Saturday, May 26, 2012

; Weekend with ♥



ALoHa!

At Last, rul bawak jugak aku pegi zoo. ekceli da lame giler kot ak gitau die yang aku nak sangat pegi sane. saje nak tengok rimau. hoho. thanx cyg. :) Saje nak hilangkan segala tension-mension wat esaimen lately ni. and for sure, imma really hepy today. sedar tak sedar, almost 4jam jugak aku kat sane. lame giler. penat jalan toksah cakap la. naek cramp kaki aku. hoho. 



we are in blackie. si rul tengah drive pun sempat lagi nak posing. hewhew




yeayy! da sampai zoo. nak pegi mane dulu eyh? 



unik kan? sarang lebah bentuk love. so suwitt~




yang ni bukan bangau oke. flamingo. color oren tu cantik kan? 




weeewwwittt!! *tiup wisel*




duduk renggang-renggang, bertambah sayang~ ^.^




aku snap pic ni sebab geram tengok badak tu. cam malas giler jep. hoho




si rul koro makan eskrim sesorang. grr




stylo giler la orang utan ni. haha




berjemur bawah kipas. panas teruk!




rimau la binatang paling last aku jumpa. sumer tak besar sangat. tapi muka die, perhhh, cam nak makan orang. 




yang ni memang layak la panggil king of jungle. cam raja betol je. *rase nak pegi duk tepi die sambil wat peace ^^*




lee kwang sooo!!*king of betrayel* hoho. tak sabar nak tunggu runningman eps 96. 




eksaited si rul bagi siti makan tebu. FYI,gajah ni name die siti. cumel tak? :))




penat jejalan, naek benda alah ni pulak. hewhew.


adiOs amigOs~


notakukukakiku: thnx syg for today. lebiusomac! next entri, video of us at zoo. kalu la aku rajin nak edit video tu.kohkoh :)

Thursday, May 24, 2012

; Happy sweet 22 birthday rumate! :)



ALoHa!

kul 3 pagi. baru nak pegi mandi sebab badan dah bermandikan tepung tadi. cam aku pulak yang birthday gurl. hoho. 25 mei 2012. hepy birthday to my rumate. sanggup tak amik kisah esaimen yang nak anta esop semata-mata nak wat besday suprise ni. awalnya, aku ngan housemate aku da plan yang tak nak celebrate kat uma sebab nak baling-baling tepung kan. nanti malas nak bersih umah pulak. huhu. so, kiteorang da tunggu kat sungai belakang kolej. tapi rumet aku cam da tahu pasal ni so die taknak turun. omai! cane ni? da tak suprise sangat la. hoho. so kiteorang naik balik kat uma. 

kiteorang duk menyorok kat luar koridor. die masuk bilik, kiteorang nyanyi lagu besday ramai-ramai. die pun suprise jugak la. hehe. aku pulak yang tacim tyme tu. hewhew. 



kek yang simple tapi sedap oke! huu. 




birthday gurl yang pakai baju merah tu. tu la rumet aku. hehe. kreatif tak besday topi kiteorang? hehe.  maklum laa da hujung sem. bajet da ciput. so semua benda handmake jep. hehe




kad pun wat sendiri. balik clas petang cepat-cepat siapkan kad besday. sebab tu nampak simple. hoho




mamam dulu. acara baling-baling tepung akan bermula sekejap lagi. huhu. *sila abaikan view umah yang bersepah.--.--



diha and wawa ~



sory besday gurl. acara membuli besday gurl will stat now! kohkohkoh :)



jeng3. tengok besday gurl. satu badan putih kena baling ngan tepung and telur. maen kejar-kejar kat bawah sampai kul 2 pagi. happening giler !



aku pulak da ready tukar seluar sebab tak nak kotorkan seluar yang pakai tadi. so pakai seluar tidow terus. hehe. aku pun teruk jugak kena baling ngan tepung tadi. urhh!

to diha: happy birthday rumate! may Allah bless u always. semoga panjang umo, murah rezki. and kawin cepat-cepat oke. hehe. love, dyana. :')

adiOs amigOs~


Wednesday, May 23, 2012

; Rooftop Prince


ALoHa!

