Friday, April 29, 2011

Izyan Masri First Random Giveaway


hyep korangggg!! [jerit cam CE^^]..arini tangan ku terasa gatal untuk menjoin GA. memandangkan esop paper las, tambah pulak subjek u, lagi la kemalasan aku berganda-ganda untuk stdy..oh, tidak mengapa, sebab esop soklan objektif saje. kihkihkih..

ok, tak mao cakap banyak, tuan blog yang baik hati sudi membuat GA ni name die Izyan Masri..klik SINI kalu korang terasa nak menyudikan diri tuk join jugak.
haa, cantik tak tuan blog yg wat GA ni?

sedikit pesanan buat cik izyan masri :
1. ekceli aku da lame foloe blog si izyan masri ni sebab entri die pandai memikat hati aku tuk terjah blog die ari2. [nasib bek tak jatuh cinta..haha. melampau ok]
2. bijak wat bisnes. patut banyak fulus masuk. shawl kat ez brownies tu sume cantek2. n aku pun da beli satu..sebab jeles si izyan masri cantek tyme pakai shawl silk cotton tajima. [perlu ke mention kat cni? ^^].
3. aku doakan cepat2 la folowers si izyan masri ni mencecah 1k. 2k 3k 4k. even da cecah 20k sekalipun, aku tetap pengikut setia die..[ ecece.ayat mintak duit SERATUS :)]

ok la, malas da aku nak berleter kat cni..penat lak si beliau nak bace pesanan ntah pape dari aku ni..^^
ops, lupe, kat cni aku nak tag

ok, DONE!
adiOs amigOs~

ukiran muka pada PISANG. sangat kreatif!

hyep sumer~

arini aku nak share sumtim kt korang..ngee~. pasal ukiran muka pada pisang. korang boleh buat? kalu aku , konpem2 tak boleh punye, tak terpikir langsung nak buat keje camni. ada pisang, makan, tak pun wat cekodok sambil tengok tv, pekena lak ngan air kopi panas..terangkat siot^^

ukiran ni nukilan dari artis jepun, Keisuke Yamada. si yamada ni just ambil masa setengah jam untuk mengukir muka-muka kat pisang.ye la kan, kalu lama2, nanti lebam lak pisang tu . lepas siap keje ukir mengukir ni, si yamada akan merakamkan dulu sebelum makan. sejak memuat turun gambar hasil ukirannya di internet, si yamada,23, mula mendapat ramai peminat dan mempunyai idea baru hasil saranan mereka.

setakat ini, si yamada ni mengukir 11 ukiran termasuk naga dan tengkorak yang menggerunkan.

"semuanya bermula ketika saya menyiat kulit pisang dan terfikir mungkin seronok jika saya mengukir wajah pada pisang tersebut."

si yamada hanya menggunakan pengcungkil gigi dan sudu je. jum tengok hasil ukiran si yamada ni..^^


ni muka Davey Jones daripada filem Pirates of The Carribean..amacam, sebijik sejibun tak??^^



bahagia nye si mamat pisang ni..senyum sampai telinga~



takut tak? takut tak?










adiOs amigos~

Thursday, April 28, 2011

tazkiraH jumaat: 6 perkara Allah sembunyikan

setelah allah swt selesai menciptakan jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat menyatakan 124,000 sayap). setelah itu jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"wahai tuhanku"
* adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?
* lalu allah swt berfirman yang bermaksud..."tidak"
* kemudian jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. setelah selesai jibrail as solat,
* maka allah swt berfirman yang bermaksud
"wahai jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya muhammad, dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. maka demi kemuliaanku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku"

* kemudian jibrail a.s berkata
"ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
* lalu allah berfirman yang bermaksud
"ya jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal...."
* kemudian jibrail as meminta izin kepada allah untuk melihat syurga ma'waa. setelah jibrail as mendapat izin dari allah swt maka pergilah jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.
* kepada allah swt lalu ia berkata dalam sujud ;
* "ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiga, atau seperempatnya?"
* kemudian allah swt berfirman yang bermaksud
"wahai jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."
marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.. sesungguhnya allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu ;
* allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat
* allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat
* allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran
* allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan
* allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu)
* allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

