Monday, December 23, 2013

Slowly recovering

HeLo Peeps!
Aish dah lama upload gambar dalam entri ni, pastu menyepi duk dalam draft tak tahu bila nak publish. huu. Cam takde mood nak menaip. Yup. Update entri ni kena ada mood oke. And kalau aku pulak siap kena ada lagu yang sesuai dengan mood time nak menaip. Baru best and ada feel. Giteeww. Hiks. Actually, lepas balik indon aritu, aku sakit boleh tahan teruk jugak. Demam, batuk, selsema, cirit-birit. Satu pakej lengkap aku kena. Demam, batuk tu sebab berjangkit dengan orang kat umah. Effect cuaca jugak yang kejap hujan, kejap panas. Memang teruk giler. Sampai si rul cakap suara aku berubah dah macam rani mukerji. Heheh. Lebih tak kurang sepuloh hari jugak la nak baek. Memang lama sebab diriku ini yang susah nak mati time nak makan ubat. Tak sedar yang diri tu bukan budak-budak lagi tapi still nak makan ubat sebiji je sehari. Tu pun boleh telan bila buat dengan air milo. Thats why la lambat nak baek. Sampai sekarang still batuk lagi. Pity me :(

Oh, lagi seminggu je dah nak menutup tirai 2013 kan? how time flies! Nanti dah 2014 means umur pun  akan meningkat lagi satu angka. Umur sekarang 23, tahun depan dah 24 O.O' Nak tak nak, kena terima jugak. Huu. And ofcos, i want amazing things to happen to me in 2014. Amin. 

Muka sakit yang paksa senyum. Time ni attend one of my bestie's engagement. Congrats sayang! I'm so happy for you. And welcome to the club. Nanti melangkah masuk kelab mak-mak pulak. Nampak tak umur dah makin meningkah kat situ? hewhew

Haa. Ni lah bestie aku. Clasmate time skol menengah dulu. Yup. kinah yang comel ni dah jadi tunangan orang. hihi :)

Nampak cam sama tinggi tapi please believe me. Aku lagi tinggi dari dorang ni. Believe me ok. :p

Still belom sihat lagi tapi tetap teman si rul attend majlis sambut menantu bestie dia pulak. ololo, kecil molek betol aku kat situ kan. Huu

Aihh, segan betol kite bergambar dengan orang yang cantek ni kan. Hoho

Lagi beberapa bulan nak melangkah ke fasa baru ni kan, untuk sekali lagi aku keluar dengan si rul and aku rasa macam keluar dating yang sama cam dating zaman form 5 dulu. Hehe. Bersantai tepi pantai sambil makan sate ikan (beli sampai lima ringgit, tamak betol huhu) sambil borak-borak, buat lawak entah pape, kenyit-kenyit mata (oke kenyit mata ni propa je). Serius rasa cam dating time first kenal dulu. Hehe.

Saje pakai baju supergirl. Mana tahu bila pakai baju ni boleh baek batuk. kohkoh :p

Orang cakap nak baek demam, makan aiskrim. So kalau nak baek batuk, makan makanan yang bergoreng dengan minyak yang superb banyak. Ni teori yang aku cakap kat si rul. Hehe. Malas nak layan aku cakap banyak sangat, so dia bawakkan aje. yeayy! Setiap kali si rul balik teganu, mesti tak miss pegi makan celop tepung kat poknong (masuk jalan-jalan cari makan). And setiap kali datang, konfem ramai orang camni. Thats why aku suka datang ngan si rul. Sebab aku just duk kat meja je. Dia yang pegi beratur panjang kat sana. muehehe. 

Makan berdua je, tapi air mesti order sampai tiga. Sotong celop tepung kat sini memang the best in the world la uols. tiptop!

Muka nampak hepy je tapi sekarang tengah pening nak buat persiapan semua. Doakan kami tau. :)


XOXO. Publish!

Wednesday, December 11, 2013

My Indon trip ;)

HeLo Peeps!

