bakar dua, ayam bakar satu, nasi makan sepuluh orang, sup ekor. Harga semua just seratus lebih je. Kedai dah taraf cam restoran tu. Alahai, best betol duk indon ni. 

Tak lepas peluang bergambar kat restoran yang cantek giler bersama bff hensem. Hiks 

 Gudmorning Bandung. Time ni baru pukul enam pagi. Tapi dah cerah tak boleh nak sambung tido.

Lokasi pertama shopping kat Pasar Baru aka syurga wanita. Mostly barang pompuan je kat sini. Bawak 3ribu ringgit kat sini dah boleh shopping sepuasnya kot sebab barang kat sini murah giler. Sangat murah. Aku tak tahu nak cakap camne. Betol. Tapi memang perlukan tenaga yang banyak kalau nak jejalan kat sini. Orang ramai giler, padat sangat. Tak boleh nak berpecah sebab konfem takkan jumpa sampai ke malam. Huu

 Tak silap aku Pasar Baru ni lapan tingkat kot. Aku pun tak habis round semua tingkat. Semput kot. 

Kaen kat sini berkali-kali ganda murah berbanding dengan kaen yang dijual kat Msia. Kaen yang ada bunga ros banyak-banyak kat baju, aku penah tengok orang jual kat Msia dalam lapan puluh hingga seratus ringgit. Tapi kat Pasar Baru, korang boleh dapatkan kaen tu dalam 28 ringgit je. 

Si rul sabar je teman shopping kat sini. Lebih lima jam jugak kat sini. Penat toksah cakap ah. Even penat tapi mulut tersenyum lebar sebab banyak borong barang. kohkoh

Belom habis penat pusing Pasar Baru, petang tu kiteorang pegi Toko Tiga. Syurga pencinta Levis, DC etc. Jeans levis yang harga seratus hingga dua ratus ringgit boleh dapat separuh harga kat sini. 

Muka orang penat yang cuba nak senyum. Jadi camni la rupa dia. Hoho. 

Memulakan hari ketiga dengan pakai baju sama. Biasa couple pakai baju i love u la, gambar kartun laki ngan pompuan la. Yang tu budak-budak boleh la kan. Couple umur 23 ni kena pakai baju ganas sikit. Batman. Hiks. (poyo lagi)

Heading to Trans Studio Bandung. Shopping and playing. Kat sini ada mall jugak. Nak cari barang branded with nice price boleh la pegi sini. But si rul dah pesan jangan berkenan dengan handbag Tods. Huu. Yela, satu beg pun dah 5k lebih. Tunggu durian runtuh dua tiga longgok dulu baru boleh beli. heheh. Tapi kita dah dapat handbeg cantek jugak. Even bukan Tods. Tq syg! :))

Dah berhari penat jalan-jalan, banyak guna tenaga so we ended up dengan memanjakan diri sendiri. Massage time. Best giler. Hilang segala sakit lenguh kat badan. Urut, body scrub dan whitening lulur just 250ribu rupiah. Kulit rasa dah licin balik cam baby. Hiks

Sebelum naek flight balik, sempat sambung shopping kat Tanah Abang. Tempat dia lagi selesa dari Pasar Baru. Barang still murah. Nak cari baju ala-ala yang jual kat Time Square boleh la cari kat sini. Cute giler. Sabar je aku tengok. 

Semua dapat flight malam. Then time balik dari kl ke teganu dapat flight pagi. Heaven boleh amek gambar camni. Huu

Subhanallah :')

Oke uolls, thanks sebab sudi scrol story indon trip aku sampai sini. Mula-mula tadi semangat lagi taip panjang-panjang. Makin lama makin pendek pulak citer dia. hehe. Menaip pun boleh nantok. Alahai. Sekarang dah plan nak pegi korea pulak. Tix pun dah tiga ribu lebih. Takpe, duit boleh dicari, moment yang bakal dicipta tu yang penting sebab akan kekal sampai bila-bila. Daa!

XOXO Publish!

3 comments:

Eda Johari said...

betul tu, kat sana brg murah je..
sandal at sini 15ringgit tp kat sana 4ringgit dah dapat... hope next year boleh pegi.. huhu

m0sHiE~ said...

ehm2 tau takpe. kite pn rasa nak pegi lagi. hiks

Diana said...

bestnya bershopping kat Bandung... Tapi tak semurah mana sebab duit kita dah jatuh :(

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!