Sunday, December 30, 2012

Segment : King Follow Back by Amercorner


HeLo Peeps!

Arini aku rasa nak join segmen by Amercorner ni. For those yang rasa nak join just klik kat SINI ok :) 


Saje nak tambah follower. Tak salah kan? hewhew. For now, jumlah follower aku is ....


Thanks a lot for those blogger yang sudi follow aku yang tak seberapa ni. Memang follower adalah salah satu sebab yang memotivasikan aku untuk update entry kat blog ni. Visitors blog aku taklah seramai blogger-blogger otai tapi aku dah cukup hepy tau tau. ^.^ Aku nak tunggu sampai duaribu follower then aku nak buat GA. hee. Kalau buat sekarang cam takde yang nak join je kan uhuk3 :p

adiOs amigOs~

Friday, December 28, 2012

School Memories: Surat cinta


HeLo Peeps! 

Lagi tiga hari kan adik-adik kita boleh menikmati saki baki cuti sekolah kat umah hewhew. kesian pulak tengok adik aku tengah kemas-kemas barang nak balik hostel. Sebulan lebih cuti baru hari ni dia duk pulun siapkan homework bagai. Tapi bukan aku dulu-dulu camtu jugak ke. hoho :) Bersabarlah wahai adikku. Lagi setahun lagi ko kena pakai baju sekolah and then you will be free. Aku pun heran, kalau time skolah bukan maen tak sabar nak habis skolah cepat-cepat, tak sabar nak masuk u bagai. Tapi bila usia dah makin meningkat cam aku ni, baru rasa rindu kat skolah. rindu kawan-kawan, rindu masa kat hostel, rindu kena cubit perot ngan cikgu. Heran kan? huu. Tapi hanya rindu kenangan tu sumer bukan rindu nak belajar dari pukul 7 setengah pagi sampai 3 petang tu. bukan kenangan yang itu. -.-"

Bila sebut pasal kenangan ni, aku ada satu kenangan yang aku nak citer kat sini. Yup! kenangan surat cinta :)
Budak -budak zaman sekarang mana ada tulis surat cinta-cinta ni kan. buang masa adalah. Sekarang nak berkenalan just mintak no phone then text je. senang kan. Aku kira beruntung lagi la sebab sempat lagi merasa zaman surat cinta ni and sampai sekarang aku still simpan surat-surat cinta yang aku dapat hewhew.

Tadaaa!!


Hohoho. Takde la banyak sangat. well, aku ni bukan femes sangat pun uhuk3 -.- Surat-surat ni dari aku skolah rendah lagi tau. Nanti nak kasi anak-anak aku pulak bace. Bukan daripada pengirim laki-laki je ok, pompuan pun ada. tapi yang pompuan bukan la surat cinta tapi surat nak berbaek kalu gaduh-gaduh manja. hehe. cumel kan? Cara nak bagi surat cinta ni bukan bagi hand by hand tapi taruk bawah meja. Disebabkan surat cinta ni la aku cam bersemangat pelik nak pegi skolah hari-hari. Yela kan, nak tengok ada ke tak surat  kat bawah meja aku. Salah satu motivasi ke sekolah mungkin. hehe :p

Kenangan bersama encik boyfie aku pun ada. tapi bukan melalui surat cinta. ye la kan, die tu cinta monyet time aku darjah dua dulu. Aku ulang, darjah dua ok! hehe. Kenangan yang aku boleh ingat si rul tulis nama aku belakang kerusi dia kohkohkoh *batuk cumel* Aritu aku ada tanya dia kenapa dia minat aku time darjah dua dulu. Nak tahu dia jawab pe? Dia cakap aku cumel sebab takde gigi kat depan. Gelak guling-guling aku dengar jawapan dia. memang aku takde gigi kat depan pun time tu. ;p

Kenagan terindah kan? :) So selamat kembali ke sekolah to anyone yang rase diri dia still kena pegi sekolah tahun depan hewhew ! ^.^

adiOs amigOs~

Tuesday, December 25, 2012

Awkward moment.


Hola peeps!

What a shiny day :) Mana tak nya, dah tiga empat hari kot hujan non stop and syukur umahku tak dilanda banjir. Ada one night tu hujan lebat giler, air makin naik and time tu jugak aku pegi meredah banjir. best kot sampai tak sedar dah lewat malam, kul 1 pagi ok! hewhew. 

