Thursday, May 16, 2013

;Selamat Hari Guru!. Episod: Memori kena denda ^.~


"16 Mei Hari Guru, hari mengenang jasa-jasamu. ~" 

Satu line ni je yang aku still ingat sampai sekarang. Lagu dalam buku teks bahasa melayu darjah dua. Darjah dua hokey! kira hebak ah aku boleh lagi tau. Hewhew. Ingat sebab dulu-dulu kena nyanyi depan kelas. Hiks. So today is teacher's day. Happy Teacher's Day to all my teachers since my kindergarten until now. Thanks a lot for making me what i am today. :')

Tanpa guru, siapa lah kita kan. Dari tak tahu pape, gurulah yang mendidik kita. Tak kenal erti penat lelah. And sebab tu aku nak jadi guru. Aku pun nak didik student sampai jadi orang berjaya. ecece. Kerja jadi guru lah kerja yang paling mulia, asal kita ikhlas, hari-hari kita mengajar kat sekolah, setiap ilmu yang kita bagi, setiap detik masa yang kita korban, setiap satu tersebut Allah akan bagi pahala kat kita. Sayang Allah.  :)

Pagi tadi time drive nak pegi kelas kol lapan, mata cam bukak tak nak bukak je sebab mengantok, then on radio dengar hotfm. Best dengar celoteh fbi ngan fafau. And pagi tadi sembang pasal 'cikgu jangan denda saya'. Gelak kuat kot dengar kisah sorang-sorang yang kena denda zaman sekolah dulu. Tapi aku tak ingat pulak nak bagitau kat sini. maybe time dengar tadi still mamai-mamai lagi. Hiks. 

So for entri kali ni, aku nak citer pasal memori kena denda aku zaman sekolah dulu-dulu. Kalau tengok  pada muka, nampak cam budak skema, baik, sopan, cumel, lembut, ayu. *masuk bakul angkat sendiri*. Tapi hakikatnya percayalah aku bukan spesies camtu. Cuma bahagian cumel, ayu tu je yang betol. kohkoh. *masuk bakul angkat sendiri sekali lagi*. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah ada memori kena denda ngan cikgu. Tapi denda tu lah mengajar diri ini erti kehidupan. hewhew

