Thursday, November 3, 2011

bawa aku TERBANG!


SALAM~
At last, boleh jugak menjoinkan diri tuk contest ni. Ari-ari aku jenguk blog contengconteng tengok entri contest ni. Kekangan masa sebab test yang berlambak menyekat diri aku tuk join. Tapi idea arini kurengg sikit la. Bantai je la kan. jum!


ABSTRAK

Bagi sape-sape yang nak join just klik SINI ok. Cool giler kan banner die? aku nak lukis camni? memang FAIL ar. Nak lukis orang lidi pun terketaq-ketaq. tangan tak berseni. kesian =='. Sekali pandang banner ni, terus aku teringat citer kartun ni.




Same kan belon die.? jeles giler aku tengok rumah orang tua ni dibawa terbang ngan belon-belon yang very da colourful ni. melopong mulut aku tengok. yang tak tahan, ayah aku pun melopong lagi luas dari aku punyer. hebat tak? huu.

Sory bebanyak tuk si pembuat contest ni kalau inteprate aku pasal gambar ni tak betol n terpesong 360 darjah. aku tak harap pun nak menang even aku nak sangat hadiah tu tergantung cantik lam bilik aku. huu. aku sekadar nak kongsi citer aku plus aku nak tuan blog contengconteng ni jenguk blog buruk aku ni coz aku memang minat giler ngan gaya tulisan die, lukisan die. fuhh, ! superb. ^^

Aku nak jadi budak yang dibawa belon warna-warna tu. aku nak TERBANG ke zaman kanak-kanak aku. rindu sangat zaman tu. aku nak tengok balik memori indah zaman kanak-kanak aku. siyes! dan tujuan paling teramat penting aku join contest ni, aku nak tulis kenangan zaman kanak-kanak aku supaya tak hilang memori tu sumer. Sekarang ni pun kenangan tu dah semakin pudar dari ingatan aku. better aku luah je kat sini dari 'die' hilang camtu je. Api cemburu aku meluap-luap kat tuan si contengconteng sebab die pandai mencoret zaman kanak-kanak die dengan lukisan. aku kalah. aku tak pandai. Sobss. Kenangan zaman kanak-kanak aku yang paling indah n stil ada lam ingatan aku:

1. Dulu aku suka maen teng teng, masak-masak, polis kejar pencuri ngan kawan-kawan aku. aku stil lagi ingat nama dorang. farah, fatin, ela, ehmm sape lagi eyh? ok. da lupe. dulu, balik je sekolah, letak beg, salin baju, terus pegi maen. biar berpanas, biar berhujan, asalkan boleh maen. Maen adalah segala-galanya bagi aku. sampai kulit pun da bertukar warna. huhu. Abang si farah ni suka gelar-gelar kat aku. die suka panggil aku 'taik ayam muna' sebab nama aku kan ana. sumpah dulu aku memang meluat tengok muka die. rasa cam nak simbah dengan air longkang setiap kali dia panggil aku camtu. Dan disebabkan die, orang laen panggil aku ana busuk. so pathetic ryte? MEncik!!

2. Dulu, aku suka panjat kat peti ais rumah aku. Motif? atas peti ais tu port mak aku simpan duit syiling. Die ingat anak-anak die pendek tak boleh ambik duit kat atas peti ais tu. tapi mak aku silap. port die tu tak berkesan pun kat aku. setiap ari aku akan panjat curik duit mak aku. tapi aku tak ambik banyak sebab nanti mak aku perasan. sekali ambik lam tigeploh sen je. aku cakap lam hati "mak, orang tak curik pun, orang pinjam je. nanti orang da kerja, orang ganti balik dua kali ganda". n aku akan camtu setiap kali aku curik duit syiling mak aku. hoho. sekarang aku tak ganti pun lagi duit tu sebab kan tak keje lagi. kohkohkoh