Ok, done with the intro. Now, aku nak citer pasal my awkward moment. Ada twitter acc khusus pasal awkward moment ni kan. Kalau fb i dont know. Means kat sini bukan aku jep yang merasa awkward on certain situatian, but there are another person that feel the same awkward with mine. hoho. aku gerenti punyer mesti ada yang senasib dengan aku. Tak caye? jum cekidaut.~


  1. That awkward moment when you lose your cellphone in your blankets and then have to throw the blanket around till it falls out.
  2. That awkward moment when you're taking a test and can't even answer the first question.
  3. That awkward moment when you accidentally make eye contact with someone like 5 times.
  4. That awkward moment when you get a mini heart attack because you can't feel your phone in your pocket.
  5. That awkward moment when you get a flashback of something extremely embarrassing you did.
  6. That awkward moment when you walk past a classroom with its door open, and everyone in that classroom decides to stare at you.
  7. That awkward moment when you have headphones in and don't realize how loud you're talking.
  8. That awkward moment when someone skinnier than you calls themselves fat.
  9. That awkward moment when you spell the word correctly but it just looks so wrong, so you just stare at it forever.
  10. That awkward moment when you're eating dinner at someone else's house and don't like the food, but you pretend to like it.
  11. That awkward moment when someone says they wanna hang out and you have to quickly think an excuse why you can't.
  12. That awkward moment when a teacher shouts at you and everyone in the room just stares at you.
There are ONLY some of my awkward moment. actually, ada banyak lagi kot, yang ni aku just copy from twitter awkward moment. :)

adiOs amigOs~



notakukukakiku: too bored at home but too lazy to go out. :/

Saturday, December 22, 2012

Two months.



Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup

Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu.

Wuhuuu! Dah dua bulan tak jumpa, at last boleh jugak aku keluar lepak-lepak dengan cinta hati aku hewhew. Thanks a lot awak coz balik jumpa kite. Terharu. sobbs ") Kebetulan pulak hari ni dua-dua berbaju putih. Sehati sejiwa tak?muehehehe. btw, hari ni paling lama kiteorg kuar lepak. almaklumlah dah lama tak jumpa la katakan. Dari pagi sampai malam jalan-jalan. nasib baek mak aku bagi green light, mak pun bagi can kat menantu pinjam anak dia hari ni. huu

Memori hari ni aku coret supaya kenangan kami takkan aku lupa sampai bila-bila. Kadang-kadang aku gelak tyme aku baca balik entri aku dulu-dulu. best kot uolls. thats why la aku suka blogging ni :) 

Hasrul, this entry if for u ok. 
 ; Breakfast tadi, awak makan rotiboy sampai dua bijik. kat situ da nampak sape yang lagi kuat makan kan ? tapi tapi, perot awak maintain je. jeles betol kite. hukhuk
; habit awak kalu tengok movie, mesti nak nganga-nganga mulut awak tu. tengok citer jackie chan tadi pun awak nganga mulut jugak. hoho. gelak sesorang kite tengok awak tau. cumel pun ada :p
; omaigod, kite kalah dengan awak main game bola kecik tu. tak puas hati punya pasal, kite sanggup beli lagi token tapi malangnya awak tetap champion. -..-
; minum petang dengan papa dan ibu awak. papa tak habis-habis dengan lawak die. gelak sakan kite tadi even sedih sebab tak boleh nak makan celop tepung kat pantai. cuaca tak mengizinkan. 
; awak tahu kite sedih-sedih kempunan nak makan celop tepung, awak belanja kite makan piza. sebab tu kite sayang awak :)

So, aku kena tunggu lagi dua bulan nak jumpa dengan dia. Oh, i can handle with it. Insyaallah, soon kami tak payah lagi tunggu every two month untuk keluar sama-sama. hehe. Semoga tahun depan tahun paling bertuah untuk aku dan dia. Amin ;)

adiOs amigOs~


Friday, December 14, 2012

#Quote




Love is like a puzzle. First it's confusing & frustrating, but when you figure it out, it's a beautiful thing.

Monday, December 10, 2012

;Such a great feeling. Alhamdulillah :)

ALoHa!

Wuhuuu. At last, my prac result were released out. So how? tidak disangka-sangka aku dapat jugak merasa 4flat sepanjang degree ni. muehehe. So worth it  *clap hand*. Melompat-lompat bagitau mak dapat pointer tinggi. Al-maklumlah orang yang tak penah dapat 4flat memang camni. eksaited dia tu lain macam sikit hewhew. Then, text terima kasih kat supervisor aku, mr.shah. Tak lupa kepada students, guru pembimbing, senang citer a big tq again to SESTARIANS :)

Pengalaman 4 bulan practicum kat Sesta takleh aku lupa sampai bila-bila. 