Tuesday, April 26, 2011

1st thing to do tyme balik umah nanti..^^


hyep korang~
lagi tinggal nak balik umah tersayang 3 ari jep..[ayat terlebih keling^^]..pastu terpikir nak watpe kt umah ..tak nak bagi boring sangat2..keh3..nak cuti seminggu dulu, pastu aku nak cari keje part time..dapat jugak income 4bulan cuti sem ni..sape-sape ada keje kosong, tolong la bagi tahu..hehe. aku boley wat sumer keje..korang cakap je..yakk! buruh nelayan dan juga petani..lalala~

ok2, aku kalu da melalut sampai ke malam tak abis-abis. balik umah nanti, aku nak maen masak-masak lagi la..cam yang aku citer lam entri aritu..hehe. ntah nape la sekarang aku ni suke cube resepi baru. adakah ini petanda aku bakal jadi menantu mithali? gOsh! :).resepi yang aku nak buat nanti, bukan resepi lauk pauk tapi pencuci mulut..tak sabar ni nak buat..arap-arap jadi la yep^^. siap da kopipes resepi die.ni ha, jeng jeng jeng. resepi PUDING TRIFFLE~


tengok pun da nampak sodap kan? senang je nak buat ni..housemate aku da tiga kali buat..so, aku pn nak try jugak la kat umah.bagi mak rasa puding yang aku nak buat ni..baru mak aku terkejut monyet cumel tengok anak die pandai bab2 masak memasak ni..yeeha! tu agenda utama aku..hahaha [gelak pontianak]

ini dia resepi puding triffle aku..ceewah!


Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
  • 1 peket agar-agar jeli kristal Nona
  • 1 mangkuk air panas

Cara-cara

  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan buah-buahan tin hingga habis.
  5. Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.
senang giler kan? jum la kite try shame2..^^

adiOs amigOs~

Monday, April 25, 2011

SITUASI KETIKA 'BERGAYUT'...

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut ngan bf/gf korang :
1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~

4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2....


korang penah camni tak?? ^^

Terasa lambat sangat masa berlalu tyme…


Yeayy!! Aku dah abis dua paper killer arini..yebedabeduuu!. rasa cam da grad je..haha.melampau giler. Bukan ape, sehari dua nie aku duk pulun kt dua paper ni..TAX ngan NUMERICAL METHOD~.duk pulun bagai nak rak sampai tak update blog langsung tu boleh jawab ke ?? sO sO la..tapi yang penting aku usaha kan? Yang selebihnya tawakal jep. [baek giler kaw],,
Ok, tak payah cakap banyak, bukan orang suke sangat bace karya ciput kau ni..^^..arini aku nak cakap pasal situasi-situasi yang bagi aku lar yang masa lambat giler berlalu cam kura-kura cacat..jum cekidaut yo~
1. nak tunggu waktu exam tamat.[bajet da jawab sumer soklan ngan confident nye!]
Yeeha! Ni antara situasi yang aku rasakan masa cam berenti..nak tunggu waktu exam abis, cam setahun..spuloh tahun pun ada. Cam yang berlaku kat aku arini..hehe. nak kuar sebelum setengah jam berakhir cam malas je. Duk je la tunggu bila exam nak abis..lima minit tu aku rasa jam setengah jam..lambat sangat-sangat..tapi kalu online, sejam berlalu rase cam cepat giler je kan?. Sape setuju? [mesti nak cakap sila angkat tgn cam sayaa. NO WAY.menyampah suda*.^]..dua tiga episode duk berangan baru la times up. [bukan nak cek jawapan ke ape..bajet da dapat fullmark la teww!].
2. nak tunggu waktu berbuka poser
Haaa! Yang ni lagi satu..terasa lambat nye mase berlalu..nak2 tyme da dekat nak berbuka poser tu..kul tujuh, tujuh satu minit, tujuh dua minit..setiap minit duk kira sambil tengok lauk pauk, kuih muih kat atas meja dan sambil jugak jari da menjilat-jilat testing lauk n wat2 terlupa..tak nak bagi terkantoi tak poser.hehe. kalu aku kat umah dulu-dulu lar, [sekarang aku menikmati waktu berpuasa, tak eksaited sangat nak berbuka.haha], nak tunggu waktu berbuka, aku duk tengok citer2 yang besh kat tv dulu. Duk kat dapur lagi terasa lambat nak berbuka. Tengok jejak rasul ker, shinchan ke..pape je la. Boleh mengurangkan rasa eksaited nak berbuka ye anak2..kihkih!