3. Dulu, aku suke beli jajan kat kedai. aiskrem sirap, milo, jagung adalah fevret aku. satu seposen. aku tak boleh beli dengdang, tora sebab benda alah tu bagi aku sangat mahal. ayah aku tak kasi. meleleh air liur aku tengok kawan-kawan aku kumpul mainan tora ngan dengdang tu. n lagi meleleh air liur aku setiap kali tengok iklan benda alah tu kat tivi. ' tora datang lagi dengan mainan bla.bla.bla'. ehmm. sambung balik yang pegi kedai tadi. kedai runcit kat umah aku tu bawah bukit. kalau tak nak turun bukit, kena lalu kat jalan jauh. penat. so, ayah aku tarah sikit bukit tu wat tangga khas tuk aku ngan adik-beradik aku. betapa sayang nye ayah aku kat kiteorang. tuan kedai tu selalu tade kat kedai. terpaksa la aku jerit 'nak beli! nak beli!', baru la tuan kedai tu kuar. hehe. rindu lak nak cakap camtu.

4. Dulu, aku suka gaduh ngan kawan-kawan aku. teruk kan? kalau kawan tak kawan betol-betol. kawan olok-olok. pelik. ada jugak camtu. kalau dah gaduh, jumpa tyme mengaji, jeling kat die sampai nak terkeluar bijik mata. menyampahnye. tapi bila da berbaik, mula ar cakap ,'aku jeling tipu-tipu je aritu.' gosh! memang hipokrit la. hehe. tapi gaduh tak lame. dua ari paling lame sebab mak aku pesan tak baek gaduh lame-lame. dosa.

5. Dulu, aku suka makan sagun kelapa. makan kena 'stick' kat ujung die tu. kalau gelojoh sangat boleh terbatuk. makan sagun satu taktik aku nak 'ngenat' kawan-kawan aku. kumpul sagun banyak-banyak lam mulut, pastu sembur kat dorang. Fuh! memang rasa kepuasan yang tak terhingga tyme muka dorang penuh ngan sagun berserta air liur aku. haha!

6. Dulu, aku penah terseliuh tangan. ngah rakus maen gelongsor, kawan aku si farah tu tak sengaja tertolak aku pastu aku pun terjatuh n siku aku terpeli'ot. huhu. balik umah, tak cakap lagi kat mak aku. duk baring cam orang sakit. berdnyut kot. sabar je la. ayah aku tanya, 'sakit ke na? ' 'tak la. nak demam kot' suka menipu. aishh. mak ayah aku tahu bila aku cakaptak boleh pakai baju. tangan sakit. seminggu kot nak baek. sakit mengurut tak payah cakap la. bergoyang anak tekak aku jerit sakit. disebabkan seliuh ni, seminggu aku terpaksa pakai baju kemeja abang aku yang berbutang tu, n aku jugak tak terpilih lam tarian skolah aku. sadis! ada lagi, sebab seliuh tu jugak, tangan kiri aku belok sampai sekrang. T__T

cukup la kot sampai sini. aku rasa dah terlebih panjang inteprate songsang aku ni. aku just nak cakap aku nak sangat jadik budak tu terbang ngan belon colourful tengok aku tyme kecik dulu. kalau boleh record, lagi best.!



tade lagi zaman kanak-kanak. sekarang aku dah besar. 21 tahun. dah tinggal jauh zaman kanak-kanak aku. =="

adiOs amigOs~


3 comments:

kimmie said...

good luck

m0sHiE~ said...

tQ^^

contengconteng said...

Salam. Terima kasih sebab sertai peraduan '10 000 Interpretasi'. Nanti hantarkan butiran berikut ke contengconteng@yahoo.com:-

URL Blog:
Nama Penerima:
Alamat Pos:

Saya akan poskan hadiah penanda buku Kucing the Cat secepat yang mungkin. Terima kasih! =)

-Fadhli Hamdan
www.contengconteng.com

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!