Sunday, December 25, 2011

My weekend with Baktisiswa. wink ^.~



Helo Peeps~

Dalam entri lepas aku ada mention yang aku join baktisiswa kat sabak bernam tyme weekend. So, now im home uolss. hehe. Penat toksah cakap la tambah lak aku demam tyme baktisiswa tu. aih, memang tak larat ar. dah la aku ni spesis yang suka sangat melayan demam yang tak seberapa ni. Ubat susah nak makan. panadol tu tak boleh nak makan dua biji. sebijik pun dah berapa kali telan tak masuk masuk. nak makan ubat lokasi wajib mesti kat sink. langkah berjaga jaga kalau nak muntahkan balik ubat yang tak boleh nak masuk lam perut. kohkohkoh. So jeles tengok orang laen yang senang makan ubat. seteguk air da cukup. Hurm~~

Ok, aku melalut lagi. hehe. back to the topic. overall, aku enjoy la ngan program ni even penat sangat. penat kena bangun awal pagi, penat kena join segala benda aktiviti, penat kena gagahkan diri lawan demam lagi, penat kena tolong mak angkat masak. hehe. tapii aku hepy. yup! daripada aku duk lam bilik layan citer, fb, tweet, blog, baek aku join program camni. ada jugak pekdah nye ye dak? eheh.

aku tak nak melalut kat sini, sambil tengok gambar aku citer satu satu ok. cekidaut yaw!

First day :)


For three days and two night, aku jadi anak selangor. sangat letih nak control loghat tyme nak borak ngan mak angkat aku. aku panggil die ibu je. hehe.



tak ramai sangat pun yang join. 23 orang je. campur ngan urus setia segala bagai tu ada lar lam 30 orang lebih. tapi yang syok nya budak yang join ni sumer kosmate aku. tade la nak segan segan. and ofcos aku antara kanak kanak riang yang banyak cakap even demam. hehe. laki laki dua orang je. aihh, malas betol la kaum adam ni nak join program camni. melepak kat kedai mamak sampai tiga pagi rajin pulak. aih, heran gue.



tyme nak pegi nampak je muka aku hepi tapi hati ni nak bukan nak pegi sangat. terpaksa je sebab kawan kawan aku sumer pegi. takkan aku nak duk sorang sorang. uhuk3.



peace uollss. ^^.



another peace again. hehe. kiteorang bertolak tepat kul empat petang. jalan ke sabak bernam tu siyes melompat lompat cam naik nenek kuda. dah la dua jam lebih. sampai aku nak termuntah. tahan je la. nasib baik driver tu pasang citer 'rise the planet of apes'. hilang sikit mabuk naik bas. hurmm.


tyme sampai, kiteorang berkumpul kat masjid dulu. ahh, tak ingat pulak name masjid tu. malas nak tanya rumet. rumet aku pun pegi jugak. hehe. dah la aku da demam, ujan pulak tu. so, demam makin menjadi jadi. rumet aku pun demam sekali. sehati sejiwa giteww~


ni la antara kosmate aku yang pegi. dorang sumer friendly giler and i love them all. for sure.^^



first makanan dorang bagi tyme aku sampai is nasi goreng. besh makan sebab lapar kot. dah la ujan. hoho. air ni aku tak minum pun, tertinggal kat mane entah.



jeng jeng jeng. ni la bilik aku ngan biha. ibu aku duk sengsorang je. umah dia memang besar giler. boleh guling guling sepuas hati la. tapi kiteorang kena share umah ngan urus setia sebab umah ibu aku ni homestay. ok, fine! malam tu aku tido dengan lena nya even mula mula tu susah nak tido gara gara hidung tersumbat. kehkeh


second day :)


ok, ni citer ari kedua. pagi tu kiteorang berkumpul kat library kampung bagan terap. kecik tapi not bad la. ada program motivasi kecemerlangan pelajar. aku tak join sebab aku tak jadi fasi pun.


banyak giler kan magazine die. kerusi kat belakang tu cute sangat. hehe.