Lama jugak kan aku menyepi. Lima hari kat negara orang sumpah rindu dengan suasana kat negara sendiri. Haha. (Statement paling poyo). Alhamdulillah, aku dapat pegi and balik dengan selamat. Mungkin dengan berkat doa semua orang. Mula-mula tu macam dah give up nak pegi Indon ni. Sebab dah sangkut dengan banjir kat teganu. Tak boleh nak turun kL. Sedih giler. Bas tak jalan, tix flight penuh. Si rul book tix bas, dah naek tapi turn balik sebab bas tak boleh lalu kat Kemaman. Pikirkan tix flight dah book and ada misi yang amat penting kat sana, terpaksa tabahkan hati usaha jugak. Last-last aku naek bas pegi kota bharu, and amek flight pegi kl. FYI, tix flight aku dari kota bharu ke kl lagi mahal daripada tix flight pegi balik ke Indon. Boleh bayang tak? huhu. Takpe la, demi insan tersayang :) Tetiba feeling cam amazing race decide nak amek jalan yang mana pegi kl. Hoho. Sorang-sorang pulak tu. Jiwa kental tak iols? Huu. 

Oke, tutup citer tragis tu. Yeayyy, salah satu wishlist sebelum kawen dah tercapai. Nak shopim sakan kat Bandung. Hepy bangat sih! Tq awak sebab dah penuhi salah satu wishlist saya. Still banyak lagi wishlist yang menanti untuk dipenuhi. muehehe. Now tarik nafas panjang-panjang coz aku nak taip entry yang panjang kali ni. So mesti kena amek masa yang panjang nak scrol citer indon trip aku sampai bawah. And harus sabar panjang-panjang ok. Huhu. 

If korang rasa nak shopping sakan kat Indon mesti kena pegi sekarang sebab duit kat sana makin murah. Kalau dulu seringgit kita dapat 3000rp tapi sekarang seringgit boleh dapat 3643rp. Untung giler kan? So kalau seratus juta rupiah bersamaan lebih kurang 275ringgit. Dapat la jugak rasa pegang duit berbelas-belas juta even dalam rupiah je kan. lol :p Nak beli pape, terus bahagi dengan 3643 sebab senang nak bandingkan dengan nilai duit kita. Si rul boleh tahan la semangat kira setiap kali beli pape. Comel betol. Aku pulak toksah cakap la. Berganda-ganda semangat dia. hikhik. 

Sampai jakarta, kiteorang stay di Pop! Hotel. Hotel yang paling unik penah aku jumpa sebab hotel dia colourful giler. Dekat dengan airport, bilik yang selesa and harga yang sangat murah. Semalam just 327 ribu rupiah je. Cepat convert dalam duit kita. Aku dah penat dah hari-hari duk kira benda sama haha. Tapi satu je tak best, iron takde. Memang spoil sikit la sebab susah nak iron baju, tudung sumer. Nasib baek tudung kite lipat kecik-kecik pun tak nampak kedut. Hihi. 
Very the colourful right? Rasa cam cute je tido dalam bilik colourful camni even baru je sampai lima minit dalam bilik dah bersepah. Haha. Maafkan diriku. :p 

Bangun pagi dengan semangat sekali pegi turun breakfast nasi uduk. Rasanya macam aku lebih prefer nasi uduk berbanding nasi lemak kot. Aku ni tak suka makan nasi lemak. Nasi uduk lebih kurang cam nasi lemak jugak tapi nasi dia tak taruk santan, bilis diganti dengan tempe. Tu je beza dia. Lagi satu, kalau nasi lemak telur rebus, nasi uduk pulak telur dadar.