3. nak tunggu kelas abis
Hehe..sumer nak cepat je kalu pasal blajar2 ni..nampak sangat aku ni pemalas kan..hehe. memang pon. Aku tak nak la hipokrit2 ni. Wat2 rajin blajar padahal tak paham pape. Lenkali kalu nak exam esop tu, arini baru blajar. Baru semangat tau. Tak caye, try la.hehe.ok, da jauh dari topik~ tyme nak tunggu kelas abis, lagi satu situasi yang aku rasakan masa lambat sangat berlalu. Cam masa ni nak suh aku blajar betol2 je lam kelas. Ni tak, kejap tengok jam..dua tiga minit tengok jam lagi. Cam siot je. Huhu. antara sebab masa lambat berlalu tyme kelas, 1st, tak minat lecterur yang mengajar, 2nd, subjek yang susah nak mati, masuk kelas patplohpat kali tak paham2 jugak, 3rd da dari azali ko memang pemalas nak g kelas.hehe^^
4. nak jumpe boypren/girlpren
Yang ni mesti ramai yang camtu kan? Ke aku sorang je ni? Haha.malu2.*blushing~ janji ngn boypren/gepren kul spuloh, tapi kul lapan da ciap da. Betapa semangat nye nak jumpa kekasih hati. Sebalik nya, kalu kelas kul sembilan, kul lapan lime ploh sembilan baru nak gerak. Korang tak kan? Aku tahu korang2 ni sumer budak baik..hehe.
ni je la dulu aku boley kasi..otak blank cket arini, nasib baek tak sampai tahap mereng campur sawan je sebab jawab dua paper sekaligus, ngan tido tak cukup, makan tak teratur, [amboi2, da melampau2 lak plak :P]..
adiOs amigOs~

Friday, April 22, 2011

yang Pelik Mengenai "Couple"


Yang pelik….
Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….
Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….
Yang pelik….
Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future gf kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.”
Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?
Yang pelik….
Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…
Yang jelik….
Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….
Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.
Yang jelik…..
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.
Yang pelik….
Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.
Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.
Yang pelik….
Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…
Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?
Pelik dan jelik ..tapi benar…
Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.
Err.. korang tak kan ?




mekjoyah mengumpat: aku pn kadang2 cmni jgk..*.*

Thursday, April 21, 2011

Sikap Besar Kepala Justin Bieber Menyusahkan!



