Sunday, June 9, 2013

Kali terakhir


HeLo Peeps!

Ehem. ehem. Secara rasminya tamatlah degree empat tahun aku kat upsi. Alhamdulillah. Even last paper jawab entah pape, ke laut sumer aku tibai je jawab hewhew. Tapi takpe la, ada rezeki tak ke mana jugak kan. Tapi aku stay lagi sebab tesis belom jilid lagi. Omai, tak sabar nak balik teganu, dah lama tak merasa berpuasa dengan family kat umah. best feeling ever. 

Nak citer kenangan empat tahun aku kat sini? patharipatmalam lah tak habes kalo nak citer. Hiks. Tetiba rasa sedih nak tinggal upsi, nak tinggal tanjung malim. sejuta kenangan aku ada kat sini. sobss. To my frens, nanti jumpa on our big day ok. :')

Kali terakhir aku...


Kali terakhir aku siap-siap pegi kelas. kelas awal pagi, konfem muka aku akan masam je memanjang. hee. sebab aku ni jenis susah bangun pagi, dengan rumate pun sepatah ape pun tak cakap. semua dah sedia maklum dengan perangai badmud aku pagi-pagi. muehehe. aku pegi kelas camni la. simple je kan? takde melaram sangat. bf takde kat sini. eh? :p Ni pun kira ok lagi pakai baju kurung, kalo kelas sejam je, pakai tshirt je kot. selipar jepun lagi uolss. hiks


Kali terakhir aku pegi dewan jawab exam. kali terakhir uolss. lepas ni takde dah. dari skolah rendah asyik dok jawab exam je kan. and gambar kat atas is my last time. sobss. kali terakhir study, kali terakhir rasa cuak nak jawab exam, kali terakhir kena ikat benang kat paper exam, kali terakhir frust tak boleh jawab exam, semua kali terakhir. Ape? niat sambung master? mesti la ada korang. tapi aku nak keje dulu, rasa duit sendiri, nak shopping banyak-banyak, nak kawen then baru nak sambung master. :)


Kali terakhir bertandang kat masjid ni. please ignore diriku yang tak cukup inci tu. Time sem 6 dulu, memang wajib setiap minggu bertandang kat masjid ni sebab malas nak balik kolej nak tunggu kelas pukul dua.


Kali terakhir aku pegi beli barang-barang dapur kat TF. setiap minggu ni tempat wajib aku and my housemate. al maklumlah kiteorang tak makan luar. semua masak sendiri. Sambil beli barang, sambil plan nak masak apa for the whole week. And aku pulak dah banyak improvement bab masak-memasak ni. Thanks to wany. baru aku tahu masak ni senang giler. hehe. 


Nak try rasa aku masak? boleh tapi hanya untuk mereka yang suka makan pedas je ok. sebab aku memang suka taruk lada banyak-banyak. kohkoh


Kali terakhir aku jumpa dorang. kosmate dari sem satu sampai sem lapan. nanti jumpa bulan 9 mesti dah bawak husband masing-masing. so jelly. huu. 



Berbaki seminggu aku kat sini, aku akan kumpul memori banyak-banyak dulu. student's life is the best memories ever. :')


adiOs amigOs~


8 comments:

Mek Onie said...

serius akan rindukan :(

m0sHiE~ said...

for sure dear :(

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..lepas ni cipta memory bersama anak bangsa pula..curah segala ilmu yang ada moga menjadi sandaran di akhirat kelak..atas amal yang dilunaskan.. :)

Iedya Abdullah said...

dah habis dh. awal jugak upsi habis. kitorang belum lagi. hari ni baru start final. sedih kn bila ingat kali terakhir tu. huhu.

m0sHiE~ said...

PeRdU cINta: in syaa Allah :)

m0sHiE~ said...

Iedya Abdullah: o yeke? soaky dear. tak lama dah tu. hehe

Srikandi Islam said...

kas xmkan pedas tp main lantak je..hihi

cik hani said...

time study mmg best n enjoy..
Dh kje da xbest

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!