Friday, March 13, 2015

Diari seorang ibu: Proses bersalin

HeLo Peeps!

Oke. now aku sambung citer yang aku cakap nak update tu. Proses melahirkan baby paling hensem, Ahmad Eshan Daiyan. Dia pon behave je sekarang so boleh la nak spend time taip laju-laju. Hewhew. 

Masuk 36 minggu ngam-ngam dengan cuti sekolah, suami hantar aku balik kampung. Memang da awal-awal lagi plan nak deliver kat teganu sebab nak baby ic nombor 11 macam ibu dan baba. Lagipon 11 nombor paling cool kan? Hiks. Fuhh, memang azab jugak la travel jauh bila dah sarat ni. Sakit pinggang toksah cakap la. Kaki bengkak lagi. So daripada aku duk tahan sakit dalam kete tu, aku pon cakap kat suami biar aku je drive. Hee. Boley la list diri sendiri dalam golongan persatuan ibu-ibu kental sedunia bila boley drive manual dari KL sampai teganu. Woot woot. 

Maka bertapa la aku kat umah sambil menunggu bila Eshan nak keluar. Tunggu punya tunggu tak keluar jugak. Hurmm. Geram jugak la. Masuk 38 minggu pon tak keluar lagi anak ibu ni. Padahal bukan overdue pon. Due suppose 40 minggu kan. Tapi orang cakap baby first biasa akan keluar dua minggu or seminggu awal. Geram punya pasal, aku pon ajak mak aku shoping baju baby. Drive lagi tengah sarat pon. Konon kental la kan. Huhu. Sebab aku tak rasa sakit pape pon. Seharian la berjalan  citer dia bila dah nama shopping ni. And malam tu aku rasa perot aku keras semacam. Keras sepanjang masa. Nak duduk pon tak selesa. Cakap dekat mak, dia kata normal la bila dah sarat ni. Baby practise nak keluar. Ok la boleh diterima. Sebab tanda-tanda last bersalin akan keluar darah or pecah air ketuban. Ok fine. Tido macam biasa. Tiba-tiba tersedar dalam pukul dua pagi, aku rasa macam ada air keluar. Takkan la nak jadi mak orang pon kencing dalam seluar kan. Lol. Aku pon cek macam air ketuban ni. Terus rasa nervous. Jantung dupdap dupdap laju giler. Haii, dah sampai masa aku nak beranak ke? Omai omai.

So, malam tu jugak terus pegi hospital. Tak boleh biar je kalau dah keluar air ketuban or darah. Takut effect baby ke ape kan. Sampai hospital, doc cek jalan. Ya Allah, baru cek jalan je pon aku dah rasa azabnyaaa ya Allah. Huhuhu. Tapi still buat kental. Aku cakap dalam hati, ni baru cek jalan. Banyak benda lagi kena tempuh. Positifkan diri. Hee. Doc cakap baru bukak 1cm. Kena tunggu lagi. Lagipon aku still tak rasa sakit pape lagi. Just perot je keras je memanjang. Malam tu terus call suami suruh balik. Takut kalau aku terberanak dia takde, memang menangis tak berlagu la. Tunggu sampai esok tu dalam kul 2 petang. Still takde bukaan. Doc cek jalan pon dah steady daa. Tak sakit sangat. (konon jela. Padahal nak terkeluar biji mata huhu) Sebab takde bukaan lagi, aku kena transfer ke hospital besar k.trganu. Air ketuban dah keluar, darah pun keluar jugak tapi tak sakit sangat. Just rasa macam sakit nak period je. 

And for the first time, aku jadi vip ambulans. Ehehe. Ingatkan naik ambulans ni best la, padahal kalau duk kat belakang tu rasa macam naik kuda tempang pecut 200km/j je. Sampai terangkat bontot la nak habaq mai. Nasib baik tak terberanak dalam tu. Sabar jela. Sampai hospital, tunggu turn nak masuk wad, dari pukul 3 sampai kul 7. Bayangkan. Ko yang macam dah separuh mati still kena tunggu turn lama macam tu. Sigh. Dah la takleh nak daftar first class ward sebab tengah bizi tukar bangunan baru time tu. Sabar jela mak nak oi. Nasib baik la ada suami and family datang teman, Kalau tak, habis banjir hospital tu dengan air mata suciku ini. kohkoh. 