Demam penyanyi remaja popular, Justin Bieber telah pun berakhir malam tadi menerusi konsertnya yang julung kali pertama diadakan di Malaysia iaitu Justin Bieber My World Tour.
Tidak dinafikan fenomena Justin Bieber sememangnya luar biasa. Bayangkan tiket sebanyak 15,000 ribu telah habis dijual dalam sekelip mata. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam.
Jalan yang sesak sepanjang sekitar Stadium Merdeka, usah diperkatakan lagi serta disulami hujan lebat sementara menanti konsert bermula.
Meskipun ada yang merayu untuk memasuki stadium lebih awal daripada waktu yang dijadualkan jam 7 malam, namun ra-rata mereka kehampaan kerana pintu hanya dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Tepat jam 8 malam, kemunculan Mizz Nina, membawakan tiga buah lagu yang mana antaranya adalah What You Waiting For telah meredakan sedikit kegelisahan peminat Bieber yang telah sekian lama menantikan kehadirannya.
Usai selepas Mizz Nina habis menyanyi, mereka kembali menjerit-jerit memanggil anak didik Usher itu supaya tampil segera ke pentas. Tetapi, Justin Bieber lebih selesa membuatkan peminatnya gelisah menanti kerana dia hanya akan muncul tepat jam 9 malam.
Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba suasana sekitar pentas sedikit tegang. Semuanya berlaku disebabkan petugas media yang terdiri daripada jurukamera dan jurugambar tidak dibenarkan menangkap gambar si comel tersebut.
Situasi itu menyebabkan petugas media dan pihak pengurusannya bertekak kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, pihak media telah dibenarkan untuk merakamkan gambar dan visual untuk tiga buah lagu awal dendangannya saja.
Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Justin Bieber yang comel itu kerana kononnya dia telah kecil hati dengan pihak media tempatan yang telah pun menangkap gambar sewaktu ketibaannya bersama buah hatinya, Selene Gomez di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.
Remaja kelahiran Kanada ini, dikatakan berang kerana gambarnya bersama kekasih hati dirakamkan menerusi lensa jurukamera.
Di sebabkan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana petugas media cetak atau elektronik mengambil gambar dan visual konsertnya.
Malah, dia juga mengugut untuk tidak memulakan konsert selagi petugas media ada berdekatan pentas dan berhasrat untuk merakamkan aksinya. Sikap Bieber yang dilihat kurang professional, besar kepala atau kekwat itu sememangnya menyusahkan pihak media yang bertugas.
Sementara itu, jika mahu diulas mengenai konsertnya, apa yang boleh dikatakan tidaklah sehebat mana pun. Mungkin, dia mampu menyanyi namun dia kelihatan agak kaku apabial beraksi di atas pentas. Hanya tahu nyanyi dan nyanyi dan nyanyi!. Tiada langsung komunikasi antara dua hala bersama peminat.
Jika ada pun, berulang kali yang Bieber hanya tahu sebut, ada ramai gadis cantik hari ini. Setiap kali diulang, setiap kali itulah peminat wanita atau pun mungkin ada juga peminat lelakinya yang akan menjerit.
Penyanyi ini juga lebih banyak berinteraksi bersama peminat menerusi rakaman visual percakapannya yang dipasang di skrin besar.
Dari segi vokal usah dipertikaikan sangat kerana rasanya semua sudah sedia maklum bahawa suara lelaki berusia 17 tahun itu yang boleh dikategorikan sekadar bolehlah menyanyi.
Memulakan persembahan menerusi lagu Love Me, si cilik berusia 17 tahun, membuatkan peminatnya histeria. Belum lagi ketika dia membuat reaksi wajah comelnya di pentas yang dapat disaksikan menerusi skrin besar oleh peminatnya.
Itu lagilah membuatkan peminatnya kehabisan suara akibat menjerit. Meneruskan nyanyian dengan lagu Bigger dan You Smile, aksi tarian Bieber juga dilihat biasa-biasa sahaja.
Tetapi bagi peminat fanatiknya, sememangnya apa sahaja yang dilakukannya terbaik bahkan sewaktu Bieber membuka jaketnya kerana kepanasan turut mengundang jeritan.
Mendendangkan lebih 10 buah lagu antaranya One Less Lonely, Somebody To Love dan Never Say Never, apa yang boleh dikatakan sepanjang lebih sejam menyaksikan konsert si comel kegilaan ramai ini tidak dapat dirasai klimaksnya.
Jika ada pun mungkin sewaktu dia membuat kejutan dengan menjemput penyanyi Good Charlotte, Joel Maiden mendendangkan lagu Want Be Love.
Menutup tirai konsert, Bieber tampil menyanyikan lagu popularnya Baby buat peminatnya. Jika dihitung konsert semalam, mungkin konsert Bieber hanya sekadar cukuplah sekali untuk disaksikan!.

besh jugak layan citer HINDUSTAN ni~

hyep sumer~
arini aku nak cakap pasal citer hindustan..naper tetibe jep? sebab semalam aku tetibe mengidam nak tgk citer mujhse dosti karoge.. alarr, yang hrithik roshan berlakon 2..ekceli, saje tengok sebab nak layan lagu2 lam citer tu..besh sangat..patplohpat kali kot aku dengar lagu2 die..kalu aku tanye, konpem ramai orang tak suke layan hindustan..btol gua cakap sama lu..antara sebab yang bleh aku nyatakan kat cni ialah: [ayat skema mak oi] :

1. kalau da name citer hindustan, mesti ada lagu..

yang ni meemang aku tak leh nak nafi..da kire trademark asal citer hindustan, msti nak taruk lagu..bukan satu dua lagu je, yang tak tahan tu lima enam lagu lam satu citer..kire lagu yang lebih2 dari jalan citer..kalu cD or VcD, bleh ar kite nak tekan2 bagi laju cket,,tapi kalu tv yang setiap ari sabtu ,2stengah ptg tu [ingat waktu lagi^^] ,boley ke korang nak tekan kasi laju..?? nak tak nak, terpaksa la tengok jgk..nak tekan channel laen, tkut mak marah..hehe..