Pegi dua family, satu family kawan abang long. Abang ipar si rul. Tapi tak jalan sekali pon. Leceh. Biasa la sebelum kawen, kena la rapat dengan family dia dulu. Ehehe. Nanti dah kawen tak la kekok sangat. Giteww. :)

Dua-dua anak buah uncle poyo cam uncle dia. Penat aunty nak melayan dani ngan manda. Huu. Nasib baek dua-dua comel. Huu

Misi utama nak shoping kat Bandung, so pagi tu terus gerak ke sana. Kiteorang upah pak supir sepanjang lima hari kat sana. Sewa dia dalam tiga juta lebih. Lebih kurang seribu ringgit lebih la. Tapi dah murah bagi aku coz tak payah susah-susah nak public transport, pegi mana-mana ada orang tunggu. Nak kuar pagi sampai malam pun takpe. Satu yang aku tak suka kat sini, jem dia superb. Aku surrender kalau kena drive kat sini. Bunyi hon boleh dengar sepanjang masa. Manner dorang atas jalan not so nice. Sory ya ibu sama bapak. hoho

Jarak masa dari jakarta ke bandung lebih kurang tiga jam lebih kalau ikut highway. Tapi kiteorang lalu jalan biasa je sebab nak singgah kat takuban perahu yang tempat gunung berapi tu. So kalau lalu jalan biasa, tambah dengan jem teruk giler, lebih kurang lapan jam jugak la. Penat uolss. Tapi sepanjang perjalanan tu, boleh nampak la situasi yang kita tengok dalam sinetron indon tu. Aku sempat snap situasi yang aku rasa menarik. Jum.  

Service mobil. Kat Msia, bengkel la ni kan. Bapak sempoi giler bengkel dia. Huhu. Jual rim motor kereta tepi jalan camni normal je kat sana. Kalau kita, nak beli rim kereta pun dah nak dkat seribu jugak kot. Epic!

Haa, benda ni la yang aku tengok dalam citer indon tu. Tak tahu nak panggil ape. Takkan keta tolak kot. Bukan. Tapi aku tak beli pun kalau yang jual camni, tak confident dengan tahap kebersihan dia. 

Jual pizza kat tengah-tengah jalan. Hebat pak! Aku dah banyak kali tengok citer indon, tak bukak subtitle pun dah paham. So aku confident boleh cakap indon dengan maha hebatnya. Last-last aku cakap indon dengan pak supir, dia boleh cakap tak paham aku omong ape. Terus rasa nak pengsan. haha.

Ni la nasi padang. Dia kan hidang semua lauk and sekali kita dah sentuh sikit lauk dalam satu pinggan, so harga lauk tu akan dikira. 

Bilik menginap sepanjang tiga hari di Bandung. Hotel Kedaton. Hotel yang ni nasi baek ada iron. Hikhik. 

Selesa sangat kat sini. Tiga hari dapat breakfast free, ada swimming pool lagi. Pegi jalan, balik kat bilik tengok dah kemas. Oh bahagia amat kalau hari-hari camni. huu

Muka khusyuk baca menu yang susah nak detect makanan ape. Play safe, makan nasi goreng special. Yang tu je aku paham. Huu. Nasib baek sodap. 

Ikan talapia goreng tiga, ikan talapia bakar dua, ayam bakar satu, nasi makan sepuluh orang, sup ekor. Harga semua just seratus lebih je. Kedai dah taraf cam restoran tu. Alahai, best betol duk indon ni. 

Tak lepas peluang bergambar kat restoran yang cantek giler bersama bff hensem. Hiks 

 Gudmorning Bandung. Time ni baru pukul enam pagi. Tapi dah cerah tak boleh nak sambung tido.

Lokasi pertama shopping kat Pasar Baru aka syurga wanita. Mostly barang pompuan je kat sini. Bawak 3ribu ringgit kat sini dah boleh shopping sepuasnya kot sebab barang kat sini murah giler. Sangat murah. Aku tak tahu nak cakap camne. Betol. Tapi memang perlukan tenaga yang banyak kalau nak jejalan kat sini. Orang ramai giler, padat sangat. Tak boleh nak berpecah sebab konfem takkan jumpa sampai ke malam. Huu

 Tak silap aku Pasar Baru ni lapan tingkat kot. Aku pun tak habis round semua tingkat. Semput kot. 