Currently watching this korean drama. first tengok tu, siyes boring giler. kawan aku gitau citer ni best giler la, kelakar la. aku pun sedut la citer ni lam lappy kawan aku. tengok 1st eps tu sumpah boring, tak paham. tapi, tapi, tapi, msuk eps 2, perhh! best giler. citer ni awal-awal tu cam susah sikit nak paham. sebab ada zaman dulu and sekarang. kisah pasal reincarnation. 

tyme lawak tu bila hero zaman dulu masuk zaman moden. haha! golek-golek gelak atas katil tengok dorang. tak penah tengok tivi, kete, ngan rambut panjang. haha.




ni la hero ngan heroin. hero yang group DBSK tu tapi heroin aku tak penah pulak tengok die sebelum ni. sekali tengok, heroin die cam ji hyo kan? hehe. swit giler dorang. 



sekarang aku tengok sampai eps 18. ada 20 eps tak silap. eps 19 belom kuar lagi. sabar je la tunggu. citer ni 5 bintang aku bagi. memang best giler. sampai tak tido malam tengok citer ni. sedar-sedar da pukul 8 pagi. da lupe semua esaimen nak kena submit. hoho. 


so, ni drama wajib tonton yep. sape nak, mintak ngan aku. tak pun, download jep. huu.

adiOs amigOs~

Friday, May 18, 2012

#Quote





you need to let go of the things that hurt you, even they mean a lot. -moshie-

Thursday, May 17, 2012

; Blogger cantik Plus gojes di mata aku. PART 2


ALoHa!

arini aku update lagi pasal blogger cantik plus gojes di mata aku. since aku tengok ramai yang review entri aku pasal blogger cantik plus gojes di mata aku PART 1. jum cekidauttt!

yang ni aku taruk random order je oke. :)




and this is Lillianna Mardiana. gojes ryte? ni gambar die sebelum bertudung. sumpah, aku memang admire die ni. lagi cun dari hanis zalikha. :)




ni pulak selepas bertudung. homai! duaratuslimaplohlapan kali ganda gojes kan? manis. boleh jadi heroin novel giteeww. FYI, name kiteorang sama tau. Mardiana. maybe orang yang name Mardiana ni memang cumil, cute, gojes kot. erk! *terlekat air batu* muahahaha! nak terjah die, pegi kat sini, SKEMA ITU HOT






yang ni lagi sorang. cute giler. i like the way she dressing. die banyak wat tutorial shawl. and die ni jugak besfren Ima Sahaja. :). tak leh nak taruk gambar die banyak-banyak. nanti tuan die marah pulak. hoho. jum cekidaut SARA JOE






indahnya ciptaan Tuhan kan. die ni memang sangat cantik. the way she smile, her eyes. boleh fall in love giteww. muka dia aku tengok ala-ala fatin suhana. :) ni blog die. MIRAFILZAH




yang ni pulak arxar nadhirah. cutee. ni blog die ARXAR NADHIRAH



LAST BUT NOT LEAST




mOshie. :)


adiOs amigOs~

#School Memories


aLoHa!



tetibe dapat idea nak update entri baru. wee! ^.~ yup! twitter trend sekarang. ramai yang twit pasal #schoolmemories. kalau citer pasal school memories, sampai minggu depan pown tak abis kan. hoho. aku pun cam excited nak citer, kalau duk twit pasal school memories jep memanjang, orang tengok nanti cam menyampah pulak. baek aku update entri. hoho

i do love my school memories. and i wish i can back to that tyme again.^^. 


sekolah rendah
  1. aku memang terkenal ngan nama gelaran. (bulat, and name laki yang penah kena gosip)
  2. naek bas kuning pendek. sampai uma, turun bas, ada budak laki baling-baling ngan aiskrim. lahabau punya budak!
  3. suka kumpul pemadam banyak-banyak and tak penah guna. 
  4. cikgu tade lam kelas, duk maen titik2 and SOS ngn kgkawan.
  5. asal gaduh ngan bespren, mesti balas-balas surat.
  6. suka tempah namecard harga 15ringgit tak silap. gambar sailormoon, garfield and minniey mouse. pastu tukar-tukar ngan kawan.
  7. menangis tyme kena cucuk bcg. 
  8. jeles tengok kawan yang ada persel warna besar.
  9. tak penah miss join nasyid skolah. 
  10. balik uma, tudung skolah tak penah bersih. mesti ada kuah cili keropok lekor.
  11. excited naekkan bendera tyme perhimpunan skolah.
  12. balik jalan kaki separuh jalan sebab ayah lambat datang amik tyme kelas malam. 