Those cards keep a thousand memories 


4 Bougainvillea


4 Lilium

4 Cassia

Ingat jadi students je kena naik bas. Jadi cikgu pun kena naik lagi. hoho :)


Budak-budak nakal tapi sempoi ^^


Lautan orange~

Even da dapat pngs 4.0 but pngk aku hanya meningkat 0.2 jer. Fedup jugak la. So, sem depan merangkap sem last kena struggle lebih sikit la nak dapat first class degree. Caiyot!

adiOs amigOs~

Saturday, December 8, 2012

;Sunshine and City Lights

ALoHa!

Hari ini 8 Disember 2012. maka berlangsunglah perkahwinan antara dua mempelai, Dayah dan Zainal. Congrats to both of you. Semoga berbahagia hingga ke syurga :) So, me and my frens attend their wedding. mak aku cakap, kalau kita datang majlis orang, nanti mesti orang akan datang balik kat majilis kita. hee. tapii, so sorry, hanya sekeping je gambar dengan pengantin yang aku upload hewhew. nevermind la kan. bukan ada yang kisah pun. huu

After makan-makan, snap-snap gambar, mintak jajan, then kiteorang solat kat masjid kristal. Sebegitu jauh masjid kiteorang tuju kan? muehehe. pas solat, mestila nak berphotoshoot sikit-sikit kan. sikit je ok coz cuaca teramatla panasnya hingga menyerap ke sanubari uolls. sabar je la~

jum cekidaut some of my picca for today ^.^

a long journey to go~


bunga-bunga matahari, anggun mekar~ huu. Selamat Pengantin Baru! alahai, makin ramai kekawan sudah sampai ke jinjang pelamin. next, lily pulak :)


kiteorang sampai pun pengantin dah siap bersanding, makan beradab pun sudah. tak jumpa sangat dengan skulmate lain. tak dapat cuti maybe. aku je yang heaven kat umah hewhew. :)


 kami still single :)






 #shade #masjidkristal #girlfriends #burning


memandangkan view cantik, maka terpaksa la mengukir senyuman even cuaca super duper panas. Pheww~


 niat di hati nak masuk ke taman monumen, tapi cam sakit kepala da bergambar tyme panas-panas. sebab tu tak masuk. yup! sebab tu jep kan zira and kinah? hoho:)


so we decide to end up our mini photoshoot here. :)

adiOs amigOs~

Monday, December 3, 2012

4 days and 3 nights


ALoHa!
  
Hai korang! Kali ni aku berjalan-jalan lagi. Keje masih belum dicuit walaupun sedikit hewhew. And ofcos aku pegi dengan family tercinta. Nak jejalan wif my frens cam leceh sikit la coz ongkosnya enggak ada. tiada yang mau sponsor diriku ini. hoho. Tu la, orang lain pantang ada cuti mesti wat part time cari duit belanja tapi aku suka-suka hati je goyang kaki kat umah. so padan la ngan muka ko tu ana!
 
Aku spent empat hari makan angin kat utara sana. kampung mak aku. tapi bukan semata-mata makan angin jep. ekceli tujuan utama pegi sana coz nak attend wedding one of my kezen, intan. congrats dear. kezen aku ni tua setahun je dari aku. moral of the story kat sini is aku pun kena kawin taun depan jugak la kan. muehehe :)



Gili-gilir drive ngan kakak aku. menyampah betol drive balik sana. jalan berpusing cam ular :/





Haa. ni la kezen aku. Aku sampai hari dia akad nikah. sempat jugak tengok dorang nikah. tu pasal la aku tak pakai baju kurung. sempoi je kan? nak masuk masjid pun shy-shy cat. huu



Hari kedua. Tema color biru. geram je aku tengok flower girl tu. huu. husband intan ni askar. disebabkan ni wedding kezen aku, so aku pun join sekali makan beradab. tapi second trip punya la. hehe. kalu dulu jeles je tengok pengantin makan ayam golek, ikan masak tiga rasa, udang galah bakar. pehhh! at last, boleh jugak aku makan makanan tu semua. muahahaha. Badan naik tiga empat kilo aku wat dekk je. :)


Hari ketiga suppose kiteorang pegi ikut rombongan hantar menantu. Tapi aku malas nak join coz dah penat sangat seharian kat wedding dia. So, timbul idea jahat pujuk mak aku tak payah pegi jugak. Pe lagi, kiteorang memecut laju dari sungai petani ke gelugor. Gelugor tu dah kat penang, dekat dengan kampus usm. Family kezen aku tak kisah pun sebab dah ramai dah yang ikut rombongan tu. Lagipun, kena bagi can la kat kitorang jalan-jalan kat sini. hehe