Bila dah sampai turn aku, doc cek jalan baru bukak 2cm. Pastu ada la doc india ni sorang datang dia cakap, "biar saya buka lagi 1cm ye puan" sambil geleng-geleng kepala dia. Hehe. Fuhh sekali lagi azab yang menggila tak tertahan yang pernah aku rasa. Bayangkan dia korek bagi bukak lagi 1cm. Mengucap panjang la aku time tu. Aku rasa nak tembak-tembak je doc tu dengan senapang gajah spuloh das. Marah ni marah grrr. Bila dah terbuka dengan paksa rela 3cm, aku terus kena masuk labour room. Time tu still tak rasa sakit contraction. Just sakit sikit-sikit je. Boleh lagi la gelak-gelak. Masuk labour room pukul 8 malam. Kena induce nak bagi rasa contraction sebab air ketuban aku dah lama keluar, takut baby lemas kat dalam. Lepas kena induce, baru la aku rasa sakit contraction tu camne. Sakit yang maha hebat. Tak boleh nak citer la camne. Suami la jadi mangsa cubit penampar aku huhu. Nak tahan sakit punya pasal. Dalam sejam, nurse datang cek jalan still 3cm. Excuse me, whatt? aku rasa sakit yang melampau-lampau tu still takde bukaan? Pastu aku tengok nurse duk tekan-tekan kat monitor dia. Maybe nak tambah lagi la level induce tu kot. Mula-mula aku boleh tahan lagi sampai bukaan 6cm. last-last dah surrender da. Tak tahan lagi. Pastu suruh suami panggil nurse cucuk ubat tahan sakit tu. Actually, ubat tu tak digalakkan amik sebab kita akan rasa sangat mengantok. Takot nanti tak larat nak push bila da sampai masa nak beranak. Aku pun takut jugak nak amik tapi sebab tak tahan sangat redah jela. Memang terus je ngantuk lepas kena cucuk tu. Ape lagi automatik tido sesaat lepas kena cucuk. Dengan suami aku sekali join tido jugak. Eh, dia kena cucuk jugak ke? Hoho. 

 Dalam 12.50 camtu la aku bangun tido. Rasa nak berak yang teramat. Cepat-cepat kejutkan suami tolong panggilkan doc. Kepala baby da keluar. Time tu la aku guna sekuat tenaga yang berbaki dalam badan aku ni untuk push. Pegang tangan suami kuat-kuat and pushh. Sekali push tak keluar lagi. Ok lagi sekali, pushhh. Terus baby Eshan keluar. Hihi. Alhamdulillah, Dalam 6minit je baby dah keluar. Suami tak habis puji cakap isteri dia kecik-kecik pon kuat sangat. Dia pon tak sekuat tu nak push. Hehe.  

And tadaaaaa!


Anak ibu paling hensem ni dah nak masuk 3 bulan dah lagi tiga empat hari. Hehe. Mmuuachh.

Eh eh, baru nak citer proses berpantang pulak tapi Eshan dah bangun daa. Next time la aku sambung eh. Daa uolls.

XOXO. Publish!

Wednesday, March 11, 2015

Our crib

HeLo Peeps!

Lagi dua minggu jer nak start keje balik. Omg cepatnyer masa berlalu. 90 hari amik cuti and it will comes to the end. sobsob. Alang-alang Eshan tengah syiok tido, so boley la aku curi-curi update blog. Yess, aku dah ada anak daa hiks. Nanti iols story dari a sampai z pasal tu oke. :)

So kali ni aku nak story pasal rumah baru kiteorang. Kalau dulu stay kat taman desa, sekarang pindah ke setapak pulak. Sebabnye haruslah nak dekat dengan skolah aku. And thanks to my superb husband coz dapat carikan rumah yang jarak dia just dua minit je dengan skolah aku. Best betol dapat husband camtu. I love u sayang. Sanggup hadap jem nak pegi tempat keje dia semata-mata nak berikan yang terbaik untuk aku. Terharu much. 

Oleh sebab dah ada baby, so aku kena make sure rumah always in tiptop condition. Tak mampu lagi nak perabot mewah-mewah, cukup dengan condition yang bersih, kemas and selesa. Giteww. (statement ibu mithali)

Ruang tamu hasil ilham suami yang nak tema hitam merah putih je. so inilah hasilnya. Kalau ikutkan ilham aku, konfem nak wallpaper pink, kerusi pink, carpet pink, langsir pink. Tv pon nak pink jugak. Hewhew. 

 Dapur best sebab ada dapur basah kat luar. Time masak takdela bau satu rumah. Aritu masa pantang, semangat berkobar-kobar tak sabar nak masak, Tapi bila dah sihat camni tetap malas nak masak. hihi. Nasib baik laa suami kitew tengah diet tak makan banyak sebab nak jadi abg sado macam zul ariffin. auumm aumm. 

 Bilik ada tiga, dua bilik air. And this is master room. Wardrobe sampai siling tapi nak letak baju Esahan pon tak muat. Semua ibubaba yang conquer. Sory sayang. Huhu

 Love the view from my home. Rumah tingkat 17 uols. Nasib baik lif laju tak rasa sangat duk tinggi melangit. Best duk tinggi camni, buka sliding boleh nampak sunset, tengok klcc, kl tower liplap liplap time malam-malam. And paling penting takde nyamuk ehehe. 