sekolah menengah

  1. nangis kena tinggal kat hostel. makanan tak sedap.
  2. minggu first balik umah, angkut balik sumer barang cam da tak nak duk hostel. naek bas pulak tu. hee
  3. setiap kali pegi kelas mesti ada surat bawah meja.
  4. balut meja pastu hias. kena tegur ngan ustazah sebab lekat gambar artis. lol
  5. selalu kena cubit perut ngan warden,. grr
  6. jahit lencana kat tudung skolah. tak nak bagi tercabut.
  7. taruk nila banyak-banyak kat baju sampai kena tegur, "eh, pengawas skolah ke?" :))
  8. tipu-tipu cakap nak pegi toliet padahal nak intai skandal kat kelas sebelah.
  9. control tyme duduk kat kerusi sebab tak nak baju and tudung kedut-kedut. penat iron

ok la. tak nak citer banyak-banyak. kantoii, huu. :)


adiOs amigOs~

Tuesday, May 15, 2012

; Selamat hari guru, cikgu!


ALoHa!




Kalau hari tu update pasal hari ibu, kali ni pasal hari guru pulak. even bizi yang teramat bizi sekarang, tapi aku tetap nak update pasal ni since they are important in my life. CIKGU! aku pun bakal cikgu satu hari nanti. insyaallah. tak sangka kan, rasa cam baru pegi skolah rendah, tup2 aku punda 22 tahun. how time flies.

kat sini aku nak wish happy teacher's day to all my lovely teachers. 

Tadika Kemas Landas
Sek.Keb.LKTP Jerangau
Sek. Keb Peroh
Sek. Men. Keb (A) Durian Guling
Matrikulasi Pahang
UPSI

Aku still ingat name cikgu-cikgu aku dari tadika sampai sekarang. kalu dulu zaman skolah rendah, tak penah miss bagi hadiah tyme hari guru. kalu spuloh orang cikgu yang mengajar aku tyme tu, spuloh hadiah jugak aku bungkus. zaman tu, tade la hadiah mahal-mahal ni sume. just bagi pen merah, tisu, pembaris, pemadam. tu pun beli kat koperasi pas mintak dua hinggit ngan mak. penah sekali tu aku siap bagi sabun cap burung lagi kat cikgu aku. hewhew. tapi aku stil ingat, cikgu hapi giler cam dapat ferrari enzo giteww. dorang tak kisah dapat hadiah pape even sekadar ucapan Selamat Hari Guru daripada student die sebab dengan ucapan yang tak sampai lima saat tu pun dorang da hargai sangat-sangat. 

Terima Kasih cikgu sebab didikan cikgu semua la aku berada kat sini. mengejar impian aku. ehm, aku nak citer kisah cikgu dulu-dulu la. hehe. tyme aku darjah 3, aku paling anti ngan ketua and penolong kelas aku sebab suka sangat tulis nama orang bising pastu bagi kat cikgu. al kisah, penah la nama aku terpampang la dalam list nama budak bising tu. ekceli aku bukan bising sangat, aku main teropong-teropong ngan kawan aku jep. pastu CIKGU SYARIFUDDIN masuk la kelas. list nama da ada kat tangan die. ape lagi, nama aku kena panggil. pegi depan kelas, tangan pegang meja, bontot tertonggek sikit ke belakang. PANGG! kena rotan ngan pembaris kuning panjang tu.pehh! da la sakit, malu pulak tu. tyme tu jugak aku nangis. hoho. tapi terima kasih cikgu sebab merotan aku. kalu tak, mesti aku jadi budak nakal lagi lam kelas. ;')

yang ni pulak kisah skul menengah. kelas add math. aku paling takut ngan cikgu aku ni. CIKGU KAMARIAH. da la aku tak pandai addmath. die pulak grang semacam je akju tengok. tyme kelas die, jantung aku dupdap2 laju giler. alkisah sekali lagi, die suh buat latihan cam biasa. tapi yang luar biasa nya, die round2 kelas tengok kiteorang wat latihan tu. sebelum ni, just bagi latihan wat kat hostel. kali ni tak. sampai kat turn aku, die tengok cam biasa aku wat keje. tanpa senyuman. tyme tu jugak aku tak boleh nak wat soklan latihan die bagi. die tanya aku tak boleh jawab. ape lagi, PANGG! belakang aku kena pukul. sakit. cam nak terkuar sumer jantung, hati, limpa, pundi kencing bagai. pas peristiwa tu, aku makin takut kat die, aku belajar betoi-betoi. addmath SPM aku pun sangat oke. and nanti pun aku bakal jadi cikgu math. terima kasih cikgu!


