Wednesday, October 17, 2012

; Terima Kasih SESTA :')

#entri coretan hati
ALoha!

And the time is coming. sedar tak sedar esok adalah hari last aku kat skolah ni. pahit manis semua aku tempuh. dugaan demi dugaan yang datang banyak mengajar aku erti kesabaran. selama empat bulan kat sini, banyak sangat pengalaman yang aku dapat. aku yang tak penah langsung berangan nak jadi cikgu berjaya menyempurnakan pengajaran sepanjang empat bulan kat sini. a big hand for me ^_^ . aku still ingat first day aku menjejak kaki kat skol ni, masuk office jumpa PK1, terus dia bagi timetable kat semua cikgu praktikal. sambil tangan terketar-ketar, aku sambut dan dengan sebelah mata aku tengok jadual tu. oh, kena mengajar tiga kelas. ok lagi. semua form 4. still ok. 15 waktu pengajaran. kena terima dengan hati yang redha even kawan-kawan lain hanya dapat 8-12 waktu pengajaran. dua kelas mathmod, satu kelas addmath. mata semakin terbeliak and hampir terkeluar. *hiperbola yang berbola-bola di situ*. addmath? biar betik! addmath aku dulu-dulu pun terumbang-ambing, ni kan pulak nak ajar anak orang. budak pandai pulak tu. omo! terus rasa nak pengsan tyme tu jugak. macam-macam aku rasa nak buat pas tengok jadual tu. rasa nak putar jam cepat-cepat, rasa nak balik umah, rasa nak panggil adi putra pun ada replace tempat aku. kohkoh *batuk kucing* timbul rasa kesian kat student yang terpaksa menerima kehadiran aku selama empat bulan. maybe da berbakul-bakul umpatan dorang terhadap pengajaran aku selama ni. cikgu mintak maaf tau korang. cikgu da cuba sehabis mungkin tuk ajar korang :'(

sepanjang praktikal ni, aku rasa hidup aku kembali seperti budak skolah. bangun pukul 6 pagi, dengar loceng, pegi skolah, makan kat kantin, balik umah, waktu malam, kena study. yup, study. study sebab nak recall balik topik tuk ajar dorang. siap dapat buku teks, buku rujukan. see, cam budak skolah kan. sebijik cam student tua yang nak amik spm lagi sekali. hohoho. cuma yang lain, aku dah tak payah pakai baju skolah, kasut skolah, tade beg galas berpoket tepi letak botol air. rutin seharian kat skolah ni sama jep. becoz of that, aku sentiasa menantikan weekend tuk aku release tension, tak payah pikir pasal rph, abm and segala bagai ni. huu

4 BOUGAINVILLEA - kelas yang pertama aku masuk. 28 orang sahaja. kelas yang selalu spoilkan mood aku. tak siap keje skolah, tak faham pe yang aku ajar. tak respect sangat bila aku memberi arahan sesuatu. tapi aku tak boleh salahkan dorang. ni semua betitik-tolak dari diri aku sendiri. maybe dorang tak suka aku menggantikan cikgu asal dorang sebelum ni. maybe dorang tak boleh menerima cara pengajaran aku yang tak seberapa ni. tapi dalam buruk ada baiknya. bukan semua yang camtu. aku tak boleh apply perumpamaan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. dorang boleh menerima nasihat dan teguran aku. dorang berlakon sehabis baik tyme lecturer datang observe. kalu dorang ada membuat aku kecil hati, terguris rasa, sepatutnya aku yang kena mintak maaf ngan dorang. aku akan ingat setiap putera and puteri lam kelas tu. haziq and naim budak paling nakal, aswad yang selalu dibuli, nazirul, izat, azrul, mirza yang pendiam. syafeq berambut perang. amirul, amoi, irfan yang pandai. fasihah yang mengantuk. ros dan umi yang cumel. and ramai lagi aku tak mention but still i will remembered them 4ever.