disebabkan kiteorang tak jadi fasi, so kiteorang pegi melencong kat tempat lain. pegi memancing ikan. siyes susah giler nak dapat ikan. perlukan kesabaran tahap mak dewa kot. sejam duk menunggu, terus blah sebab tak larat dah. hehe



lauk ibu masak. sedap giler. spuloh kali aku erghh2~ eheh. lauk daging masak asam pedas, kangkung masak belacan, kerang rebus dan kerabu sotong. tiptop. first tyme aku rasa kerabu sotong. masyam!



wowow. aku join sukaneka wehh. bukan rela hati tapi terpaksa. hehe. nak terjatuh jugak main benda alah ni. nampak je senang ok. next, aku main bowling kelapa, angkat cawan ngan kain. dua game tu kumpulan aku johan tau. hebak tak i? :)



dah abis sukaneka, tyme nak balik sempat bergambar kat sawah padi. siyes cantik giler. kat area area sini la tempat lokasi nur kasih. cantik kan?



oh, lihatlah dunia~



haa! ni la umah ibu aku. memang besar umah dia. sape sape nak datang sini, boleh la sewa kat homestay ibu aku. semalam 20hinggit jep. ^^



malam tu pulak, kiteorang pegi dengar ceramah. tyme ni aku tertido kot. sebab demam dah makin teruk. rasa fresh sikit lepas pekena nasi ngan tomyam n ayam goreng. nyum2!^^


third day :)

program hari ketiga ziarah dan bagi sumbangan kat family yang memerlukan. cam kenal je kan baju kurung tu? hehe. nak jimatkan tenaga tak payah bawak beg berat, baju yang dipakai harus diulang. kohkoh. tak busyuk pun ok. :D



ni antara keluarga yang kiteorang ziarah. tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. yup! kiteorang nak balik, pakcik ni sempat pegi kait buah rambutan ngan duku kat belakang umah die. Oh, so sweet pakcik ni. hehe



aku pun tak lepaskan peluang kutip rambutan kat belakang umah die. even kena gigit ngan kerengga jahat, stil kutip lagi. sedap rambutan dia. betol3~



pakcik ni siyes sporting giler. ada pulak dia yang suh aku amik gambar die ngan amik buah duku tu. siap posing lagi. hebat!



tengok! buah durian pun kiteorang dapat. untang laa~ hehe. semerbak harum dalam kereta. ^^



wan dengan durian nya. hoho. die ni asal aku suh amik gambar, mesti die cakap masukkan lam blog moshie2. hehe. muax satu kali :)



sory tau, muka korang tak nampak sangat. biasa la, aku pakai dslr cap ayam je. tak mampu. ^^



bersantai dulu lepas penat berziarah. ~



kak nor untung laa~ hehe



dah nak balik. sedih nak tinggalkan ibu. huk3. thanx ibu sebab bagi kiteorang bilik yang selesa, makan sedap sedap. nanti ada masa kita jumpa lagi. :)



detik detik terakhir sebelum meninggalkan program baktisiswa. *.*



photoshoot beramai ramai. nampak tak aku? ciap wat tangan camtu bagai. gaya candit terbaru tyme amik gambar tyme panas terik. kohkoh



at last, berakhir jugak program ni. hepy sangat boleh kenal orang baru. hehe. next tyme nak join lagi la. Kot. hehe.


adiOs amigOs~

notakukukakiku: esop da kena stat study tau ana.! ^^

Thursday, December 22, 2011

Cerita suka bercampur duka. Mood : 2 in 1 :/


heLo peeps~

holla! lame kan aku tak update blog. a: tade mud? b: malas? c: tatau nak update pe? aku jawab d: semua di atas. hehe. maybe aku meng'anak tiri'kan blog ni sebab syok sangat update status kat twitter. langsung lupa nak update sini. but blogwalking is my priority. ari ari aku terjah blog fevret aku. :)

Ok, abis bab intro. arini aku ada dua citer yang aku nak share kat sini. sad and happy story all in one. kalau kita dapat dua berita camni, mesti kita nak tahu berita hepi dulu then baru nak tahu berita sedih. kan?