Satu bilik awal lagi aku da cop nak buat mini ofis. Senang nanti nak marking paper, nak buat keje, buat semak kat bilik ni je. And paling penting boleh layan korea kat sini. huu. Eh eh, car seat Eshan dalam ofis ibu ni dah kenapa eh? ehem ehem.

So  dah selesa kan camni? Ni belom siap lagi. Ada je plan dengan suami setiap bulan nak topup perabot pape. Biasa la kawen muda kena la slow-slow bab finance ni kalau taknak susahkan parents. Eshan dah gerak-gerak dah tu. Got to go. Next entri citer panjang pasal eshan pulak. Daa uollss. 

XOXO. Publish!

Tuesday, November 18, 2014

Diari seorang ibu: First baby's story

Assalamualaikum anak ibu.

Aduhaii. Dah lama sangat tak update blog. Dan entri kali ini khas ibu coret untuk tatapan anak ibu nanti mmuachh. Sekarang ibu dah masuk 34 minggu means dah tak lama dah anak ibu nak keluar melihat dan menatap wajah ibu baba. Actually ibu yang tak sabar sangat daa ehehe. Hari-hari tau ibu pikir camne wajah anak ibu ni. Ikut muka ibu ke? Muka baba ke? Tak kisah la asalkan anak ibu sihat tubuh badan, sempurna akal fikiran dan elok rupa paras. Amin Ya Allah. 

Ape? Nama? Mestilah dah sayang. Baba yang kasi nama untuk awak tau. Sebab ibu pilih nama untuk baby girl, baba pulak pilih nama untuk baby boy. So aritu masa anak ibu dah masuk 30 minggu, ibu dengan baba pergi scan sebab excited nak tahu baby girl or baby boy. Tup2 doktor cakap baby boy. Baba dah buat senyum kambing dia sebab tak sabar nak guna nama yang dia pilih. Ishhh. Huhu. Doktor cakap ape tau sayang, dia cakap anak ibu ni comel. Betol. Ibu syukur sangat sebab anak ibu sihat. Nanti ibu tunjuk gambar anak ibu dalam perot comel ibu eyk. Tak boleh pulak nak upload kat sini since ibu update blog pakai iPad. Gambar dalam hp. Time scan tu anak ibu tido, bukan mata pon kejap je. Fine fine. Nanti ibu gomol2 anak ibu ni tau. Grrrr

Terima kasih tau sayang sebab sepanjang ibu mengandung, ibu takde alami problem teruk. Alahan pon takde. Muntah-muntah pon boleh bilang dengan jari je berapa kali. Mengidam pon kurang. Good boy la anak ibu ni. Dalam perot ibu pun dah start behave. I love u. Anak ibu nak tahu tak, ibu dah lapan bulan pun perot ibu kecil je. Semua orang tegur. Badan pun tak berisi sangat. Tak berisi pun berat ibu dah naik 10kilo tau. Ehehe. Takpe, nanti ibu pantang betol-betol. Nak diet biar macam anak dara balik. Eh! :)

Hurmm, cakap pasal problem, satu je problem ibu. Hb. Tak pernah lebih daripada 11. Paling rendah 9.8. Kesian kan. Nurse cakap maybe ibu ada talasemia. Tapi tak konfem lagi sebab arini punya checkup hb ibu dah naik normal balik. 11. Huhu. Time check yang hb rendah tu, baba da marah-marah ibu sebab tak jaga makan. Makan ubat tak konsisten, sayur tak makan, tahan lapar. Semua yang tak elok tu la ibu buat. Sorry sayang. Nangis-nangis la citer dia kena marah dengan baba. Baba garang tau sayang. So nanti behave tau. Ehehe. Dalam garang pun baba la suami yang paling best in the world. Setiap hari urut kaki ibu. Huu. Sekarang baba monitor jadual makan ibu. Ubat tak boleh skip, hari-hari kena makan kerang dan jambu batu. Sebab tu hb ibu naik paras normal. 

Sejak anak ibu bakal hadir dalam hidup ibu dan baba ni kan, Alhamdulillah rezeki family kita murah sangat. Even ibu baba muda lagi tapi kiteorang dah tak susahkan tokma dengan aki. And sekarang ibu pun dah posting. Syukur sangat. Nanti ibu beli baju banyak-banyak kat sayang tau sebab anak ibu ni kuat, langsung tak meragam setiap kali ibu pergi and balik keje. 

Banyak lagi ibu nak cerita kat anak ibu, buat now ibu nak solat jap. Ada kelas pasni. Bye sayang. Salam sayang dari ibu. Mmuachh !!

XOXO. Publish!


tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!

tHnX 4 bL0gwaLkiNg herE!!