Kaen kat sini berkali-kali ganda murah berbanding dengan kaen yang dijual kat Msia. Kaen yang ada bunga ros banyak-banyak kat baju, aku penah tengok orang jual kat Msia dalam lapan puluh hingga seratus ringgit. Tapi kat Pasar Baru, korang boleh dapatkan kaen tu dalam 28 ringgit je. 

Si rul sabar je teman shopping kat sini. Lebih lima jam jugak kat sini. Penat toksah cakap ah. Even penat tapi mulut tersenyum lebar sebab banyak borong barang. kohkoh

Belom habis penat pusing Pasar Baru, petang tu kiteorang pegi Toko Tiga. Syurga pencinta Levis, DC etc. Jeans levis yang harga seratus hingga dua ratus ringgit boleh dapat separuh harga kat sini. 

Muka orang penat yang cuba nak senyum. Jadi camni la rupa dia. Hoho. 

Memulakan hari ketiga dengan pakai baju sama. Biasa couple pakai baju i love u la, gambar kartun laki ngan pompuan la. Yang tu budak-budak boleh la kan. Couple umur 23 ni kena pakai baju ganas sikit. Batman. Hiks. (poyo lagi)

Heading to Trans Studio Bandung. Shopping and playing. Kat sini ada mall jugak. Nak cari barang branded with nice price boleh la pegi sini. But si rul dah pesan jangan berkenan dengan handbag Tods. Huu. Yela, satu beg pun dah 5k lebih. Tunggu durian runtuh dua tiga longgok dulu baru boleh beli. heheh. Tapi kita dah dapat handbeg cantek jugak. Even bukan Tods. Tq syg! :))

Dah berhari penat jalan-jalan, banyak guna tenaga so we ended up dengan memanjakan diri sendiri. Massage time. Best giler. Hilang segala sakit lenguh kat badan. Urut, body scrub dan whitening lulur just 250ribu rupiah. Kulit rasa dah licin balik cam baby. Hiks

Sebelum naek flight balik, sempat sambung shopping kat Tanah Abang. Tempat dia lagi selesa dari Pasar Baru. Barang still murah. Nak cari baju ala-ala yang jual kat Time Square boleh la cari kat sini. Cute giler. Sabar je aku tengok. 

Semua dapat flight malam. Then time balik dari kl ke teganu dapat flight pagi. Heaven boleh amek gambar camni. Huu

Subhanallah :')

Oke uolls, thanks sebab sudi scrol story indon trip aku sampai sini. Mula-mula tadi semangat lagi taip panjang-panjang. Makin lama makin pendek pulak citer dia. hehe. Menaip pun boleh nantok. Alahai. Sekarang dah plan nak pegi korea pulak. Tix pun dah tiga ribu lebih. Takpe, duit boleh dicari, moment yang bakal dicipta tu yang penting sebab akan kekal sampai bila-bila. Daa!

XOXO Publish!

Tuesday, December 3, 2013

Overcome the phobia

HeLo Peeps!

Korang! korang fobia dengan ape? Elehh takkan takde kot. Hihi. Kalau aku, aku fobia giler maen mainan yang melibatkan ketinggian macam kat genting tu. Ahh, memang tak boleh nak terima. Tapi kalau kita tak cuba, sampai bila-bila kita akan takut. So we have to face it. Main sambil tutup mata pon boleh. hewhew. Kalau binatang, aku fobia dengan dua binatang ni. Satu anjing, dua ular. Penakut and penggeli yang amat. Bayangkan badan dia pun rasa cam nak guling-guling sebab geliii uolls. eewwwwww -.-

Ingat lagi time masuk upsi dulu-dulu. Hidup rasa cam tak aman sebab kiri kanan ada anjing. Berkeliaran cam kucing kat tepi-tepi jalan. Jumpa je anjing konfem lari pecut tak ingat dunia. Kalau lari takde sound effect boleh terima lagi kan, ni tak. Lari tu siap dengan pakej jerit macam guna mic. Huhu. Aihh. Bukan iols ni gedik oke. Bukan. :p Haa, memori tak leh nak lupa time dekat umah sewa masa praktikal dulu. Ada anjing kejar sampai aku panjat pagar umah. Padahal tengah pakai skirt time tu. Hahaha. Memang lawak giler. Dan haruslah ada pakej jeritan mintak tolong. Tu orang cakap, kita jangan bagi nampak sangat yang kita takut dengan anjing sebab dia boleh detect yang kita taku kat dia. Tak tahu la betol ke tak. Thats why kot anjing tu kacau aku. Lahabau punya anjing. grrr