Tapi aku nak stori kisah sedih aku dulu. hehe. sedih sangat ke sampai meleleh air mata cam tengok citer ombak rindu? cerita sedih ni tak lah sampai kuar air mata, hingus hijau kekuningan bagai. ni kes duit aku melayang layang ditiup angin. siyes sedih ok! sebab aku semangat jimat bagai nak rak sebab nak shopim mopim next week. aku tade sponsor dari datuk yang ada apartment dua juta yang baek hati nak belanja for my year end sale. so, aku la yang kena kuar duit sendirian berhad. tapi tapiii arini aku terpaksa kuar duit shopping aku tu sebab nak baiki hp cabuk aku tu. Oh mai!! sakit hati giler. tyme poket kering ni la die buat hal. langsung tak simpati ngan nasib aku ni. dah dua kali die wat hal. nak beli hp baru? fulusnya enggak ada pakk! sabar je la wahai hati nan suci lagi murni. tehhee. terketaq ketaq tangan nak bagi duit kat toke cina tu. stress!

So, tadi aku kena la bangun awal pagi pegi pekan Tanjung Malim yang indah permai ni nak baiki benda alah ni. [bangun kul spuloh pagi. sangat la awalnya. tangan ke bahu, mata pandang siling berlubang:)]. thanx to my rumet sebab sudi menemani diriku ini. ececece. kiteorang siap pegi pasar beli ayam daging nak masak tadi. Oh, gaya dah sebijik cam suri rumah. hehe. aku wat ayam masak black pepper. Nama bukan maen sedap kan? tapi rasanya cam hampeh. tak layak lagi ko nak jadi bini orang. nanti mati keracunan laki ko makan lauk yang ko masak. ^^

penat duk tunggu tauke cina tu baiki hp aku, kiteorang melantak aiskrim dulu. kat sini tade tutti fruiti, baskin robbin bagai. aiskrim ni je la yang ada. tapi beshh sangat. tiptop!





aku sentiasa bahagia setiap kali jumpa makanan. huhu. btw, this is my rumet. single and not avalaible. :)



look at the mirror and you will see how beautiful you are - moshie 2011

dah abis part sedih yang tak berapa nak sedih sangat tu. now, i wanna tell my happy story. arini kuar result pmr, and adik aku si enie tu dapat straight a's. for sure, im so happy for her. dia citer dia mimpi dapat 7a je and nangis nagis citer kat aku. Omo! so drama queen she is. aku rasa dia la paling happy arini. terus suh ayah aku belikan hp baru as a reward. so jeles. aku baiki hp guna duit sendiri, dia pulak dapat hp baru. hehe. tade lar, tak jeles pun. congrats my sis. spm nanti skor lagi, and boleh fly oversea. ^^

ahha. esop aku join baktisiswa kat Sabak Bernam for two days and one night. tak packing lagi baju yang nak bawak. esop je la sebab bertolak petang. konpem sempat nya. hope that program will make me excited. nanti aku update pasal ni ok. nebes ni nak duk umah mak angkat. *.*

adiOs amigos~

notakukukakiku: lately, aku syok abiss melayan lagu from boyce avenue. perh, sore die double awesome uolls. siyes wa cakap sama lu.

Monday, December 19, 2011

Perlibahasa Dr. Fazley :)


Helo peeps!

Tade pe nak buat petang petang camni, makan dah, mandi pun dah. Update blog je belom. sO, aku nak update pasal perlibahasa by Dr. Fazley yang aku kopipes kat twitter beliau. so funny uolls. jum cekidaut.

1. Bagai perasan cantik sorang sorang apabila ramai yang memandang sedangkan yang dipandang ialah tahi burung yang kering di rambut

maksud: jangan nak perasan sangat la kalau tetibe ramai yang tengok korang semacam je. something wrong somewhere la teww. ^^

2. Bagai memakai seluar putih lalu terduduk di atas kerusi yang ada kopi O tumpah

maksud: kopi O boleh hilangkan rasa mengantuk. ^^ [ada kaitan tak? :)]

3. Bagai berusaha bersungguh sungguh mencabut sehelai bulu hidung yang terkeluar sewaktu sangkut di dalam traffic jam

maksud: bulu hidung lebih banyak daripada bulu mata. adakah?