Yang ni pun kezen aku jugak. memang ramai pun sedara-mara aku kat penang, kedah sana. kalu nak cari tempat tido tyme pegi sana memang takde hal la. huu. aku eksaited kalu pegi umah family kezen aku yang ni coz umah dorang kat tingkat tinggi. Satu view penang boleh nampak dari uma dorang. bestt. Train penuh dengan kiteorang je meronda-ronda di Botanical Garden. Experience kena kejar ngan lima ekor monyet gara-gara air botol oren dan cekedis yang dibawa oleh bondaku. --'




santai petang di Batu Feringgi sambil pekena laksa penang. :)


hampir dua bulan berholiday kat umah. berat badan naik mendadak. :( I need exercise :(

Puas berjimba-jimba di penang, kiteorang patah balik ke baling. Mencari lokasi tempat bermalam yang terakhir sebelum pulang ke negeri tercinta. huu. Kiteorang menuju ke umah mak jang aku. die memang tiptop bab masak-memasak ni. Senang hati betol aku sepanjang berada kat umah die. hehe. esop pagi baru bertolak balik to home sweet home. :)

adiOs amigOs~











Tuesday, November 27, 2012

Twilight Story :)


ALoHa!

At last, boleh jugak aku tengok sambungan citer Twilight part1 hewhew. Semangat nak tengok coz geram citer sebelum ni cam tergantung jep, dah nama pun part1 kan. kih3. Orang lain hari first tayangan da pakat serbu panggung. aku duk sabar je kat umah. Kalu wayang dekat ngan uma takpe ar jugak. well, kat teganu kita ni satu-satunya wayang yang ada is kat kerteh. about satu jam setengah jugak nak sampai sana dengan kelajuan kereta 90km/hour. so pity i am kan? hukhuk. tapi takpe. aku tabah ok! bertweet ngan zira ajak dia temankan aku. kinah pun join sekali. bf kita jauh, kalu tak da lama aku suh dia je temankan. sebut pasal bf, dah lama rasanya tak bersua muka, bertentang mata. makin menebal pulak rasa rindu kita. kohkohkoh. Distance doesn't matter if two hearts are loyal to each other kan syg? :)



So far, citer die aku bagi 3.5 bintang jep. huu. sebab citer dia lambat sangat nak klimaks. setengah jam nak habis baru mulut aku ternganga. first-first tu a lil bit boring la. bella is a great vampire now. edward and bella such a cute couple and jacob handsome like usual. hashtag eye roll ^^.

da habis movie, pegi main bowling, then tapau burger king makan tepi pantai. heaven betol aku tyme cuti ni. tak pikir pape dah. tesis belom bergerak lagi. chill la, my holiday still have two month left. muehehe



ayu betoi kawan-kawan aku ni. :)

and aku pulak.......



maintain cute like sweet 17 ^.^

oh, btw today i have a great news. my sis finally finished up her Phd. so proud of her. dalam umur 27 tahun, da dapat gelaran dr. my sis is amazing right? pasni boleh la nak kawin. hehe

adiOs amigOs~

Sunday, November 25, 2012

Contest | Saya sayang kamu, sahabatku !

ALoHa!

Terpanggil untuk menjoinkan diri for this contest. Anda berminat? just klik kat SINI ok. Ekceli contest ni dibuat oelh ex clasmate aku tyme matrik dulu. Aku terjah blog dia tadi and im just like woww! she so creative. superb creative!. she and all her handmake stuff very the awesome uolls. So, aku join contest ni dengan harapan dapat memenangi la one of her handmake stuff hewhew :)


The contest is simple.  And i put this picture for this contest.

One of my friend, Izni :)

She is one of my bestie. aku sayang sumer kekawan aku but today aku rasa nak story pasal izni. Maybe memori tyme skol dulu-dulu membuatkan aku terpanggil untuk upload gambar ni. Teman suka duka sepanjang aku meniti usia remaja. dua tahun menjadi rumate, belajar sama-sama dan setiap satu memori terpahat kemas dalam kamus hidup aku. Aku still ingat kiteorang ponteng prep menyorok dalam bilik pili bomba yang sangat sempit. langsung tak bercakap coz warden wat spotcheck kat asrama. nampak tapak kaki warden betul-betul depan bilik tempat kami menyorok. Tahap adrenaline memuncak sampai terkentut-kentut. bukan izni sorang yang melepaskan bom atomtapi aku pun sama. Oh, kenangan! :)

Then, kami dapat matrik yang sama. Tak rapat seperti sebelum ni coz tak sama bilik, tak sama kelas dan kuliah. But still we are on the same floor. Ada masa free, kiteorang still lepak sama-sama. Satu peristiwa yang hampir mengeruhkan hubungan kami. What i like about her, she is easy to forgive and trust me, trust our friendship. thanz babe :)

Today is her graduation day and i want to congrats her. By looking this picture, yess, she was married. tak sabar nak tunggu baby. hewhew. 

