Tuesday, November 12, 2013

Bestnyee jadi cikgu! :D

HeLo Peeps!

At last, sampai jugak minggu terakhir tugas aku sebagai seorang guru. Minggu depan dah cuti skol. Aku dah boleh rilek kat umah. Meneruskan rutin biasa aku balik. Tengok tv, makan, jalan-jalan. Hikhik. Tapi cuti ni nak serius dengan bisnes tudung pulak. Lai lai beli tudung kiteorang. Murah kebaboom uols. Huu. (iklan jap). 

Tadi jamuan akhir tahun guru dan sambut sekali majlis perpisahan diriku. Sobs. Bila ingat balik ucapan aku tadi cam entah pape je. Tak ready langsung, maen spontan je. Malu kot. Huu. Please, tak nak dah ingat pasal tadi. Nak tahu aku cakap pe? lepas dah cakap terima kasih atas sumer blablabla, then aku bagitahu sepanjang dua bulan aku kat skol ni, tak pernah langsung aku dengar cikgu mengumpat sesama cikgu. Rasa kagum. Lepastu, aku tengok guru besar bukan maen kuat tepuk tangan. Huu. Tapi betol, budaya mengumpat ni dah sinonim dalam kehidupan kita kan? Rasa tak puas hati, mengumpat. Tak suka, mengumpat. Salah sikit, mengumpat. Aku pon tak paham. Sebab tu la aku happy duk sini. Takde ngumpat situ, ngumpat sini. Boleh ngam dengan semua orang. :)

Ingat tak nak citer daa pasal skol, tapi mana boleh kalau tak diabadikan dalam blog ni. hewhew. Konfem! sekarang aku dah jatuh cinta dengan opsyen cikgu. Tak salah jalan yang aku pilih dulu. :) Si rul cakap aku cikgu yang paling cumel pernah dia jumpa. muehehe. Pandai je amek hati kite. :p Jum jum tengok kenangan aku kat sktr. cekidaut! 

Gambar ni kak zi yang edit sendiri. Kak zi antara cikgu yang rapat dengan aku kat sini. Kalau ada program pape, mesti kak zi akan jadi ajk makanan. Hehe. Sebab dia suka makan. Nak cari kak zi je, mesti orang cari kat kantin. First datang sini, aku cam malu nak pegi makan sorang-sorang kat kantin. Kak zi la yang selalu ajak aku makan sama-sama. Lawak dia boleh tahan la boleh buat aku sakit perot jugak duk gelak. hihi


With kak aisyah, kak wanee, kak zi and kak ma. Time ni suprise birthday guru besar. Memang suprise sebab guru besar tak boleh detect langsung.

Pagi-pagi dah boleh makan kek secret recipe free. Hehe. Best duk sini sebab dorang akan celebrate birthday cikgu-cikgu semua. Dah macam family sendiri kan? No wonder la aku tengok cikgu kat sini happy je datang skol setiap hari. Tengok buku kehadiran guru, sebelum pukul 7 pun dah ada cikgu yang sampai skol. Aku pukul 7 tu baru je tengah siap-siap pakai tudung. Hiks

Setiap kali meeting pulak, aku akan cari port yang paling hujung. Biasalaa, kite bukan orang penting pon. Tak payah semangat sangat. Hikhik. Spot my bored face! haha. Meeting pukul dua petang. Ofcos la boring plus mengantuk. 

Yang ni pulak first day datang skol dulu. Baru hari pertama, dah kena masuk meeting. Tu pasal muka cam serius sikit. Konon focus la kan. konon je la. :p

Ahah! time ni waktu pj. Waktu yang paling aku anti. Al maklumlah dari aku skol rendah lagi dah tak suka waktu pj. So dah jadi cikgu pun, penyakit tak suka pj zaman skol dulu masih berjangkit dalam diriku ini. uhuk!Dapat pulak pj darjah 3. Memang susah nak control dorang. "cikgu! nak main nenek-nenek." "cikgu, nak main pepsi cola?" "cikgu, lutut syamir darah jatuh time berlari tadi." Alahai. macam-macam perangai la. Sabau jela. huhu

Haii uols. Tu tudung kiteorang design sendiri. (iklan lagi ^^) Time ni tengah bizi buat bunga telur sempena majlis khatam quran. Hari tu cikgu pompuan kena pakai jubah, cikgu laki pulak pakai baju melayu. Aku sorang je tak pakai. Aku cakap takde jubah nak pakai. Pastu nak tahu respon dorang pe? "lar, nape tak cakap? kak siti ada jubah anak kak siti boleh pinjam kat yana" alar alar baiknye. 

Sekali pandang dah macam rombongan nak pegi meminang. Cuma takde pengantin je kat tengah. hehe. Cikgu yang pakai baju hitam tu nama dia cikgu nordin. Lepas dah citer tunang aku duk jerangau, terus cikgu nordin panggil aku adik. sebab kampung dia kat situ. Start hari tu, semua cikgu panggil cikgu nordin abang angkat aku. hee. cumel betol. Aku layankan aje. :)

See! betapa sportingnya cikgu pompuan kat sini. Pakai baju sama sempena majlis anugerah kecemerlangan. 

Barisan guru-guru yang menjayakan hari anugerah kecemerlangan sktr. Kelam kabut jugak sebab hujan lebat giler pagi tu. Hebat tak hari tu masuk tv tau. Tapi rtm jela. hehe. Ok la daripada takde. Sebab yang datang rasmi ni dato' JJ. Yang pasti muka aku tak masuk tv pon. huu. 

Cikgu yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan student. Sadis! Sebab muka aku yang tak nampak garang langsung, naik minyak la budak-budak ni time aku mengajar. Pernah sekali aku jerit 'SENYAPPPPP!!!' selama seminit setengah. hoho. Sentap jugak la dorang. Sebab aku jerit camtu, dua hari sakit tekak. haha. hari last kat skol, dorang bagi hadiah. Thanks tau. Tapi part yang tak boleh tahan tu, dorang kasi hadiah kete mainan sport color kuning. motif sangat. :D

Ok. Tu jelah antara kenangan yang aku nak abadikan dalam entri kali ni. Memang banyak manis daripada pahit. Thanks again to all SKTRians sebab sudi bagi dorongan dan bimbingan sepanjang yana kat sini. Memori yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Chupp! :')

XOXO. Publish!

8 comments:

syikin kamara said...

hehe..comey ana..bestnya pengalaman jd cikgu...=)

m0sHiE~ said...

hai comey syikin. pengalaman sambung master pun best jgk kn :)

Ainim Suju said...

seronoknya baca entri ni. motip bebudak tu bagi kete menan? hahaha

Srikandi Islam said...

Assalam..
hello peeps...hehe

hai yunk...
lma xdgr khabar..
ap nma skolah ni?
beznya dpt pkai niqab kat skolah.. =)

m0sHiE~ said...

Ainim Suju: haha. tau xpe. cam takde motip. :p

m0sHiE~ said...

Srikandi Islam: wsalam yunk. miss u so much. skol ni sk tok randok. nape kas? kat skol takleh pakai niqab ke?

timm_bill said...

bez jugk jadi cikgu ni eh..tpi xbrani takot mati la budak2 tu asik kna mrah..huhu..

m0sHiE~ said...

amboi. garangyaa. hee

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!