4. Bagai berusaha melepaskan angin secara senyap senyap tetapi yang keluar tetap seperti bom meletop

maksud: nak tahu tuan yang kentut tu, tengok muka die kemut semacam sebab nak lepaskan kentut slow slow. hehee

5. Bagai secantik mana seorang perempuan dan sekacak mana seorang lelaki apabila melepas angin tetap berbau

maksud: siti nurhaliza pun kentut bau petai. :)

6. Bagai tertelan rambutan sebelum sempat mengunyah

maksud: gelojoh nak mati la tu. laen ar kalu makan siput sedut. tak sempat nak kunyah, terus masuk lam perut disebabkan kelajuan menyedutnya.

7. Bagai salahkan orang sebelah bila diri sendiri yang terlepas angin

maksud: aih, dr. fazley ni memang suka cakap pasal kentut mentut ni kan. hoho

aku list setakat ni dulu. banyak lagi tau dalam twitter beliau ni. bukan perlibahasa je, cinta and motivasi pun ada. hehe. meh aku nak try jugak wat perlibahasa ni.

"bagai kontrol ayu depan laki macho bergaya cam aaron aziz, lalu tersadung atas tanah terkena pulak tahi lembu"


[gambar tade kena mengena ngan entri yep. saje letak sebab tetiba rasa nak makan benda ni. boleh?]

adiOs amigOs~


Friday, December 16, 2011

A short story before go to sleep^^


Helo peeps~
Jam da 3 suku pagi tapi mata aku tak nak tido lagi sebab petang da banyak giler tido. huhu. Lately ni aku memang kuat tido petang. Balik kelas jep, tukar baju baring atas katil sambil peluk cium teddy busyup pastu terus terlelap. Cam letih sesangat je padahal tak buat pape pun. Da ajar camtu nanti ari ari mesti nak tido petang. esop kena tahan jugak. caiyok2. hehehe.

Lagi seminggu aku nak abis sem ni. Cepat giler masa berlalu. aku rasa cam baru je masuk sem 5. belajar pun cam tatau pape je tapi final exam is just around the corner. Gosh, kena study betol betol nak naikkan pointer. carrymark dah banyak release kat portal. not bad la. ada lagi la sinar harapan nak dapat A. amin. :)

study week dah dekat so banyak kelas dah tade. enjoy giler. weekend ni memang relak giler ar. esaimen dah abis, kuiz pun dah jawab sumer. boring lak pulak tade keje nak buat. hehe. [melampau gila, tyme ada keje merungut, tyme tade keje pun merungut. hampeh!^^]. ive just one more clas to go by next week. hehe. bahagia sangat. just like a heaven. tehee ^.~

Tadi kawan aku iqa suh ajar dia mahirkan lagi bawak kereta sebab die nak test jpj minggu depan. Oh, im officially become driving teacher for si iqa. bajet cam pro nak ajar orang lain padahal aku ni bukan pandai sangat drive. hehe. tapi ok la. esop pegi lagi. balik tadi singgah kat secret recipe to buy dinner. ecece. tade la, saje mengidam nak makan choc indulgence. wink!



air buat sendiri je. hehe. tabiat aku kalau makan selain makan nasi, mesti nak melantak depan lapy. sambil makan, tangan duk merayap kat lapy, tekan tu, tekan ni. patut la banyak semut kat lapy. semut merah, hitam, sumer ada. ^^

haaa! tengah hari tadi aku pegi ceramah tau. program bicara wanita. ari jumaat elok kalu pegi dengar tazkirah agama ni. [baguss anak mak.:)]. tajuk arini bess sangat. jum tengok bawah.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:




jodoh pilihan. very intersting ryte? banyak jugak input yang aku dapat tadi. hehe. kalau tajuk camni, mata langsung tak layu. hebatnya penangan tajuk camni. bukan aku je semangat pegi dengar, ramai giler yang datang sampai kan aku duk kat depan n atas lantai uollss. that why la aku boleh amek clear je slide kat depan ni. hohoho.

"mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. hati pula boleh berzina dengan membayangi, merindui dan mengingati seseorang" [hadis riwayat Bukhari]

yang ni aku salin tyme ceramah siang tadi. so, sapa sapa yang bercouple tu, jaga la batasan korang tau. im also remind to myself. :)

~i wonder who will be my mr. right forever~^^

ok la, aku nak stop dulu. dah nantok la. see ya!

adiOs amigOs~

Thursday, December 15, 2011

Setelah dua tahun menanti, finally... It show tyme!!


Ape benda yang dua tahun aku menanti tu? ada kaitan ngan gambar kat atas ni ke? Oh, tidak sama sekali ok. tade kena mengena antara hidup ataupun pengsan. hehe. Takkan tak kenal kotb gambar kat atas ni? Maria elena zarul was blissfully engaged by asrifirdaus. so sweet la dorang. Sumpah aku jeles giler tengok dorang. tak sabar nak tengok perkahwinan dorang lak nanti. tahun depan tak silap. To gojes maria elena, congrats to both of u and hope u will happy ever after n also congrats to fatin liyana my adorable person for having future sis in law yang meletop kebaboww!! tu. teheee^^


Ok, back to my real entri. Ekceli arini aku nak cakap pasal dua tahun yang aku tunggu dengan sabarnya. aku dah bertunang? tettt, salah. tak ready pun lagi. tak matang lagi nak pikul komitmen camtu. single dulu camni lagi besh kan. ^^

uOlllss!! aku da dapat lesen besar. tu je nak cakap. hehehehe. Orang lain dah berkurun kurun dapat lesen besar. aku pulak baru semalam dapat. tapi tak tukar lagi. nanti balik kampung baru tukar. jawab final dulu ok. Hepi sangat sangat sebab tak payah lagi aku nak tempek stiker P yang besar anak gajah kat depan n belakang kereta. rasa cam amatur giler kalau ada stiker tu. padahal bukan nya pro sangat bawak kereta, berlagak jer lebih lebih. kohkohkoh.




Cakap pasal lesen ni, fuh, aku memang ada sejuta kenangan tyme amik lesen tyme dulu dulu. banyak sangat, lagi banyak yang pahit dari yang manis. kalau nak citer satu satu, boleh wat novel kot. huu. ehmm, aku nak amik lesen lepas spm taun 2007 tu tapi kena pulak pegi plkn tyme tu. fedup jugak sebab kawan kawan yang lain amik tyme tu ramai ramai, nanti aku balik plkn, dorang da pandai pulas stereng. jeless. T_T. tapi aku sabar lagi. balik plkn, terus dapat masuk matrik. tertangguh lagi nak amik lesen. So nak tak nak, kena amik lepas kuar matrik.

tapi aku tak sempat ciap sebab aku malas giler nak pegi latihan die yang berjam-jam tu. So, aku officially dapat lesen P tyme sem 1 kat UPSI ni. lambat kan? hoho. Tyme nak amik lesen ni, bagi aku memang perlukan kesabaran setinggi gunung everest kot. setiap kali nak pegi belajar, mesti kena tunggu turn yang lame giler. ergh! aku ingat lagi ada satu ari aku semangat pegi belajar sebab lagi tiga jam nak abis sebelum nak ujian jpj. Kena tunggu bas dulu sebab abang aku tade nak jadi driver tyme tu. kalau tak, dia la driver aku yang sangat setia menghantar aku pegi dan balik. kekeke. sampai tempat belajar kereta tu, kena tulis nama dulu n duduk kat kerusi sambil tengok tv sampai name kite kena panggil. aku pun duk relak tunggu kat kerusi. kalu tunggu sejam, nama dah kena panggil kira pecah rekod dunia ar. tunggu punya tunggu sampai tiga jam, nama aku stil tak panggil lagi. kesabaran dah hilang, so aku balik camtu je aritu. sia sia giler aku tunggu sampai berejam. tak tahan kot. dari duduk sampai terbaring aku tunggu turn. huh!

Ok, tu je aku nak citer pasal kisah 'aku dan lesen P ku'. hehehe. perut dah bergendang gendut irama mak enon dah ni. nak pegi melantak nasi lemak kukus pasni.


adiOs amigOs~

Thursday, December 8, 2011

I need rest, please..-__-


HeLo peeps!