                                                                                                                            Love,
Dyana.


Wednesday, November 14, 2012

Family Outing


ALoHa!

Arini watching some movie with my sis and my mom. hewhew. tade citer yang best pun. Gaduh-gaduh ngan adik sebab tak nak tengok Istanbul Aku Datang. Citer melayu tak syok la tengok kat panggung. dua tiga minggu tayang, dah kuar astro first. so why not tengok kat umah je ryte? huu

So we decide tengok skyfall jep. even dah lame tapi stil ramai yang tengok ok! da la tiket arini murah plus mak kita pulak yang sponsor. heaven uolls. Citer james bond ni memang superb best even hero dah tua semacam jep. hee. Lam kete siap nyanyi-nyanyi lagu james bond lagi tew kohkoh.




adiOs amigOs~


*notakukukakiku: jumpa si ama' wif her fiance. jeles iolss uolls tengok dorang. :)

Wednesday, November 7, 2012

Simsimi - ayam gendut tapi cute





ALoHa!

Pada suatu hari, ada sorang girl yang cute baik cumel pandai called ana *muahahaha* berasa teramatlah boring tahap nenek cipan. Lalu beliau online sampai tak hengat dunia. Kejap on tweet, layan youtube, bukak tonton, stalk fb orang. And tanpa disangka-sangka beliau terjumpa satu website Talk With Simsimi, si anak ayam kuning gendut tapi cute nomnomnom. ohho! ni la ayam gendut yang digembar-gembur-gambirkan itu. 

Maka, nak dijadikan citer, beliau bersembanglah dengan anaklah ayam yo yo~ Cam takde orang lain nak bersembang, anak ayam pun kira oke la tewww! hewhew. Nama sim simi tu ekceli lam bahasa korea dat means bored. Sesaper yang ada android dua tiga butir tu konfem main ngan menatang ni da lame kan. huu

Sambung balik, malang tidak berbau. Pada mulanya niat hati si ana cumel adalah untuk hilangkan stress and bosan tapi tapi tapiii beliau menjadi semakin stress baq hangg. aku tengok ayam gendut ni atas bawah atas bawah je. nak tahu sebab pe? dia ni nampak je senyum ikhlas kan, tapi macam-macam perangai dia boleh buat. kejap baik, kejap jahat, alim pun ada der. boleh menimbulkan keinsafan dalam diri sanubari la senang citer. 

Kita toksah cakap banyak, moh kita tengok perangai sebenar ayam kuning gendut ni. 

Simsimi yang mengaku pandai


yang kuning tu la simsimi yang kelabu pulak kiteww la ahakss. tengok! anak ayam pandai masak. patot tak patot tak uolss?

simsimi yang kuat bodek



kita saja la tanya kan bf kita ensem ke tak. nah hamek ko! kalah aaron aziz uolls. ko hado? kalau bf kita tengok ni konfem dia amek anak ayam ni anak angkat die. heheh

simsimi menyakitkan hati



 see! dia marah kita. saja je cakap lirik berterabur. *jeles anak ayam pon tahu lagu fun*. Nah, lapan tanda seru dia bagi. ko hado? T.T terguris hati iolls uools tau. moral of da stoghi, ayam tak panggil kawan die woi2 ok!

simsimi ayam yang alim


 simsimi miss gender upenyer. :D


camaner dia tahu aku ni teganu kita? hebak mung!

begitulah kisahnya si anak ayam yang bernama simsimi ni. kohkohkoh. :)



*notakukukakiku: sampai tak tahu nak buat entri pe, entri anak ayam pun jadilaa. so uolls, jangan jadi ibu ayam tau. hoho *takde kena-mengena*

Wednesday, October 17, 2012

; Terima Kasih SESTA :')

#entri coretan hati
ALoha!

