Sunday, March 27, 2011

personaliti brdasarkan bantal mase tidur

monim sumer~
cmne tdur? lena x? ke blum bngun lg ni? aishh..ak bngun awl pn sbb nk g clas jap lg.ngee~
td bngun tdur, tgk rumet ak lena smacam je tdur..rase nk cter pasl tdur jep pg ni..letscekidaut~

1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka tidur dengan memeluk bantal biasanya berjiwa seni..Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera..Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik..Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi..Mereka juga sangat prihatin terhadap ketatasusuilaan..


2) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki


Mereka mempunyai sifat kurang baik..Jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan..Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois..Golongan ini gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita dan tidak suka berusaha..

3) Menggunakan Banyak Bantal


Mereka biasanya kurang keyakinan..Dalam kehidupan seharian, mereka memerlukan banyak pendamping..Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan dari orang lain..


4) Tidur Dengan Satu Bantal


Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya..Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata..


5) Tidur Tanpa Bantal


Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi..Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego..

ni bru cter pasal bantal? gaya tdur korg2 ni cmner lak kn?
sila la plih..hoho


ni gaya tdur org yg bleh than nfas lame2..ak x leh la tdur cmni..lmas smacam..sape2 tdur cmni msti malu2 meow nk tnjuk muke dorg kn?? ^^


ni kes ujan lbat gler ..sbb 2 tdur cmni..:P


ni konpem2 rmai yg tdur cm gni..slesa gler kot..ak pn kdg2 ad gak tdur cmni..[ kdg2 ke??]^^


ni lak kes jalan mase tdur..so far, ak x trgolong lg ar lam gaya tdur ni..mybe mlm ni kn?? ngee~


gaya tdur pling rileks..cm xde problem pape pn..aihh


ni nme die tdur starfish..tgn kaki sumer nk bukak..katil luas sgt la ni..

alang2 ak da jauh cter pasl tdur ni, meh nk gtau sunnah nabi kite tdur cmne..


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan
berwuduk.

2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.




WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.

2) Selepas masuk waktu Asar.

3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.



Sunnah Tidur Tengahari

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh
Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor"


tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!