Thursday, April 21, 2011

Sikap Besar Kepala Justin Bieber Menyusahkan!



Demam penyanyi remaja popular, Justin Bieber telah pun berakhir malam tadi menerusi konsertnya yang julung kali pertama diadakan di Malaysia iaitu Justin Bieber My World Tour.
Tidak dinafikan fenomena Justin Bieber sememangnya luar biasa. Bayangkan tiket sebanyak 15,000 ribu telah habis dijual dalam sekelip mata. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya. yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam.
Jalan yang sesak sepanjang sekitar Stadium Merdeka, usah diperkatakan lagi serta disulami hujan lebat sementara menanti konsert bermula.
Meskipun ada yang merayu untuk memasuki stadium lebih awal daripada waktu yang dijadualkan jam 7 malam, namun ra-rata mereka kehampaan kerana pintu hanya dibuka mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Tepat jam 8 malam, kemunculan Mizz Nina, membawakan tiga buah lagu yang mana antaranya adalah What You Waiting For telah meredakan sedikit kegelisahan peminat Bieber yang telah sekian lama menantikan kehadirannya.
Usai selepas Mizz Nina habis menyanyi, mereka kembali menjerit-jerit memanggil anak didik Usher itu supaya tampil segera ke pentas. Tetapi, Justin Bieber lebih selesa membuatkan peminatnya gelisah menanti kerana dia hanya akan muncul tepat jam 9 malam.
Memasuki 10 minit lagi sebelum jam 9 malam, sementara menanti detik permulaan, tiba-tiba suasana sekitar pentas sedikit tegang. Semuanya berlaku disebabkan petugas media yang terdiri daripada jurukamera dan jurugambar tidak dibenarkan menangkap gambar si comel tersebut.
Situasi itu menyebabkan petugas media dan pihak pengurusannya bertekak kerana mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebelum ini, pihak media telah dibenarkan untuk merakamkan gambar dan visual untuk tiga buah lagu awal dendangannya saja.
Difahamkan arahan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Justin Bieber yang comel itu kerana kononnya dia telah kecil hati dengan pihak media tempatan yang telah pun menangkap gambar sewaktu ketibaannya bersama buah hatinya, Selene Gomez di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.
Remaja kelahiran Kanada ini, dikatakan berang kerana gambarnya bersama kekasih hati dirakamkan menerusi lensa jurukamera.
Di sebabkan itu, penyanyi berusia 17 tahun ini mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mana-mana petugas media cetak atau elektronik mengambil gambar dan visual konsertnya.
Malah, dia juga mengugut untuk tidak memulakan konsert selagi petugas media ada berdekatan pentas dan berhasrat untuk merakamkan aksinya. Sikap Bieber yang dilihat kurang professional, besar kepala atau kekwat itu sememangnya menyusahkan pihak media yang bertugas.
Sementara itu, jika mahu diulas mengenai konsertnya, apa yang boleh dikatakan tidaklah sehebat mana pun. Mungkin, dia mampu menyanyi namun dia kelihatan agak kaku apabial beraksi di atas pentas. Hanya tahu nyanyi dan nyanyi dan nyanyi!. Tiada langsung komunikasi antara dua hala bersama peminat.
Jika ada pun, berulang kali yang Bieber hanya tahu sebut, ada ramai gadis cantik hari ini. Setiap kali diulang, setiap kali itulah peminat wanita atau pun mungkin ada juga peminat lelakinya yang akan menjerit.
Penyanyi ini juga lebih banyak berinteraksi bersama peminat menerusi rakaman visual percakapannya yang dipasang di skrin besar.
Dari segi vokal usah dipertikaikan sangat kerana rasanya semua sudah sedia maklum bahawa suara lelaki berusia 17 tahun itu yang boleh dikategorikan sekadar bolehlah menyanyi.
Memulakan persembahan menerusi lagu Love Me, si cilik berusia 17 tahun, membuatkan peminatnya histeria. Belum lagi ketika dia membuat reaksi wajah comelnya di pentas yang dapat disaksikan menerusi skrin besar oleh peminatnya.
Itu lagilah membuatkan peminatnya kehabisan suara akibat menjerit. Meneruskan nyanyian dengan lagu Bigger dan You Smile, aksi tarian Bieber juga dilihat biasa-biasa sahaja.
Tetapi bagi peminat fanatiknya, sememangnya apa sahaja yang dilakukannya terbaik bahkan sewaktu Bieber membuka jaketnya kerana kepanasan turut mengundang jeritan.
Mendendangkan lebih 10 buah lagu antaranya One Less Lonely, Somebody To Love dan Never Say Never, apa yang boleh dikatakan sepanjang lebih sejam menyaksikan konsert si comel kegilaan ramai ini tidak dapat dirasai klimaksnya.
Jika ada pun mungkin sewaktu dia membuat kejutan dengan menjemput penyanyi Good Charlotte, Joel Maiden mendendangkan lagu Want Be Love.
Menutup tirai konsert, Bieber tampil menyanyikan lagu popularnya Baby buat peminatnya. Jika dihitung konsert semalam, mungkin konsert Bieber hanya sekadar cukuplah sekali untuk disaksikan!.

19 comments:

~::KUYA HARIS::~ said...

dah faymes,,tunjuk laa pala tuh besar tmbikai.hah XD

m0sHiE~ said...

kuya haris: yup2..sore x la sodap sangt..keh3

noni said...

eh yeke. naseb sy x minat sgt mamat ni. belagak gila an ?

Fitri Karim said...

luckily i'm not his fan. kalau tak dah kecewa. hahaha

m0sHiE~ said...

noni: sy tak minat jgk die..minat dgr lagu2 die jep..hehe..bleh kew cmtu?

m0sHiE~ said...

fitri: yup2..btol 2

Lya AsyLya said...

seb bek laa ta mnat dy...
hu3..

m0sHiE~ said...

lya:aih, ramai jgk eh tak minat ngn si jb 2..bgus3..hoho

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

sape mamat ni... hebat sangt ke... muka jer jambu... hahaha

oReO HitaM said...

Blogwalking:

Dgq kata Justin bieber nak buat konsert kat bukit Broga esok(tgh menipu)..jom p jom

Izyan Masri said...

BIARLAH CAMERA MAN NAK AMBIK GAMBAR DIA DENGAN TEPUNG GOMEZ TU.DIA NAK MARAH KENAPA PULAK.KEHKEH.EMOSI PULAK ^^

m0sHiE~ said...

topimagine: 2 la pasal..muka jambu tp fulus die tebai no~

m0sHiE~ said...

oreo hitam: hehe..da ckap menipu, bleh pegi jgk ke?^^

m0sHiE~ said...

izyan masri: 2 LA PASAL..BAJET CAM DIE SORANG JE AD MAKWE..PUI~

Cik Cempaka said...

haii..

thanks follow kite
by the way,,,suka sgt ngan tudung kamu
cantik giler.. -)

m0sHiE~ said...

cik cempaka: thnx dear.like ur blog..superb~

sabenazakey said...

berlagak gle jb,.!

m0sHiE~ said...

sabenazakey: name ngah naek, memg mcm tu~

cikji said...

ehh jupe justin bieber kt sini la =P...followed n folo me back dear

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!