And the time is coming. sedar tak sedar esok adalah hari last aku kat skolah ni. pahit manis semua aku tempuh. dugaan demi dugaan yang datang banyak mengajar aku erti kesabaran. selama empat bulan kat sini, banyak sangat pengalaman yang aku dapat. aku yang tak penah langsung berangan nak jadi cikgu berjaya menyempurnakan pengajaran sepanjang empat bulan kat sini. a big hand for me ^_^ . aku still ingat first day aku menjejak kaki kat skol ni, masuk office jumpa PK1, terus dia bagi timetable kat semua cikgu praktikal. sambil tangan terketar-ketar, aku sambut dan dengan sebelah mata aku tengok jadual tu. oh, kena mengajar tiga kelas. ok lagi. semua form 4. still ok. 15 waktu pengajaran. kena terima dengan hati yang redha even kawan-kawan lain hanya dapat 8-12 waktu pengajaran. dua kelas mathmod, satu kelas addmath. mata semakin terbeliak and hampir terkeluar. *hiperbola yang berbola-bola di situ*. addmath? biar betik! addmath aku dulu-dulu pun terumbang-ambing, ni kan pulak nak ajar anak orang. budak pandai pulak tu. omo! terus rasa nak pengsan tyme tu jugak. macam-macam aku rasa nak buat pas tengok jadual tu. rasa nak putar jam cepat-cepat, rasa nak balik umah, rasa nak panggil adi putra pun ada replace tempat aku. kohkoh *batuk kucing* timbul rasa kesian kat student yang terpaksa menerima kehadiran aku selama empat bulan. maybe da berbakul-bakul umpatan dorang terhadap pengajaran aku selama ni. cikgu mintak maaf tau korang. cikgu da cuba sehabis mungkin tuk ajar korang :'(

sepanjang praktikal ni, aku rasa hidup aku kembali seperti budak skolah. bangun pukul 6 pagi, dengar loceng, pegi skolah, makan kat kantin, balik umah, waktu malam, kena study. yup, study. study sebab nak recall balik topik tuk ajar dorang. siap dapat buku teks, buku rujukan. see, cam budak skolah kan. sebijik cam student tua yang nak amik spm lagi sekali. hohoho. cuma yang lain, aku dah tak payah pakai baju skolah, kasut skolah, tade beg galas berpoket tepi letak botol air. rutin seharian kat skolah ni sama jep. becoz of that, aku sentiasa menantikan weekend tuk aku release tension, tak payah pikir pasal rph, abm and segala bagai ni. huu

4 BOUGAINVILLEA - kelas yang pertama aku masuk. 28 orang sahaja. kelas yang selalu spoilkan mood aku. tak siap keje skolah, tak faham pe yang aku ajar. tak respect sangat bila aku memberi arahan sesuatu. tapi aku tak boleh salahkan dorang. ni semua betitik-tolak dari diri aku sendiri. maybe dorang tak suka aku menggantikan cikgu asal dorang sebelum ni. maybe dorang tak boleh menerima cara pengajaran aku yang tak seberapa ni. tapi dalam buruk ada baiknya. bukan semua yang camtu. aku tak boleh apply perumpamaan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. dorang boleh menerima nasihat dan teguran aku. dorang berlakon sehabis baik tyme lecturer datang observe. kalu dorang ada membuat aku kecil hati, terguris rasa, sepatutnya aku yang kena mintak maaf ngan dorang. aku akan ingat setiap putera and puteri lam kelas tu. haziq and naim budak paling nakal, aswad yang selalu dibuli, nazirul, izat, azrul, mirza yang pendiam. syafeq berambut perang. amirul, amoi, irfan yang pandai. fasihah yang mengantuk. ros dan umi yang cumel. and ramai lagi aku tak mention but still i will remembered them 4ever.

4 CASSIA - kelas yang mempunyai bodyguard yang paling ramai. huu. zack, safwan, fitri, haziq. empat bodyguard berbadan sasa dalam kelas tu. hee. minyot, abadi, ikhmal budak yang paling kuat tido dalam kelas. nasib baek keje yang aku bagi dorang siapkan. muhammad abadi untong bin untong. nama unik yang takkan aku lupakan. amirah yang sentiasa angkat tangan bertanya soklan kat aku. izuddin yang setiap saat menoleh kat belakang semata-mata ingin melepaskan rindu kat puteri. hee. azril, nama yang selalu aku panggil dalam kelas. najwa yang bergaya gangster. khalida yang tak boleh berenggang dengan tisu di hidung. dyana yang bayak masalah negara. ain yang kehilangan effa. fatehah dan alia, perempuan melayu terakhir. miss uolls olredi. :'( *cikgu baru nak marking paper exam korang jap lagi. update blog dulu. heheh*