Terasa lama sangat aku biarkan blog ni sepi tanpa bahasa. Sorry my dear intan payung moshie blog, im really super duper busy this whole week. yUp, sangat tak cukup tidow gara gara esaimen. Kadang kadang aku dah rasa fedup, rasa nak muntah duk mengadap kat esaimen ni. kalau esaimen semata mata boleh tahan jugak, ni ngan test lagi, kuiz. almost every week mesti ada kuiz or test or both of them. Gosh!

Sekarang pun, mata aku layu je. But stil wanna update this entri first before got to rest after this. Nanti dah tak ingat nak bebel pe. huu. Alhamdulillah, esaimen for killer subjek dah anta tadi. semalaman aku tak tidow nak siapkan benda alah ni. kawan kawan aku pun stay up kat sini je, tido kat lantai bilik aku. al maklumlah, katil bujang tak muat tuk 4 orang. tak pasal pasal nanti patah lak satu satunya katil aku kat sini. T_T

Sedikit frust sebab topik yang aku study for 'theory number' tak membantu pun aku jawab kuiz aritu. sedikit je frust nya sebab aku tak study semangat sangat pun. Kan aritu aku kuar tengok ombak rindu ngan si rul. So, tade la frust giler meroyan takleh nak jawab kuiz. had to deserve it la kan. usaha sikit, markah pun sikit ciput je la. ^^



Kalu study mesti mulut tak boleh nak duk diam. keje nak mengunyah je. *stresss.

Nak siapkan esaimen yang aku cakap tadi tu, for the second tyme for this sem, i went to the library. nak cari buku rujukan. hehe. ye, aku bukan cacing buku yang suka melepak kat library. pegi pun sebab terpaksa jep. kalau tak, takkan nye ada bekas tapak kaki aku kat sane. hehehe. Bukan aku sorang je camni ok, ada jugak spesis yang sama ngan aku. nak bukti? jom!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



tengok! tade sorang pun kat library. sunyi sepi jep tau. sampai seram aku nak duk lama lama kat sana. wuwuwuw. Nak bukti lagi? ok, jap.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



stil tade orang lagi. hehe. teruk bebenor kan? tapi kalau tyme karnival kat kolej aku aritu, bersesak sesak orang nak membeli. sampai jalan pun lambat cam siput nak beranak. *stresss!

berbalik ngan citer kebizian aku minggu ni, even da tinggal lagi 2 minggu nak abis sem, i stil hve another one more assignment and one more quiz. Aishh, lecturer ni tak penat ke nak marking paper kalau asyik duk wat kuiz ngan test je memanjang. Oh, stresss lagi n lagi n lagi. So, weekend ni aku takleh la nak bersantai riang atas katil sambil bersilang kaki makan super ring dan melayan running man. Nonono~ kena study ok! *.* caiyok3!

korang! aku dah sign in twitter. hehehe. takde angin takde ribut, tetibe tangan aku terbuat account twitter, pastu tertweet status ari ari n every minit ekceli, last last terlekat terus kat situ. kalau kat twitter, aku nak tweet pape pun ikut suka hati mak bapak aku jep. tade orang nak kisah, nak amik tau n nak menyampah cam kat FB tu. huh. [sebab folower pun tak ramai.kihkih]. so, my tweet is my second child. my blog is my first child ofcos! :)


yeayy, this is my second child. rasa nak datang jenguk ke, klik kat SINI ok. ^^

ok la, aku stop kat sini dulu. nak rehat jap. :)
adiOs amigOs~

Tuesday, December 6, 2011

“The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”


Helo Peeps~

Akhirnya, Nisa Kay publish jugak GA yang gah giler tu. Hadiah die memang meletop abis uOlss. siyes wa cakap sama lu. Kalau tak caya, ce cube try test singgah SINI. Aku malas nak bebel panjang panjang, korang nak join, just clik right HERE ok.



syarat-syarat penyertaan:

1. Buat entry bertajuk “The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay”

2. Letak banner giveaway dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, korang pergi COPY BANNER TU KAT SINI.


3. Letak link sponsors dalam entry korang. Memandangkan blog aku ni disable right-click, untuk copy link kat bawah, korang perlu select link-link kat bawah dan tekan Ctrl + C
4. WAJIB letak semua sponsors (blogshop) dalam blog list anda. Bagi sponsors yang hanya ada fan page di facebook, korang pergi like fan page dorang tau!