  • Darjah tiga - Antara denda yang paling tragis pernah aku kena. Aku still ingat satu per satu kisah tu. Time tu masa pendidikan seni. Cikgu takde dalam kelas. Bila cikgu takde means ketua dan penolong kelas yang paling berkuasa. Kira cam taiko la. And aku ingat nama ketua and penolong kelas aku. Abdul rahman and suzilawati. Habit ketua ngan penolong yang aku tak leh nak terima, dorang suka sangat tulis nama orang bising dalam kelas. So semua duk behave kat tempat masing-masing sebab kalau nama kena cop bising dalam kelas, konfem kena denda dengan cikgu sharifuddin aka cikgu yang suka merotan. Aku pun nak tak nak behave la jugak. Tak merayau dalam kelas. Al kisahnya aku teramatlah boringnye, then aku gulung kertas lukisan maen teropong ngan kawan aku kat depan. Suka mengekek-ngekek. But stil control volume suara gelak tu sebab tak nak nama ditulis. Cikgu Sharifuddin pun masuk dalam kelas nak ajar bahasa melayu. Dia guru kelas aku. Tiba-tiba penolong kelas kasi kertas kat dia. Memang sah! memang sah ada nama budak-budak bising. Aku cuak giler dah time tu. And tiba-tiba lagi aku terdengar cikgu panggil nama "mardyiana". memamg takde orang lain dah yang sama nama ngan aku dalam kelas tu. Deng! konfem kena rotan. Then cikgu panggil aku depan kelas, duk mengadap depan budak-budak lain. tangan pegang meja, bontot kena tonggekkan sikit. Zapppp! sepantas kilat aku kena rotan. dan time tu jugak air mata aku keluar. Cikgu siap perli kat aku,"awak sumer bawak payung tak arini, hujan lebat sekarang. nanti tak boleh nak balik" ape lagi, makin kuat la aku nangis dalam kelas. huu. After peristiwa tu aku anti sangat dengan penolong kelas aku, si suzilawati. But tu dulu la. kisah lama. dia sekarang one of my bestie. Hikhik. 
  • Tingkatan 4 - Biasa la orang cakap, masuk tingkatan 4 maknanya tahun untuk honeymoon. Aku merupakan salah sorang manusia yang apply term honeymoon sepanjang tahun tu. Belajar pun cam main-main je. tak caya tanyalah kekawan aku. Hiks. Time form 4 jugak perangai gedik makin menjadi-jadi. Tak matang langsung. Kalau diingatkan balik, aku sendiri rasa menyampah dengan diri aku time tu. Tapi takpelah kan, orang baru meningkat remaja memang camtu. *sedapkan hati*. Sapa-sapa yang stay kat hostel, konfem akan ingat kak yati, warden kiteorang. Oh, si beliau sangat la garang and suka mencubit perot. Aku penah kena dua tiga kali kot. hoho. Tak ingat kena cubit perot pasal pe. Dulu peraturan sekolah memang tak boleh bawak hp kat sekolah. Kesian kan? jeles ngan adik aku steady je bawak hp dua tiga biji kat sekolah dia sekarang. sobss. Ok. sambung balik, even tak boleh bawak hp but still aku yang degil ni bawak jugak. Dua bulan lebih jugak tak kantoi ngan warden. But satu hari tu kak yati tahu aku bawak hp kat hostel. Ada spotcheck tergempar and hp ku dirampas. Sedih giler kot. Sapa la yang report kat si beliau. Aishh. hehe. tapi even hp kena rampas, kena jumpa pk hem, dua tiga minggu lepas tu aku bawak lagi pegi hostel. muehehehe. and tak kantoi dah pastu. sebab dah belajar taktik hebat kalau nak bawak hp ke sekolah. :p
  • Tingkatan 5 - Ok, masuk form 5 aku dah behave sikit. sikit jela. huu. Dah start nak fokus study, al maklumlah baru nak sedar diri spm dah dekat. and ada satu subjek yang aku trauma plus fobia for sure is addmath. tambah-tambah lagi cikgu yang mengajar addmath kelas aku sangat scary. nama dia cikgu kamariah. Setiap kali masa addmath, tetibe je rasa perot bergelora, jantung berdegup 100km/jam, nak kencing nak berak sumer ada la citer dia. Takut sangat. Dah la tak pandai addmath, dapat pulak cikgu scary camtu. Nasib ah. Nak dijadikan cerita, satu hari tu belajar tajuk logarithm. Cikgu kamariah bagi soalan cam biasa lepas dia mengajar. Meja aku duk hujung sebelah ngan tingkap. Dia jarang round-round kat kawasan meja aku. Tapi tak tahu hari tu dia pegi round kat kumpulan aku buat keje dia. Sampai kat meja aku, die berenti. Lama. Kebetulan latihan dia bagi tu aku tak boleh nak buat. Masak ah! aku tengok dia, dia angkat-angkat kening kat aku bagi tanda suruh buat jugak. aku geleng. Disebabkan gelengan 180 darjah aku sebanyak 3 kali tu, tiba-tiba aku rasa belakang aku ditampar dengan kuat. Dua kali. Sakit toksah cakap ah. Then dia ajar aku sambil marah-marah. "tu la, tak faham tak reti nak tanya". seharian aku badmood pasal benda alah tu. hehe

Tapi sekarang, aku hampir berjaya. tak sampai sebulan lagi aku akan menamatkan riwayat degree ku selama empat tahun kat upsi. happy teacher's day also to me, math teacher to be. sebab denda-denda tu la menjadikan diri aku sekarang. I love all my teachers :')

Nanti aku jadi cikgu, tak sabar nak denda student aku pulak. Hiks.


adiOs amigOs~



notakukukakiku: esop rombongan family aku pegi merisik for my bro. kawen cepat-cepat. tak sabar nak dapat kakak baru. hehu. ^^

6 comments:

Mysara Ab Rahman said...

xsabar nk dnda? amboi3...:p

eh, zaman skolah dlu mmg top, asal sape yg bising je akan ditulis nama..boring btul..haha

m0sHiE~ said...

hehe. nk rasa jugak mendenda. ni asyik kena denda je. huu.

cinta siswi said...

selamat hari guru utk kak moshie jgk.. wiwiwiw..

jemput tgk keychain kt page siswi.. :)

m0sHiE~ said...

tQ dear:)

♥ CIKZEK ♥ said...

Jgn grg2 ye cegu :) Happy teachers day to u too ^^

m0sHiE~ said...

Hiks. tq sweetie :)

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!