4 LILIUM - satu-satunya kelas addmath yang aku ajar. nasib baek dapat satu jep, kalu dua tiga, boleh sawan kot nak ajar. huu. cikgu nak mintak maaf tau kalau cikgu ada tersilap ajar ke ape. tapi semakin hari aku semakin enjoy ajar addmtah. bila study balik, baru aku tahu addmath tu sangat senang rupanya. kenapa la perasaan ni tak wujud tyme aku nak amik spm dulu. hoho. aku kena berterima kasih kat dorang sebab kelas dorang la penyumbang markah observe aku paling tinggi dari guru pembimbing. dapat 93markah. rasa nak terbang rama-rama bila tahu dapat markah camtu. hoho. bukan kelas 4C je ada nama yang unik. kelas 4L pun ada tau. azwan ali. nah! bapak glemer giler nama si azwan tu. hee. nasib baek perangai tak cam azwan ali yang kepochi tu. heheh. budak laki kelas ni semua gentleman. syeikh, firdaus, ikhwan, faiz iman, tuan faiz, danial, adib. si najmuddin yang dipanggil jemu, kuat tido tapi pandai. pernah kena tangkap menyorok bawah katil ponteng solat. hehe. rindu ngan suara si kamil yang cakap 'terima kasih cikgu' versi upin ipin. pompuan pulak yang tak boleh berenggang ngan pasangan masing-masing. huda dan balqis, ain dan wan nur huda, farah dan fatin, kamilah dan hanis, afiqah dan fatehah. si arif yang arif betol bertanya lam kelas. oh, rindu!

kepada cikgu rufiza pulak, tq akak sebab banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang menjadi guru pembimbing aku kat sini. kak nad, kak jie, kak ani dan kak siti yang banyak menghulurkan bantuan semasa kiteorang menghadapi dugaan kat sini. tq jugak kat cikgu-cikgu lain. kepada semua kawan-kawan seperjuangan aku, shidah, mel, eza, kasmah, tq sebab sentiasa ada ketika susah dan senang. setiap peristiwa yang berlaku makin merapatkan hubungan kita. kepada pengetua dan pihak pentadbiran, terima kasih kerana sudi menerima kehadiran aku kat sini. seribu kemaafan dihulurkan kepada pihak sekolah kalau aku ada membuat salah sepanjang empat bulan di sini. suara tengkingan yang berpunca daripada masalah tersebut even bukan salah aku akan aku ingat sampai bila-bila. jika orang muda terasa  hati ngan orang tua, siapa yang kena mintak maaf eh? ehmm. aku tak ingin menjadi pendendam tetapi hati aku susah nak memaafkan. satu hari nanti maybe. insyaallah. 

dan esok, aku akan meninggalkan sekolah ni. sekolah yang mencatat sejuta memori dalam sejarah hidup aku. dan sekolah ini jugak merupakan titik permulaan untuk episod hidup aku yang akan datang. Terima Kasih SESTA :)

adiOs amigOs~

Sunday, October 7, 2012

;Sungkai Hot Spring



ALoHa!

Amazingly i have a story to share with everyone. amazing la sangat kan? hewhew. since kurang dua minggu lagi praktikal nak abes, so everyday rasa cam nak jejalan je. nak jimba2. so now, episod 1 berjimba before habes praktikal is aku pegi hot spring sungkai. tak jauh pun, lebih kurang setengah jam drive la. aku just pegi empat orang je ngan kekawan praktikal jep. nak ajak ramai-ramai tak muat kete chubby aku tu. hoho. price per entry 12hinggit je. tapi bagi aku cam mahal sikit la. sebab nak mandi je kena bayar sampai 12hinggit kan. kohkoh. tapiii, memang best giler mandi kat sana. sekali cam feeling mandi kat sunway lagoon je. :)






sebelum mandi tu kiteorang makan dulu. almaklumlah belom breakfast lagi kat umah. gerak lam kul 11 coz kawan aku ada program dulu kat skolah. nasib baek aku tak payah pegi. hewhew. bayangkan pegi hot spring tyme tengahari. ofcos la muka akudah berbelang. sunburn. :'/ btw, sumer ni kiteorang masak sendiri taw. yang paling best, kerang rebus la. perhh! menjilat jari. 



Tadaa! ni la tempat mandi tu. even panas terik tapi air sejuk kot. tak la panas tyme mandi. bestt. da tak ingat umur da 22, mandi cam budak-budak. tak hengat dunia maen gelongsor air. hewhew. :)

 




kolam air panas ni ada tiga bahagian. yang atas ni part yang superb panas. sampai boleh rebus telur. 2 minit je da siap. suhu lebih dari sratus darjah celcius kot. camne la kalu terjatuh lam ni kan? konpem da arwah la kan. uii, seramm. tapi kolam yang ketiga tu boleh rendam kaki, tangan, nak mandi pun boleh. huu.



muka penat coz mandi lame sangat. malas kot nak drive balik. 


adiOs amigOs~


notakukukakiku: sekarang ngah plan for my episod 2 berjimba pulak. huu :)

Monday, October 1, 2012

im 22 now :')


ALoHa!