2. jalan citer yang tak logik langsung..memang tak bley diterima akal

ni lak aku nak highlight bagi citer yang aksi tumbuk menumbuk tu..datang la seratus orang jahat pn, konpem hero yang sorang tu jugak yang menang..kena tembak sepuluh kali pn, stil boley bangun kalu nampak si heroin..menyampah la! aihh..lagi satu, pas org jahat sumer da mati, baru polis nak datang..pe kejadah la sipolis datang lambat sangat. [tetibe emo *.*]..haa! nak tambah lagi ni..hehe.tetibe banyak lak idea mencurah2 kalu cakap pasal citer hindustan ni..si hero tu, aku heran bin pelik btol sebab boleh lompat dari bngunan yg spuloh tingkat, terjun bawah, tade luka pape..

tu je la aku nak bagi pendapat sebab aku tak suke citer hindustan..yang lebih2 tu, korang tambah sendiri la yep..tapi.tapi.tapi, citer hindustan sekarang tak macam dulu lagi da..da moden..aku suke citer 3 idiot ni, ehmm 5 bintang la aku bagi..



citer ni aku rase sumer orang da tahu..rite?
minat la ngan si mer khan ni..huu

tak kurang jugak , citer kabhi kushi kabhi gham..mak aku suke sangat la ngan citer ni..barpe kali katam tengok la aku pn tatau..sdey gler kot tengok citer ni..huu..citer koi mil gaya pn aku suke gak..da tade la apply trademark yang tak logik tu..citer die ala2 citer omputeh..1st tyme kot siter hindustan camni..nak2 hero pebret aku lak yang berlakon..memg kena la citer ni..huu

tu je la yang aku nak potpet pasal citer hindustan ni..

adiOs amigOs~



mekjoyah mengumpat:eh2, lupe,mujhse dosti karoge pn tiptop..^^

Monday, April 18, 2011

saya suke maen masak-masak~

hyep sumer~
erghhh~ sendawa jap..baru pas makan ngan kengkawan aku..arini wat projek masak2..bukan masak grand2 pn..tapi da lulus la kalu nak wat menantu..ecece..sape nak tempah, nti cakap taw..
kihkihkih..projek masak2 ni da plan lame..tapi sebab tade mase, masing bz jep..sO, ngah2 gap exam ni, kteorg amik la peluang masak same2..da lame kot tak lepak ngan kwn2 aku ni..

jum la tengok kteorg maen masak2..^^


1st thing to do, ofcos la kena beli bahan2 nk masak ni..tengok aku semangat kot beli bawang segala bagai..pro la katekan..haha..da la tak mandi lagi tyme ni..[hehe..terkantoi suda]..



ZEMA n NANI..ntah mandi ke tidak la budak dueorang ni..huhu..masing2 da ready nk jadi chef..chef na, chef ma, chef ni..sje iktiraf diri sendiri..:)



ngah bincang yep pe lagi yg nk beli..bawang cukup, sayur sebakul, lada, ikan keli, ayam due ekor..ehmm,ok da cukup!



kena cek dulu sebelum nak beli telur ni..ntah2 telur tiruan ke kn..nk cek camne? pecah kan kt situ terus..haha



sempat lagi makan aiskrim dulu sebelum stat masak2 ni..mane tau x jdi ke, lambat nk ciap ke, ..yg penting perut mesti kena isi dulu..iyarhh!



snap2 cket chef kite pada arini..makan sambil pkir resepi pe nak masak ni..huu



aumm..sedap nye aiskrim..



ok, ni la bahan2 nak masak..sardin wajib ader..makanan rasmi orang bujang..huhuhu..



ok, mule2 bahagian chef ma dulu mulakan keje die..goreng telur dadar..sdap ni taw..segala benda mak nenek kiteorg letak lam ni..tiptop!



acara memotong bawang..tade la nk kuar2 air mata ni..well, kan da pro wa cakap sama lu..^^..pejam mata pn bleh la..huu



potong kubis lak..semangat tak aku mencengkam si kubis 2..penting tu ye anak2, tak nak bagi kubis tergolek jatuh atas lantai ..^^



ok, da ciap potong memotong..tunggu nak masuk lam kuali jep..



ni part chef na..sayur kubis goreng..bgus tuk kecihatan..hehe..nampak cam sedap je kan?[hehe..perasan!]



kari kepala ikan yang chef ni wat..mane kepala ikan nye? ada2..kalu tak nampak tu, tak lame dah 2..huhu



akhirnya, da ciap maen masak2..even lauk nye simple mimple jep, tapi rase berselera sangat kalu kn ngan kawan2..hehe

esop, resepi bihun goreng special lak..^^
adiOs amigOs~

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!