Tu baru citer bab fobia dengan anjing. Ular pun sama jugak. Si rul suka betol kacau aku guna modal ular ni. Mentang-mentang dah tahu kelemahan kita. Macam la kita tak tahu dia takut pe kan. hehehe. Aku tabik spring lah sapa-sapa yang boleh pegang ular dekat bahu dia tu. Betol. Aritu time pegi zoo kat johor, lalu kat bahagian ular, kiri kanan ada ular sampai aku tak sedar air mata aku kuar. Fobia betol. 


So semalam enie ajak pegi tengok pameran ular. Aku pun ikut jelah. Tapi tak over sangat takut dia sebab musim sejuk-sejuk ni musim ular mengawan. So dia tak aktif. Tido je semua aku tengok. boleh la tunjuk action sikit semalam. hewhew

Macam aku cakap tadi, kalau kita nak overcome our phobia, we have to face it. Jom tengok aku buat pe. Hihi. Clap hands for me ramai-ramai. Weeee

Iols dah boleh letak ular kat bahu. Yeayy. Tapi senyum aku tu laen macam sangat rupanya. Tangan sampai senget camtu sebab geli bila ular kuning tu gerak-gerak. Eeeee. Saje je nak test kita. Tapi actually ada kisah sebab ape aku berani sangat amek gambar camni. hehe. Tu pun suruh abang tu tolong pegangkan kepala dia. Tak sanggup den. Dah nampak cam family kita pulak abang ni kan. Abang dan si adik bersiar-siar sambil tengok pameran ular. huu :p

So if korang ada fobia jugak, so korang kena try to overcome fobia korang tu ok. Believe me. Memang berkesan. hihi

Malam ni nak slow-slow packing baju. Nak pegi mana? 5days indon trip with my fams to be Cant wait. Doakan aku selamat pegi and balik ok. Bye!

XOXO. Publish!

Monday, November 25, 2013

Honesty90 : New batch is coming! :D

HeLo Peeps!

Our mini bizz, Honesty90 dah update batch baru uols. But malangnya, we cant afford model yang cantek manis untuk posing dengan shawl baru Honesty90. Im soo sorry sebab korang kena hadap muka passport aku. Sory tau. Hiks. Our speciality is shawl kiteorang semua ni custom made. So please have take a look to our shawl.

LISTEN LISTEN LISTEN! Sempena new batch ni, setiap pembelian akan dapat freegift. Aku ulang sekali lagi, freegift! So kalau korang grab banyak shawl, makin banyak dapat freegift. Cool tak? aumm aumm.

If korang berminat, just pm my fb DyaNa MOhd or directly email to dyianamohd@yahoo.com. List kod shawl and berapa helai yang korang nak. Instagram @Honesty90 will coming soon. Hoho. 

Code: 001
Material: Japanese Royal chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 002
Material: Chiffon
Price: RM17
AVAILABLE

Code: 003
Material: Chiffon
Price: RM17
AVAILABLE

Code: 004
Material: Chiffon stock
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 005
Material: Super chiffon
Price: RM17
AVAILABLE

Code: 006
Material: Monalisa Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 007
Material: Monalisa Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 008
Material: Super chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 009
Material: Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 010
Material: Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 011
Material: Super chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Code: 012
Material: Japanese chiffon
Price: RM15
SOLD OUT

Code: 013
Material: Chiffon
Price: RM12
AVAILABLE

Code: 014
Material: Chiffon
Price: RM20
AVAILABLE

Jum beli cepat-cepat ok! Do pm me DyaNa MOhd or email to dyianamohd@yahoo.com. Shawl and freegift are waiting for youu.! :)

XOXO. Publish!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!