Monday, November 4, 2013

Bersama Abg Motor Besar :)

HeLo Peeps!

Minggu depan dah cuti skol, means minggu depan i will be free. Hewhew. So far, pe yang boleh aku cakap jadi cikgu kat sini sangat-sangat best, semua pengalaman yang aku dapat setakat ni takde lagi yang pahit. Aah, kecuali pengalaman berdepan dengan budak nakal dalam kelas. Tapi normal la tu. Dah nama pun budak-budak. Aku pon time kecik-kecik dulu pon nakal jugak. Kalau tak, takkan la kena rotan depan kelas. Huu. Cikgu-cikgu kat sini tiptop! Baek and sporting. Guru besar pon boleh tahan pandai buat lawak. Dalam meeting tak sah kalau tak gelak. Ehehe.

Ekceli banyak sangat dah gambar aku sepanjang jadi cikgu kat sini. Gambar jamuan perpisahan, birthday suprise guru besar, gambar time mengajar toksah cakap ah banyak tak terkira. Kena simpan elok-elok nanti nak tengok balik kenangan kat sktr. Hari ni tetiba rasa nak update stori pasal skol kat blog picisan daku ini. Yelah, bukan hari-hari boleh bergambar dengan motor besauu uolss. Hiks.
  
Tadaaa! Boleh la merasa naek even kejap je. Aku tak minat sangat motor besar ni. Bunyi dia kuat sangat. Huu. Lagi satu aku tengok macam penat je orang yang bawak motor camni. Kena angkat tangan tinggi. Tak penat ke? :p Btw tengok baju smart school aku besar gedabak. Aku tak beli pon. Datang skol pagi tadi just pakai baju biru biasa je. Last-last cikgu nordin bagi free baju kat aku saiz XL sebab saiz tu je yang ada. Mak aii! nak tak nak terpaksa la aku pakai. Ambil hati dia dah bagi free. Huu. Budak-budak tanya 'aik tecer, tadi pakai baju laen?' aku pon cakap 'magic!' and terus blah tanpa perasann. Hikhik

Ramai ni je pon student sktr. Tapi bising dia perhhh! Setiap pagi dorang beratur kat sini la minum susu kotak ducthlady. Teringat pulak dulu-dulu aku pon dapat susu kotak jugak. Alarr, yang gambar budak laki galas beg skolah tu. Kan? hihihi. 

Masuk skol ni banyak kali dah aku senamrobik. Memang semangat la citer die dok senamrobik. Kalu kat skol menengah, aku rasa tak selesa nak buat semangat sangat. Entah, maybe sebab skol menengah kan. Budak dah besar. Siyes rasa nak control je. Tapi kat sini sampai berpeluh-peluh ni senamrobik. Cikgu lagi semangat dari budak-budak. Hee. No wonder la rasa badan cam dah makin slim je sekarang. Eh? ^.^

Tengok kak wanee yang semangat jugak. Hehe. Kak wanee ni meja dia sebelah dengan meja aku. Share minat yang sama that is watching runningman! Selalu puji dia sebab cantek and berjiwa muda. Bila dah start citer pasal runningman, konfem gelak kuat giler sampai cikgu laen tegur. huu. Kak wanee pelik sebab pe aku minat gwangsoo. Tak boleh nak bagitau sebab die kak wanee oi, banyak sangat tak terkira. Giteww. Hee

Jarang tengok abg yang bawak motor besar ni kurus. hoho

Berdikir barat.

Haa. Ni lah barisan cikgu-cikgu sktr. Guru besar yang pakai cap kuning tu. Happy dapat jadi sebahagian daripada family member sktr. :)

Bye abang motor. :D

XOXO. Publish!

5 comments:

Ann Ishak said...

seronok pulak bila jadi cikgu ni kan, coti banyak :)

m0sHiE~ said...

sudah semestinya! hikhik

Ainim Suju said...

meriahnya

m0sHiE~ said...

Hikhik ^.^

Amirah Azman said...

PROMOSI SHAWLS HALFMOON 2 LAYER GLITTER + CHIFFON RM25 ONLY
http://eira-shamiera.blogspot.com/2013/11/shawls-halfmoon-2-layer-rm2500-only.html

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!