Welcome sweet October! tak sabar nak habiskan praktikal. hewhew. tengok, arini da 2 oct, befday aku 28 sept. konon cam bizi giler la kan sampai tak sempat nak update befday sendiri. O.o. Pape pun, happy belated befday to me. taun ni da genap umo aku 22 tahun. means da 22 tahun aku hidup kat muka bumi Tuhan ni. :') still muda kan? ^__^ Befday tahun ni sangat-sangat berbeza dengan befday aku tahun-tahun lepas. coz tahun ni aku sambut befday kat skolah. hee. terasa cam zaman skolah dulu-dulu. ada kawan-kawan wish befday, tapi sekarang student pulak yang wish befday. siyes aku terharu giler.

tepat kul 12 malam, 1st person yang wish kat aku ofcos la bf tersayang. hee. sepanjang lima tahun dia jadi bf  aku, sepanjang tu jugak dia la orang pertama yang wish befday aku. tq sayang :') 2nd person pulak kawan skolah menengah, taqi. baek betol die ingat befday aku. tepat kul 12 malam pulak wish. huu. padahal aku jarang kot contact ngan die. rasenya tahun ni tak contact pun. just wish hari raya je aritu. and 3rd person isss my mom! love u mama!. sanggup tido lewat sebab nak wish befday orang. sayang mama ketat-ketat. da la kan, takkan aku nak mention sampai orang ke sepuloh yang wish kan. huu. for those yang wish kat fb, tweet, tq so much guys. aku tak sempat nak balas satu-satu. mampu like je post korang. *konon cam retis hot*

esop tu pegi sekolah, student-student wish befday aku. masuk kelas 4Lilium, cam biasa ketua bagi salam, baca doa, pastu dorang nyanyi lagu befday kuat-kuat. aku cam terkejut la camne dorang boleh tahu befday aku. fb aku tak kasi, rupa-rupanya kawan aku gitau kat salah sorang budak kelas aku. hoho. rasa cam nak nanges kuat-kuat pun ada. disebabkan dorang wat aku cam terharu aritu, aku tak mengajar pun, siap bagi dorang masuk lab komputer lagi. pe lagi, sorak sakan la dorang. tak payah belajar addmath, boleh online lagi. heaven betoi naa!

kelas 4 Bougain lak bagi satu kad yang most of them sign kat befday kad tu. sampai bila-bila aku akan simpan kad ni. thanx tau korang. :) petang tu ada program amali sembelihan. agak ssadis jugak la sebab befday gurl kena cabut bulu ayam. kohkoh. sembelih ayam, arnab, kambing ngan burung puyuh. cam nak wat kenduri kawen kan. kebetulan sumer student yang terlibat just student form4 jep. pastu ada sorang budak ni wat countdown guna speaker and satu batch form 4 nyanyi lagi befday kat aku. malu giler kot. dah la aku baru bangun tido. huu. sweet memory ever! :) pada kawan-kawan aku lak, tq tau beli befday kek yang superb sedap ni. :)

adiOs amigOs~


Tuesday, September 18, 2012

;Already engaged?? ^_O


ALoha!


:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Copppp!


Korang ingat ni entri E-day ke? hoho. tade la. aku saje jep nak wat gimik sikit. yela, sekarang ramai sangat kekawan da tunang, kawin. jeles giler kot tengok dorang. aku bila lagi? insyaallah. aku pun bakal menyusul nanti. amin. :)

da yang tu gambar pe lak? heheh! yang tu pic malam tadi, ada jamuan raya  kat skolah. melaram la sikit. sikit je ok, tak banyak pun. student lagi vogue dari cikgu2. ekceli, aku pun malas nak pegi tapi mengingatkan makan free, so kite tak boleh la kan nak tolak rezeki depan mata. wuhuu. salah satu sebab bestnya jadi cikgu ni is dapat makan free. patut la berat aku makin bertambah-tambah dengan jayanya sekarang. ape tak nya? after meeting, ada jamuan. ada event pun ada jamuan. heaven giler ko. muahahaha *gelak kenyang*



sebelum makan, ada la persembahan dari student. ngantuk jugak tengok dorang. oh ye! salah satu sebab lagi bestnya jadi cikgu is cikgu dapat layanan special. hewhew. cam semalam, cikgu cikgi sumer makan kat round table ala-ala dinner gitew but student kena queue panjang nak amik makanan. kesian kan? hee. tapi aku tyme jadi student dulu pun camtu jugak. sampaikan kalu ada jamuan camni terasa malas nak pegi coz malas nak berebut2. oh kenangan! :)




dewan SESTA. 


macam-macam makanan yang kiteorang makan. rasa cam 1st day raya pun ada. lemang, nasi himpit, rendang, nasi, sate, kuih, semua aku lantak. air lak dari air anggur sampai bertukar jadi air oren. tiga kali kot tambah air. huu. swit memory :)


adiOs amigOs~

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!