adiOs amigOs~

Saturday, May 12, 2012

; Everyday is Mother's Day :)



Pukul 8 pagi (bukan angka sebenar. ^^). Bangun tidow, raba-raba handphone bawah bantal. tekan new massage,

No cake for you,
No card for you,
BUT
My love towards you remain forever.

Happy Mother's Day.
I love you.


search recently used contact, press Mother.

SEND!

Massage delivered.

yup! aku takkan lupa hari ibu. tapi sekarang da banyak aku bace kat FB yang hari ibu haram sambut since hari ibu ekceli hari ibu gereja kristian. i dunno. im just read them. tapi my fren ada terbaca yang 13 Mei tu yang hari ibu gereja tu. big maybe la sebab tahun-tahun sebelum ni ok je sambut. tade pulak yang keluarkan fatwa yang hari ibu takleh sambut. hurmmm. 

but, to me everyday is mother's day. i heart u mom. it doesn't matter how hard a day is, how many bad things happen, whenever im losing around, i know, there someone that i can share with. :)

one new massage received. open inbox. from Mother.

TQ.
Mum love u forever and ever.
MmmUuaH 
XP.

FYI mak aku memang suka text ngan aku lam bi. hebat tak my mom? hoho.  ^.~


and this is my gojes mom. no one can replace u. :')


adiOs amigOs~

Wednesday, May 9, 2012

; i city with love :)





selasa lepas, aku turun KL jap. jumpa dua buah hati tersayang. my abah and si rul. even banyak keje, malam tu ada discussion, aku malas nak amik tahu, tetap pegi jugak. tapii, bukan aku tak bagi komitmen yang keje grup tu ok. lam clas UBS, aku tak buat pun esaimen die sebab lecturer nak esaimen tu submit by friday. so dalam clas die aku siapkan part aku for discussion tu. hoho.

malam tu kiteorang dinner kat Jemari. makanan die memang superb. sedap sampai menjilat jari. aritu aku just makan snadwich ngn donut jep. so malam tu aku memang melantak sepuas hati la. lagi best bila ada yang belanja. owhhh, heaven! aku da cakap kat si rul yang aku nak makan banyak lauk. so die pn order banyak giler lauk. tomyam campur, daging masak merah, hailam, banyak lagi ar. tq cyggg ^.~

da siap makan, malam tu si rul bawak pegi i city. alang-alang da bayar parking 10hinggit, so kitreorang pn duk lame-lame sikit. naek pirate ship jep. giant wheel tu slow sangat geraknya. cam x best. memang boelh tengok view cantik tapi malas la. hoho. tapi pirate ship kat i city tak la sehebat yang aku naik kat genting dulu. tapi jerit tetap jerit. hoho. si rul pun takut. die memang jenis yang gayat kot. hehe. cumel jep ^^

sambil naik benda alah tu, aku teringat yang runningman eps 90 kowt. alar, yang ni ha!


kwang soo ngan jae suk partner dalam eps ni. die kne viking sambil jawab soklan. tergolek-golek aku gelak kat si kwang soo ni. langsung tak bukak mata. jae suk yang memang gayat tu pun tutup mata jugak. siyes lawak. semangat aku citer pasal dueorang ni kat si rul. sambil naek benda alah tu sambil potpetpotpet citer kat die. saje tak nak bagi dia nampak aku takut jugak tyme tu. hewhew!


really have a good time with u. :)

nanti nak pegi zoo pulak. wee~ 

Thursday, May 3, 2012

; Kumbang dan Bunga


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.
Wahai Sang Kumbang...
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga Kau bisa menjadi Kumbang yang sentiasa dirahmati.

Tuesday, May 1, 2012

#Quote




Teaching is the profession that teaches all the other professions



The best teachers teach from the heart, not from the book

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!