5. Promote entry penyertaan korang habis-habisan, sebab ada hadiah untuk top referral.

6. Tekan butang LIKE dan TWEET kat bahagian bawah entry ini.

7. LIKE fan page blog Saya Suka Menaip di sini - https://www.facebook.com/nisamenaip

8. Pastikan korang ikut syarat-syarat di atas.

Done! hope i will be the lucky one^^

adiOs amigOs~

Sunday, December 4, 2011

Kisah Ombak rindu ^__^


HeLo peeps~

At last, boleh jugak aku tengok citer yang ditunggu-tunggu. Ombak Rindu. Even esop aku ada kuiz, esemen yang tak siap lagi, arghh peduli hape. Sometimes we must forget about it. Tak boleh asyik pikir kan esemen jep. kena jugak rehatkan minda kan. hoho.

Entah kenapa arini aku rasa hepy sangat. Dapat tengok citer ombak rindu, boleh melepaskan rindu ngan si rul tersayang ^^[panggg!!!]. Langsung tak ingat aku ada keje berlambak kat umah. Semangat waja aku bangun awal sebab ingatkan nak turun kL awal sikit tapi bas spuloh setengah pulak tade. terpaksa la aku tunggu sejam for the next bus. Homaii, nasib bek kat foyer blok ada pertunjukan ular. tak la rasa menunggu sangat. Geli giler tengok ular sawa kuning. euww! tak tahan, tuan dia mandi pakai dettol lagi yoouu!



arini aku berbaju kuning, matching betol ngan ular sawa kuning tu. hoho ^^


Lewat jugak aku sampai tadi. Dah la si rul bangun lewat, sabar je aku tunggu dia. aishh. lrt sekarang da memang sepenuhnya kena beli kat machine die kan? yang guna token tu. da tu, apa guna staf kat kaunter tu? guna machine cam melambatkan je. geram betol.

tiket kiteorang kul 4 setengah. tu pun seat dah penuh giler. yang ada seat depan je. but stil ada seat kosong kat middle seat. So, aku ngan si rul terpaksa la berpisah. sanggup duk tempat lain-lain dari duk kat seat depan. boleh patah tengkuk aku. huh!



tiga panggung sold out for 4.30pm ombak rindu tickets. gosh!




si rul duk depan aku je pun. hehe. bolek jugak cuit cuit dari belakang. Suprise! sebelum citer ombak rindu stat, aaron ngan maya karin datang! terkejut monyet cumel jap. fuh, encem bebenor aaron tu yep. tak ingat dah bf kat depan. asyik duk pandang kat aaron je. And maya karin, the gojes one!

And suprise again, si rul nangis tengok citer ni. kantoi! haha. memang mat jiwang la si rul aku sorang ni. Tanya tak ngaku. poodah! padahal hidung sokseksoksek sebab banyak sangat nangis. hehe. aku bagi 4/5 bintang for ombak rindu. ^.~

Citer tu duration die dua jam lebih jugak la. lama giler. tapi tak boring pun. tak rugi la bayar tiket RM14. huu. Pas abis citer, kiteorang pegi melantak kat Nando's. lapar giler kot.



mango ice blended for me~



he doing every single thing for me. dats why ailevhimsomac.



makanan tak sampai lagi tapi air dah tinggal separuh. hehe. dahaga pas tengok ombak rindu. ^^



Hot to go. aumm~ :)

Sebab da lewat nak balik naek bas, si rul tolong anta kan aku balik kolej. thanx a lot cyg. Ok, da abis citer ombak rindu tuk arini ni. sangat hepi. Hilang seketika segala problem pasal test and esaimen lam kepala hotak aku. esop kelas sampai ke malam. hve to face a abig long dayy tomorrow. *.*

adiOs amigOs~

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!