Monday, April 15, 2013

Foodies Night Out.


Hello Peeps!

Arini awal tau aku update blog. now 6.57 am. Awal tak awal tak? Hiks. Alkisahnya bangun nak siap-siap pegi clas, konon nya la kan. Buka mata nak off alarm yang membingitkan telinga tu, tup tup tengok ada text yang bagitau clas pukul lapan cancel. Senyum sampai cuping telinga kot. Tak penah lagi lam sejarah hidup aku bangun tido terus tersenyum. Kes rare sangat berlaku. Hewhew. Hajat di hati nak terus update malam tadi but tyme sampai uma kenyang yang teramat sangat, lepas mandi terus tido. Orang lain ramai yang update gmabar makan steamboat, kitee pun nak jugak. So sampai dari teganu, malas nak masak, aku ajak housemate melantak steamboat kat kalumpang. Tak mahal pun, satu kepala dueplohhengget. But make sure, perot kena lapar teruk dulu, kalau tak cam rugi la bayar dueplohhengget tapi amik seciput secoit je. Huu.

Seafood die not bad la. Tapi takleh lawan steambot pulau duyong lagi uolls. Even aku takleh makan seafood, tapi gatal jugak nak makan steamboat. Balik umah mula lah terbersin, tergaru, terlompat, terguling. *ok, over sangat kau. Betapa aku hargai dueplohhengget yang kena bayar tu, sampai empat round kot kiteorang makan. Takleh nak amik banyak-banyak terus sebab kalau makan tak habes, kena caj laen pulak. So jangan tamak ok. hoho. Best makan sambil layan lagu pop yeh yeh. :)


Jangan nak pakai lawa-lawa, wangi-wangi kalau nak makan tempat camni. Konpem baju bau asap. *nasihat daripada orang yang paling malas mandi di alam semesta

Tadaa! empat gambar means empat round ok. hehe. So kepada sape-sape yang rasa diri dia student upsi wajib melantak steamboat kat sini. Sedap! yang penting ada aiskrim yang boleh diambil banyak-banyak kali. Hiks. ^.^


Korang, iolss ada lagi tujuh minggu je lagi study. Then final and FREEDOM. Yeayyyy! Tak sabar nak tunggu saat yang sangat dinanti-nantikan tu. Mak bagi kawen kalu dah habes belajar. muehehehe. But banyak dugaan kena tempuh sepanjang tujuh minggu tu. Tesis yang tak siap-siap lagi, esaimen yang berlambak-lambak, midterm. sobss. Takpe, caiyot ok. Lepas ni dah takde daa. All is well. Ok la, rasa cam nak sambung tido je ni. Next clas kul 2 petang. Nak bangun pukul 1.55 boleh? Pangg! :p


adiOs amigOs~



notakukukakiku: Kite tengah sedih2 tiga hari ni sebab si rul ada kat krabi. jauh. rindu. Tak sabar nak tunggu lusa. Lusa dia balik. jangan lupa ole-ole ola-ola tau awak. Nak banyak. Hee. Oh, btw weekend ni kite kursus kawen. Daa!

No comments:

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!