4 CASSIA - kelas yang mempunyai bodyguard yang paling ramai. huu. zack, safwan, fitri, haziq. empat bodyguard berbadan sasa dalam kelas tu. hee. minyot, abadi, ikhmal budak yang paling kuat tido dalam kelas. nasib baek keje yang aku bagi dorang siapkan. muhammad abadi untong bin untong. nama unik yang takkan aku lupakan. amirah yang sentiasa angkat tangan bertanya soklan kat aku. izuddin yang setiap saat menoleh kat belakang semata-mata ingin melepaskan rindu kat puteri. hee. azril, nama yang selalu aku panggil dalam kelas. najwa yang bergaya gangster. khalida yang tak boleh berenggang dengan tisu di hidung. dyana yang bayak masalah negara. ain yang kehilangan effa. fatehah dan alia, perempuan melayu terakhir. miss uolls olredi. :'( *cikgu baru nak marking paper exam korang jap lagi. update blog dulu. heheh*

4 LILIUM - satu-satunya kelas addmath yang aku ajar. nasib baek dapat satu jep, kalu dua tiga, boleh sawan kot nak ajar. huu. cikgu nak mintak maaf tau kalau cikgu ada tersilap ajar ke ape. tapi semakin hari aku semakin enjoy ajar addmtah. bila study balik, baru aku tahu addmath tu sangat senang rupanya. kenapa la perasaan ni tak wujud tyme aku nak amik spm dulu. hoho. aku kena berterima kasih kat dorang sebab kelas dorang la penyumbang markah observe aku paling tinggi dari guru pembimbing. dapat 93markah. rasa nak terbang rama-rama bila tahu dapat markah camtu. hoho. bukan kelas 4C je ada nama yang unik. kelas 4L pun ada tau. azwan ali. nah! bapak glemer giler nama si azwan tu. hee. nasib baek perangai tak cam azwan ali yang kepochi tu. heheh. budak laki kelas ni semua gentleman. syeikh, firdaus, ikhwan, faiz iman, tuan faiz, danial, adib. si najmuddin yang dipanggil jemu, kuat tido tapi pandai. pernah kena tangkap menyorok bawah katil ponteng solat. hehe. rindu ngan suara si kamil yang cakap 'terima kasih cikgu' versi upin ipin. pompuan pulak yang tak boleh berenggang ngan pasangan masing-masing. huda dan balqis, ain dan wan nur huda, farah dan fatin, kamilah dan hanis, afiqah dan fatehah. si arif yang arif betol bertanya lam kelas. oh, rindu!

kepada cikgu rufiza pulak, tq akak sebab banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menjadi guru pembimbing aku kat sini. kak nad, kak jie, kak ani dan kak siti yang banyak menghulurkan bantuan semasa kiteorang menghadapi dugaan kat sini. tq jugak kat cikgu-cikgu lain. kepada semua kawan-kawan seperjuangan aku, shidah, mel, eza, kasmah, tq sebab sentiasa ada ketika susah dan senang. setiap peristiwa yang berlaku makin merapatkan hubungan kita. kepada pengetua dan pihak pentadbiran, terima kasih kerana sudi menerima kehadiran aku kat sini. seribu kemaafan dihulurkan kepada pihak sekolah kalau aku ada membuat salah sepanjang empat bulan di sini. suara tengkingan yang berpunca daripada masalah tersebut even bukan salah aku akan aku ingat sampai bila-bila. jika orang muda terasa  hati ngan orang tua, siapa yang kena mintak maaf eh? ehmm. aku tak ingin menjadi pendendam tetapi hati aku susah nak memaafkan. satu hari nanti maybe. insyaallah. 

dan esok, aku akan meninggalkan sekolah ni. sekolah yang mencatat sejuta memori dalam sejarah hidup aku. dan sekolah ini jugak merupakan titik permulaan untuk episod hidup aku yang akan datang. Terima Kasih SESTA :)

adiOs amigOs~

4 comments:

Anonymous said...

nama saya jugak yg xde.. :'( bdaks xglamour...

m0sHiE~ said...

ololo~ sorry ok. ckgu tak sempat nak mention sumer. btw, sape ni? :)

Srikandi Islam said...

rindu sesta juga...=;(

m0sHiE~ said...

seribu memori yg takkan dilupakan :)

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!